Langkau ke kandungan utama

NGO MELAYU PETUALANG BANGSA


NGO, Non Government Orgnasasion atau dijelas dalam bahasa Malaysia “Pertubuhan bukan Kerajaan”,sering kita dengar perkataan yang diterangkan seperti mana di dada media elektronik, media cetak dan media –media arus perdana dan pelabagai nama yang telah diwujudkan untuk senang di ingati.Kerajaan Pemerintah mahu pun dilebalkan kerajaan Pembangkang terus mengukuhkan juang dengan barisan Ngo-Ngo dibelakangnya tapi dimanakah kebenaran nakhoda-nakhoda dalam perjuangan untuk pembelaan bangsa.Setiap lambaran berita dimana-mana siaran television atau surat khabar tidak pernah lekang cerita dari badan-badan Ngo, ada saja luahan peribadi mahu pun sebagai perantaraan dari pihak lain dan harus kita berfikiran secara terbuka untuk menilai kebaikkan atau keburukkan.

Buka semesta fikiran dan jangan membuta hati kita, wajib manusia semulia kejadiaan dibumi ini  minta petunjuk kepada maha Esa mengenali orang yang bakal menjadi pemimpin walaupun hanya satu kumpulan yang bukan Kerajaan kerana ia bakal memusnahkan perkara biarpun sekecil ahlinya.Jangan kita lemah dan leka pada tipu daya dengan simbolik-simbolik Agama yang diterapkan pada arah tuju persatuan kerana itu lah sering menjadi kelemahan bangsa Melayu, sebagai manusia kita tidak boleh lari dari diduga dengan pendusta-pendusta untuk mereka mencapai tujuan peribadi.Tiada apa dan perkara yang kekal bumi ini, tapi jangan jadikan kehidupan seketika ini sebagai satu kelalaian dan penyesalaan kerana segala bekalan untuk menuju alam kekal yang perlu diperolehi.Apakah laungan Ngo-Ngo melayu yang sering kita dengar telah benar-benar Berjaya membela bangsa, mari kita mencari kebenaran dengan ungkapan sering didengari “Perkasa Hak Melayu”,”Pembelaan Melayu”,Jangan Hapuskan Hak Melayu”dan “Tak kan Melayu Hilang DiDunia”, sungguh megah kita sebagai bangsa Melayu dan terasa dengan ungkapan ini menjadi bumi ini goyah,tapi apa kah benar semua ini?

Ayuh sepelusuk Bangsa ku “Melayu” rungkai dari hutan,pendalaman,pekan,perbandaran dan bandaraya, apakah Melayu itu unggul dalam segala-galanya,jangan kita menuding jari kepada sesiapa kerana aku sendiri sebangsa Melayu tapi harus kita hapuskan topeng-topeng pejuang Melayu dari Pemerintah-Pemerintah dan Ngo-Ngo yang semata-mata memperdayakan Bangsa Melayu yang kini jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek yang utama sehingga satu masa nanti akan menjadi peminta sedekah dibumi sendiri.Apa kah benar semua yang diperkatakan,”jangan menyuluh diwaktu terang” dan jangan sesekali kita menyatakan benar pada kejahatan dan keburukkan kerana tiada kejahilan yang dihitung satu kebenaran mahu pun kebaikkan.Bukan apa yang diperkatakan ini untuk merosakkan sesuatu tapi memperbaiki sesuatu, dan jangan terpedaya dengan sesuatu kerana setiap sesuatu kejadiaan pasti ada sesuatu yang mungkin belum kita tahu sesuatu tujuan,jadi untuk kita mengetahui semua itu harus mendalami sesuatu apa yang lakukan.Ingatlah semua saudara seagama ku, syaitan tidak pernah lupa mencari ruang dan peluang untuk memperdaya dan memperalat biar sekuman bahagian.Jangan kita leka dengan pada laungan perjuangan yang belum pasti dan hanya Agama yang menyatu kita di dunia jua akhirat.

Politik kampung
hackesmy@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ISTILAH KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum Selamat Pagi Sahabat Ku Semuanya.. WASPADA FENOMENA AKHIR ZAMAN 1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil. 2. Gelar semakin tinggi, akal sehat semakin rendah. 3. Pengobatan semakin canggih, kesehatan semakin buruk. 4. Travelling keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri. 5. Penghasilan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang. 6. Kualitas ilmu semakin tinggi, kualitas emosi semakin rendah. 7. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis. 8. Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang. 9. Perzinahan semakin marak, kesetiaan semakin punah. 10. Semakin banyak teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat yang sejati. 11. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya. 12. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu. 13. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap. 14. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai. 15. Teknologi informasi semakin cang...

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

BANJIR

Kesejahteraan untuk pengunjung blog,telah menjadi kitaran jadual Negara Malaysia Dari Oktober Hingga Febuari adalah taburan hujan tinggi dan bakal mengundang limpahan air terjadi disetiap saliran.Daerah-daerah yang hampir kuala sungai akan mengalami banjir seawalnya disebabkan factor kawasan rendah.Sebagai manusia yang memahami kejadian alam harus dan wajib sedar akan kejadian alam dan jangan sesekali menuding jari pada mana-mana pihak. Mari kita megetahui etika sebagai pemimpin yang dipertanggungjawab untuk mengurus tadbir rakyat harus peka dengan apa juga persekitarani dialami rakyat jelata.Sejak kebelakangan ini semuaPemimpin-pemimpin Parti politik di Bumi Malaysia kini dengan penuh kesungguhan membantu mangsa banjir dan tidak dilupakan ialah wartawan menjadi pengikut setia untuk menyebarkan dan menyiarkan berita tentang saluran bantuan. Wahai pembaca, itu semua teknik dalam perjalanan politik dan jangan kita persoalkan kerana tiada meter untuk mengukur kejujuran individu y...