Kesejahteraan untuk pengunjung blog,telah menjadi kitaran
jadual Negara Malaysia Dari Oktober Hingga Febuari adalah taburan hujan tinggi
dan bakal mengundang limpahan air terjadi disetiap saliran.Daerah-daerah yang
hampir kuala sungai akan mengalami banjir seawalnya disebabkan factor kawasan
rendah.Sebagai manusia yang memahami kejadian alam harus dan wajib sedar akan
kejadian alam dan jangan sesekali menuding jari pada mana-mana pihak.
Mari kita megetahui etika sebagai pemimpin yang dipertanggungjawab
untuk mengurus tadbir rakyat harus peka dengan apa juga persekitarani dialami
rakyat jelata.Sejak kebelakangan ini semuaPemimpin-pemimpin Parti politik di
Bumi Malaysia kini dengan penuh kesungguhan membantu mangsa banjir dan tidak
dilupakan ialah wartawan menjadi pengikut setia untuk menyebarkan dan
menyiarkan berita tentang saluran bantuan.
Wahai pembaca, itu semua teknik dalam perjalanan politik dan
jangan kita persoalkan kerana tiada meter untuk mengukur kejujuran individu
yang bergelar “YB”.Artikle yang wajib kita persoalkan ialah Pemimpin mutlak
“kerajaan Negeri” sebagai contoh “Ketua Kampung dan JKKK”dan “pentadbir Pejabat
Daerah”.
Siapa yang mengetahui seawalnya berlaku banjir di setiap
pelusuk kampong pendalaman jika “Ketua Kampung” tiada tindakkan dan tiada
jawatankuasa untuk menyelia mangsa banjir.Kejadian banjir lampau telah
menjadikan mangsa kian bosan dek kerenah pentadbir Kampung tapi apa yang jelas
sebilangan ramai yang menjawat “ketua Kampung” orang yang boleh dikatakan
kurang bertanggungjawab dan alasan sering kita dengar “sejuk”,”demam” dan
pelbagai lagi kata-kata yang sudah dijangka oleh rakyat.
Bila musim banjir berlaku ramai akan menyaksikan tontonan
“lawak” pentadbir kampong dan wakil-wakil rakyat sanggup basah kuyup mengunjungi
pusat-pusat pemindahan mangsa banjir.Wakil rakyat terpaksa mengharungi banjir
demi untuk memenangi hati rakyat tapi “ketua kampong” akan menampilkan diri
bila ada tetamu melawat pusat pemindahan.
Ayuh kita hurai dan perhalusi kenapa dan mengapa “ketua-ketua
kampong” bersikap sedemikian.
1.
Perlantikkan
tanpa mejoriti kehendak penduduk setempat.
2.
Elaun
kecil.
3.
Tidak
berkelayakkan dan tiada pendidikan.
4.
Factor
umur yang uzur.
5.
Kurang
memahami tanggungjawab dan memang individu tidak bertanggungjawab.
Perlantikkan tanpa mejoriti kehendak
penduduk setempat.
Sudah
menjadi lumrah dibumi Malaysia siapa yang dikehendaki dan yang boleh diperkuda
akan menjadi pilihan utama menjawat jawatan dan perkara-perkara pokok akan
diketepikan,maka belaku pentadbiran dan pengurusan akan menyusahkan banyak
pihak terutamanya “rakyat”.
Elaun kecil.
Sebut pasal
Ringgit,dollar,rupiah dan pelbagai lagi mata wang memang menjadi rebutan
manusia zaman kini tapi apakah kerajaan sedar jika jawatan yang disandang tidak
setimpal dengan pulangan pasti berlaku perkara yang dipertanggungjawab itu
diabaikan.Bila timbul persoalan “elaun kecil” rasanya tidak tepat kerana
sebelum menjawat pasti telah mengetahui kadar bayaran elaun dan kenapa harus
pertikaikan.Manusia akan mengajukan pelbagai persoalan tapi hakikat kemampuan
diri yang menjadi pokok utama kelemahan pentadbiran.
Tidak berkelayakkan dan tiada
pendidikkan.
Mejoriti
kita ketahui sebilangan ramai penjawat JawatanKuasa JKKK terdiri dari lapisan
rakyat yang telah menjangkaui umur lebih 50 tahun da nada diantara tiada
langsung pembabitan golongan muda.Perkara utama kelemahan pentadbiran ialah tidak
mempedulikan golongan muda dan dengan jelas Malaysia kini telah melahirkan
ramai Graduan dan sudah jelas persaingan pemikiran jauh perbezaan.
Factor umur yang uzur.
Umur adalah
perkara penting dalam perlantikkan “ketua kampong” dan begitu juga dalam arena
politik tanah air,jika pemimpin yang dah ketandusan idea dan pelbagai perkara
ketinggalan pasti menyusah ramai pihak dan pelbagai kepentingan,kebajikkan dan
keharmornian rakyat.Kini semua pihak harus peka dengan persekitaran
globalisasi.
kurang memahami tanggungjawab dan
memang individu tidak bertanggungjawab.
Isu
kefahaman dan kebertanggungjawab individu adalah perkara penting kerana jika
seseorang memang tiada kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagaimana
sebagai pemimpin pasti kepincangan terjadi dan belarutan.
Kepada
pembaca mari bersama kita renungkan dan jika ada ruang untuk perbaiki ayuh
bersama dan jika perbuatan kepada kebaikkan dengan izin ALLAH segala yang telah
berlalu dengan kekurangan dan InsyaALLAH bertemu kejayaan.
Ulasan
Catat Ulasan