Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel FIKIR - FIKIRKAN

APA DAH JADI GONG XI 2014

Detik 12.01 (31.Jan.2014) telah masuk Tahun baru bagi kaum cina.Lazim nya dari sejak aku dilahirkan dibumi Malaysia pasti kemeriahan diraikan dengan percikkan bersama dentuman mercun.Mercun adalah simbolik penting bagi setiap keluarga kaum cina.

MENOPOUSE

Fakta kesihatan nyata menopause akan terjadi bagi kaum wanita sahaja namun dari pengenalan hidup bakal merunsingkan kaum hawa diperingkat usia muda.Untuk memastikan kesihatan terus terjaga dan dijaga dengan lebih baik seharusnya merujuk pakar kesihatan bertauliah ,,,,, klik untuk rujukkan kesihatan. Tajamkan minda dan perluaskan pandangan anda dan berfikir dengan kewarasan akal agar kita berada dalam situasi benar-benar dilandasan.Apakah layak diperkatakan pemimpin yang telah hilang ciri-ciri kesaksamaan , keadilan , kebajikkan ,keseimbangan itu telah Menopouse akalnya dan mencari kepentingan diri. Mungkin agak kasar bahasa jika menggunakan perkatan “Menopouse” kepada pemimpin-pemimpin yang memang hilang kewajaran pentadbiran namun kita sebagai manusia sebaik kejadian harus berfikir secara rasional mencari kebenaran apa yang diperkatakan.”Setiap sesuatu yang dilakukan itu pasti ada sesuatu yang mungkin boleh difikirkan” namun bila kebendaan , kekayaan , kuasa menjadi

RENUNGAN MELAYU

Telah diketahui secara sejarah dan nyata kelahiran “Malaysia” dari kewujudan “Tanah Melayu”.Melayu adalah “Bangsa” terdiri dari pelbagai fahaman , agama dan budaya teramat jelas bangsa Melayu tanpa sempadan noktah untuk diperjelaskan.Melayu terlalu umum untuk kita menjelaskan bangsa yang tiada penilaian cukup jelas.Mamak itu melayu,Bugis terdiri dari Melayu,Banjar juga Melayu,Iban semestinya Melayu,Batak memang Melayu dan tanpa penghujung Bangsa Melayu. Apa juga Bangsa yang telah menikahi @ berkhawin dengan Melayu pasti lahirnya “Melayu Rojak” dan Melayu terus berada dalam lingkaran besar dalam peta Dunia.Sejarah telah menjelaskan bahawa Melayu bukannya untuk rakyat “Malaysia” kerana Indonesia adalah asas permulaan dan sehingga kini kuasa Melayu paling besar di Dunia.Apakah Melayu rojak itu benar-benar Melayu atau “Melayu India” , “Melayu Bangla” atau “melayu timur tengah” atau “Melayu Barat”. Seharusnya kita buka semula “Salasilah keturunan Melayu” dan jangan semudah mem

HENTIKAN ISU PERKAUMAN

Malaysia telah dkenali dengan jolokan sebagai Negara yang terdiri dari pelbagai bilangan kaum dan agama.Selepas berlangsung Pilihanraya Umum Ke 13 nyata parti yang telah memerintah sejak kemerdekaan sehingga hari terus meraih kemenangan.Apa yang telah mengejutkan ketidakpuasan hati terus disampaikan dari kalangan Juara BN seperti PM , Mahathir , Chua soi lek dan tidak dilupakan pengikut-pengikut setia. Diantara petikkan kata-kata yang menjadi tumpuan ramai pihak “Apa cina ingat dia boleh memerintah” , “Apa lagi kaum cina mahu” dan “Cina main sentimen perkauman”.Apakah pemimpin komponen BN MCA benar-benar dihati kaum Cina , sudah pasti langsung tidak membantu golongannya.Rata-rata kaum cina terus membidas tapi kata-kata bidasan tersebut hanya didengari oleh blogger yang mungkin tidak dipandang dan didengari oleh pihak berwajib. Isu berbaur sentimen “perkauman” telah menjadikan pelbagai reaksi dari rakyat dan ada diantaranya rasa ketakutan , kecewa dan malah jika kita lih

