Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ARTIKAL LUAR

DIAM BERISI

Kalau dirasakan memang sudah lama aku tertinggal penulisan arus politik Negara tapi bukan bermakna menyepi itu telah dibeli atau terbeli dari mana-mana pihak.Seawal rencana bukan sekadar omongan kosong tapi tujuan utama adalah mencari kepastian yang jelas.Tiari 2012 hampir selesai dan perjalanan Politik terus rancak kerana PRU semakin hari semakin hampir percaturan dan debat dari pelusuk desa hingga ke Kota terus berkumandang tanpa jemu.Masyarakat ataupun rakyat jelata yang layak mengundi atau tidak terus berbicara isu semasa. Masa tanpa berlengah terus berdetik tidak mempedulikan tapi pelakon dipentas terus memperhebatkan tanpa jemu menghidangkan juadah untuk santapan tapi siapa yang menjuarai belum dipastikan hanya ALLAH maha Mengetahui dan sudah menjadi lumrah dunia yang bermula pasti ada peghujungnya.Sebagai penulis aku tetap akan pendirian tidak akan berganjak dengan etika dan itulah prinsip. Aku terus melebarkan rangkaian untuk mencari sumber penulisan yang benar-be

KENYATAAN “Lee liong seik”

  Barisan Nasional (BN) mungkin tidak akan menang pilihan raya umum jika Parlimen dibubarkan bulan hadapan, kata bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik. Beliau juga mengisyaratkan kepada BN supaya melupakan hasrat untuk merampas Selangor dari pentadbiran Pakatan Rakyat (PR). Ling berkata, BN tidak bersedia lagi kerana banyak isu melibatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang belum dapat diselesaikan. "Waktu yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ialah perdebatan tanpa jawapan. Bila hendak diadakan pilihan raya umum? "Apabila anda fikir ia adalah masa yang terbaik, dari segi realiti ia menjadi sebaliknya, oleh itu peluang untuk melihat pilihan raya umum ke-13 diadakan pada bulan Jun tidaklah begitu besar. "Lebih tepat lagi, BN tidak pasti sama ada ia boleh menang pilihan raya umum. "Saya fikir (BN) tidak bersedia lagi. Ada yang kata bulan Jun, tetapi saya tidak tahu adakah mereka berani (mengadakan pilihan raya), te

PRODUK CANDY KANAK-KANAK BERBAHAYA TANPA PEMANTAUAN

Sudah jadi lumrah alam jika permintaan tinggi dan pembekal mahukan keuntungan berganda sudah pasti penyelesaian cukup mudah pada pandangan umum ‘import barangan murah’ lazimnya   dari Negara China.Sedarkah kita pada tahun lepas telah dikejutkan dengan isu susu tepung untuk bayi dan kanak-kanak yang boleh membawa kematian kepada pengguna.Saya berasa cemburu kepada Negara jiran Singapura kerana setiap barangan makanan yang diimport perlu mejalani ujian sehinggakan petani-petani yang menanam sayur di bumi Malaysia terpaksa mengikut piawaian sebagaimana kehendak.Jika anda menggunakan Lebuhraya utara selatan ke Johor Bahru pasti menemui tanaman sayur didalam kelambu.Sampaikan sayur yang dipasarkan di singapura tidak dibenarkan sama sekali menggunakan racun perosak (serangga). Apa alasan yang perlu dikatakan lagi oleh jabatan yang berwajib tentang isu Candy yang membawa kanser kepada pengguna.Produk telah pun berada dipasaran dan apa tindakkan perlu disabitkan pada pengimport,pemborong

Sisa buangan Lynas akan dipindah ke lokasi jauh dari penempatan penduduk: Najib

KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk. Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi. "Walaupun saintis sudah mempunyai bukti termasuk akuan dari badan-badan antarabangsa sisa buangan itu selamat tetapi kerana masih ada orang yang tidak puas hati yang membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan kena pindahkan sisa buangan itu ke tempat yang lebih jauh," katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama Profesional Kelantan di sini hari ini. Najib berkata, kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak. - BERNAMA