Langkau ke kandungan utama

PRODUK CANDY KANAK-KANAK BERBAHAYA TANPA PEMANTAUAN


Sudah jadi lumrah alam jika permintaan tinggi dan pembekal mahukan keuntungan berganda sudah pasti penyelesaian cukup mudah pada pandangan umum ‘import barangan murah’ lazimnya  dari Negara China.Sedarkah kita pada tahun lepas telah dikejutkan dengan isu susu tepung untuk bayi dan kanak-kanak yang boleh membawa kematian kepada pengguna.Saya berasa cemburu kepada Negara jiran Singapura kerana setiap barangan makanan yang diimport perlu mejalani ujian sehinggakan petani-petani yang menanam sayur di bumi Malaysia terpaksa mengikut piawaian sebagaimana kehendak.Jika anda menggunakan Lebuhraya utara selatan ke Johor Bahru pasti menemui tanaman sayur didalam kelambu.Sampaikan sayur yang dipasarkan di singapura tidak dibenarkan sama sekali menggunakan racun perosak (serangga).

Apa alasan yang perlu dikatakan lagi oleh jabatan yang berwajib tentang isu Candy yang membawa kanser kepada pengguna.Produk telah pun berada dipasaran dan apa tindakkan perlu disabitkan pada pengimport,pemborong dan pembekal? Apakah pengguna boleh mengheret isu ini kepada tribunal pengguna dengan kesilapan kerajaan atau sekadar ‘sendiri faham le bro’.kerajaan harus mengambil tindakkan kukuh dalam isu pemakanan kerana jika rakyat menhadapi pemasalahan kesihatan sudah pasti pengaliran duit untuk perubatan juga meningkat dan maka telah memberi keuntungan berlipat ganda kepada kedai-kedai farmasi dan menambahkan lagi kos kehidupan rakyat.

Macam mana nak bela rakyat kalau banyak perkara terlepas pandang,macam mana pulak pemimpin nak perbetulkan kakitangan awam sedangkan pemimpin sendiri ramai yang tak betul.Produk yang mengandungi kimia membawa kepada kanser sepatutnya harus dipandang serius dan pihak yang berwajib seperti Pengimport,menteri dan kementerian yang berwajib harus diambil tindakkan undang-undang kerana Isu berkenaan membabitkan nyawa rakyat secara keseluruhan bak pepatah ‘harapkan pagar , pagar makan padi’.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ISTILAH KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum Selamat Pagi Sahabat Ku Semuanya.. WASPADA FENOMENA AKHIR ZAMAN 1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil. 2. Gelar semakin tinggi, akal sehat semakin rendah. 3. Pengobatan semakin canggih, kesehatan semakin buruk. 4. Travelling keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri. 5. Penghasilan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang. 6. Kualitas ilmu semakin tinggi, kualitas emosi semakin rendah. 7. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis. 8. Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang. 9. Perzinahan semakin marak, kesetiaan semakin punah. 10. Semakin banyak teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat yang sejati. 11. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya. 12. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu. 13. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap. 14. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai. 15. Teknologi informasi semakin cang...

BANJIR

Kesejahteraan untuk pengunjung blog,telah menjadi kitaran jadual Negara Malaysia Dari Oktober Hingga Febuari adalah taburan hujan tinggi dan bakal mengundang limpahan air terjadi disetiap saliran.Daerah-daerah yang hampir kuala sungai akan mengalami banjir seawalnya disebabkan factor kawasan rendah.Sebagai manusia yang memahami kejadian alam harus dan wajib sedar akan kejadian alam dan jangan sesekali menuding jari pada mana-mana pihak. Mari kita megetahui etika sebagai pemimpin yang dipertanggungjawab untuk mengurus tadbir rakyat harus peka dengan apa juga persekitarani dialami rakyat jelata.Sejak kebelakangan ini semuaPemimpin-pemimpin Parti politik di Bumi Malaysia kini dengan penuh kesungguhan membantu mangsa banjir dan tidak dilupakan ialah wartawan menjadi pengikut setia untuk menyebarkan dan menyiarkan berita tentang saluran bantuan. Wahai pembaca, itu semua teknik dalam perjalanan politik dan jangan kita persoalkan kerana tiada meter untuk mengukur kejujuran individu y...

HENTIKAN PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN LABIS

17.MAC.2012 Hutan Simpan Kekal di Tenang kampong(Labis) telah diceroboh oleh Orang Asli setempat dan apa yang mengejutkan kawasan tersebuat adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan dan kunjungan.Hutan Lipur Taka Melor mempunyai tarikan tersendiri dengan adanya aliran air terjun dan dikelilingi litupan hutan semulajadi.Kekebalan apa yang dimiliki oleh pencerobohan tersebut dan kenapa tiada tidakkan wajar diambil. Isu air sering berkumandang dan menjadi perbalahan utama,Sehingga kini tiada noktah penyelesaian.Pencerobohan kawasan tadahan terus berlaku tanpa menyedari sebagaimana terjadi di Empangan bekok yang kini pengguna air sedang menghadapi risiko barah dan penyakit kronik sepertiman laporan akhbar Metro bertarikh 13.mac lalu.Dr.Wee ka Siong (BN Parlimen Air Hitam) sendiri telah membongkar isu tersebut untuk membela Rakyat (pengguna) yang mengjangkaui 500,000 orang. Kawasan tadahan untuk pengguna air sekitar Daerah Segamat tidak menyedari pencerobohan di huta...