CHUA SOI LEK & MCA PENENTANG ISLAM

Assalamualaikum buat saudara seagama ku dan ingin ku lafazkan SALAM PERJUANGAN kepada hamba-hamba yang benar-benar berani memperjuangkan ISLAM biarpun bakal mengorbankan nyawa sendir. Kelapangan masa membuat aku terus memerhati,melihat,mendengar dan menjejaki tanpa jemu kumpulan manusia yang bersifat perkauman dan memang jelas grombolan tersebut penentang ISLAM dan terus memperalatkan kelompok manusia yang kegilaan kuasa.   Politik ialah kekusaan yang menjadi rebutan manusia meraih kekayaan dan ternyata Malaysia telah terjerumus dalam keadaan sama.Suasana berkempen dari pihak BN telah membuatkan aku semakin marah akan kehancuran sesama saudara seagama.Pernahkah kita imbau kembali siapa sebenar yang ‘Menghina ISLAM’? Ayuh aku perjelaskan , ingat petikkan kata ini “Negara ISLAM tidak progresif , korup , miskin dan terkebelakang” dan dari Sinar harian on line pula “Hudud : 1.2 juta akan hilang kerja”, kalau bertanya kepada puak-puak yang menyokong pasti grombolan PR yang t

PEMIMPIN ISLAM KEGILAAN KUASA

Assalamualaikum dan sejahtera untuk pembaca setia yang mengikuti perkembangaan dunia kini dilanda pelbagai perkara-perkara sama sekali tidak di duga dan menduga.Negara-Negara yang di perintah Pemimpin Islam telah lupa akan tanggungjawab dan amanah.Kezaliman secara zahir mahupun batiniah tidak dapat disembunyikan lagi malah Islam hanya menjadi corak budaya pemerintahan,rakyat terseksa tanpa pembelaan dan pembangunan hanya memenuhi kemahuan peribadi. Wahai Saudara Seagama ku buka mata dan akal untuk kita mentafsirkan kebenaran ini,pemimpin-pemimpin Negara Di benua Arab telah ramai yang kecundang dengan perbuatan sendiri sebagai contoh Saddam Hussin dan Muhammad Ghadaffi telah tumbang pemerintahan kezaliman nya dan apa yang menyedihkan detik kematian beliau sama sekali tidak kita menduga ‘begitu daif’ apakah beliau tergolong ‘mati syahid’.Sebagai hamba ALLAH serba kekurangan sukar untuk menghukum dimana letak darjat seseorang manusia tapi secara munasabah akal manusia pemimpin yang

DUN TENANG

Terukir sejarah DUN TENANG N05 Johor telah menghadapi PilihanRaya Kecil Dalam Negeri Johor pada tahun 2011.Dalam percaturan Calon BN Banyak perebutan kuasa telah berlaku terutama Ketua Wanita Bahagian,Naib Ketua Bahagian dan barisan jawatankuasa bahagian semua mengimpikan kerusi Calon PRK DUN TENANG.Pelbagai permainan politik terjadi untuk memenuhi nafsu dan berharap akan dinobatkan sebagai Calon. Tanpa disedari permainan kelompok kegilaan kuasa telah menghadapi kekurangan dari pelbagai sudut antara,lemah kepimpinan,prilaku buruk,menzalimi dan macam-macam lagi keburukkan terbongkar tapi bak pepatah “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong” lebih tepat lagi memang tak sedar diri langsung.penyokong-penyokong setia BN diperalatkan oleh individu tertentu untuk meraih sokongan sebagai calon. Pelbagai rentak dan irama biarpun tempo langsung tidak sepadan dan ada diantara cawangan bagai layang-layang terputus tali tanpa haluan bak “cacing kepanasan” rompakkan duit rakyat telah menjad

HUKUMAN HARUS SETIMPAL DENGAN KESALAHAN

Rakyat kini kian faham dan memahami situasi badan kehakiman dan undang-undang Negara dengan usul oleh PAKATAN RAKYAT agar system perundangan perlu mecorakkan semula berteras ketelusan.Sering dan selalu diperlihat bila sahaja pemimpin dari BN melakukan kesalahan pasti hukuman yang diterima tidak setimpal berbanding rakyat jelata,kenapa semua ini terjadi. Isu terbaru kita perlihatkan kes yang dihadapi oleh khir toyo telah disabit kesalahan tapi hukuman yang dijatuhkan hanya setahun penjara,jika rakyat yang miskin mencuri untuk mencari sesuap hidangan pasti hukuman sewajarnya merujuk perundangan Malaysia.Apakah pemimpin BN masih lagi daif akal untuk berfikir secara rasional dan bagaimana bayangan tranformasi yang diilhamkan.Apakah cukup dengan selogan ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ dan kepada siapa matlamat jadi kenyataan. Hari ini permulaan satu kes perbicaraan penyelewengan wang (NFC) berjumlah RM 49.7 juta telah membabitkan seorang suami kepada Menteri.Kesalahan te

KEMELUT PARTI KERDIL PARTI KESEJAHTERAAN INSAN TANAH AIR (KITA) BERAKHIR

Baru-baru ada yang mengetahui atau tidak akan pergeseran didalam sebuah parti yang baru setahun jagung.Parti KITA telah ditransformasi dari sebuah parti bernama AKIM yang penubuhan asal di Negeri Cik Siti Wan Kembang.Peralihan tersebuat telah menjadikan Zaid Bin Ibrahim sebagai Ketua Parti (president) dan secara langsung menjadikan Malaysia telah melahirkan satu lagi corak politik dan alternative mengikut keperluan rakyat.Dari kemelut dalaman parti KITA secara langsung telah menjadikan banyak persoalan kepada ahli-ahli parti dan secara jelas reputasi telah dan bakal menurun. Selepas setahun penubuhan ketua parti telah mengeluarkan kenyataan akan pembubaran parti dan selepas tu Pengerusi Negeri Kedah Zamil telah menyatakan mendapat mandat mengepalai PARTI KESEJAHTERAAN INSAN TANAH AIR.Mengikut perlembagaan Parti tidak boleh dibubarkan secara keputusan peribadi perlu mendapat persetujuan mesyuarat agung luar biasa dan perlantikan ZAMIL sebagai ketua parti secara langsung sememang t

KEBANGKITAN RAKYAT PENDALAMAN

Lazim diketahui oleh kepimpinan parti politik Negara kawasan Parlimen   atau Dun pendalaman sudah pasti timbul persepsi yang sama iaitu mudah dan senang menang oleh kerajaan Pemerintah tapi apakah budaya itu akan berkekalan selamanya.Pengundi yang lahir dari kumpulan zaman kemerdekaan dengan naungan Parti PERIKATAN sudah sebilangan besar kembali kealam kekal iaitu alam Barkzah.Kini Generasi era kemodenan telah menjuarai kuasa pengundi dan ianya akan jadi kuasa penentu dan peneraju arah tuju Negara.Dari apa yang terjadi pada PRU Ke 12 Tahun 2008 telah menjadi satu permulaan yang bakal berterusan jika Pemerintah terus menafikan kelahiran era keterbukaan pemikiran dengan sumber-sumber pengetahuan globel. Erti kata ‘calon boleh menang’ dari kanta mata siapa, Layak kah Pemimpin sedia ada sekarang untuk menilaikan? Belum layak sepenuhnya kerana tiada siapa yang akan meninggalkan lubuk yang penuh dengan sumber kewangan dan kemewahan.Mari kita menjenguk ke Negara Asia Barat dengan kekeja

NGO MELAYU PETUALANG BANGSA

NGO, Non Government Orgnasasion atau dijelas dalam bahasa Malaysia “Pertubuhan bukan Kerajaan”,sering kita dengar perkataan yang diterangkan seperti mana di dada media elektronik, media cetak dan media –media arus perdana dan pelabagai nama yang telah diwujudkan untuk senang di ingati.Kerajaan Pemerintah mahu pun dilebalkan kerajaan Pembangkang terus mengukuhkan juang dengan barisan Ngo-Ngo dibelakangnya tapi dimanakah kebenaran nakhoda-nakhoda dalam perjuangan untuk pembelaan bangsa.Setiap lambaran berita dimana-mana siaran television atau surat khabar tidak pernah lekang cerita dari badan-badan Ngo, ada saja luahan peribadi mahu pun sebagai perantaraan dari pihak lain dan harus kita berfikiran secara terbuka untuk menilai kebaikkan atau keburukkan. Buka semesta fikiran dan jangan membuta hati kita, wajib manusia semulia kejadiaan dibumi ini  minta petunjuk kepada maha Esa mengenali orang yang bakal menjadi pemimpin walaupun hanya satu kumpulan yang bukan Kerajaan kerana ia bak