Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENULISAN

KEUZURAN BUMI DARI MANUSIA

Bumi telah menjadi tumpangan manusia dari kewujudan pasangan Adam dan Hawa , itu dari panduan ISLAM dan pelbagai kajian dilakukan dari pihak-pihak anutan berlainan mencari kepastian mutlak.Dari pandangan anutan agama lain jangan dinafikan kerana sudah   lumrah alam akan kewujudan namun Manusia beragama ISLAM seharusnya berpegang dan jitukan hati dan jangan berbelah bahagi akan kebenaran Al-Quran juga Sunah sebagai panduan sebenar. Seharusnya kita saling hormat menghormati diantara pelbagai anutan di bumi ALLAH dan tersangat penting melakukan dan menterjemahkan ISLAM sebagai kemuliaan dan kemakmuran.Jika dilihat saban hari Manusia semakin kritikal dengan perbuatan sehingga tiada pertimbangan dan kewarasan sebagai kemanusia.Apakah manusia kini hilang ketamadunan , kewajaran dan apakah anutan berbilang agama itu juga menghalalkan kejahatan dan kekejaman sehingga manusia menzalimi sesama manusia. Dari penglihatan dunia kini hanya sebilangan kecil bermusuhan itu dari isu keaga

MELAYU MUDAH LUPA ATAU MELAYU TERLUPA

Bila menyebut kata-kata petikkan Mantan PM Malaysia pasti kita kenang semula sepotong ayat yang cukup pedih dan menyayat hati tapi sebalik kepada diri ku ianya tak ubah “ketam mengajar anak berjalan”. Kemiskinan Malaysia kian ketara sehingga kejatuhan harga komiditi tidak dapat dibantu pemerintah,Sidang Dewan Rakyat yang lalu telah menjadikan warga yang berkecimpung dalam sector latex (getah) akan terus berhadapan harga diparas kemiskinan. Keluhan pekebun-pekebun kecil tak ubah seperti “anjing menyalak bukit” dan pembelaan hanya omong kosong sebagai pengubat.Sehingga kehari ini masih tertanya-tanya apakah kelak jika PR menang menakluki PARLIMEN akan berlaku jangkauan pembelaan secara total kepada rakyat. Apakah benar “Melayu Mudah Lupa”,dari pengamatan kita dengan kewarasan akal memang tak masuk akal malah adegan pelupa bukan hanya kepada kaum tapi kelupaan,kelekaan dan kebodohan terjadi dari individu sendiri.Bila dapat kuasa hingga lupa diri sendiri,bila dapat kaya lupa a

LABIS le , “ABIS – LA”

LABIS , sebuah pekan yang telah dinaik taraf sebagai ‘Daerah kecil’.Dari persekitaran muka bumi labis terkenal sebagai destinasi buah-buahan tempatan dan terdapat beberapa tempat berpontensi telah dibangunkan seperti Kolam Air Panas (hot spring) dan Air terjun Bantang (bekok).Labis dikelilingi oleh pemandangan gunung-ganang dengan kehijauan semulajadi.Sumber pendapatan utama penduduk labis ialah dari hasil pertanian dan hanya terdapat beberapa kilang kayu dan pembuatan pakaian berskala kecil. Sudut pembangunan labis tidak banyak perubahan hanya penambahan bangunan rumah kedai dan taman perumahan itu pun kerana penambahan penduduk.Kuasa pembeli dan pengguna sangat kecil.Warga yang mempunyai lebihan tanah meenarik nafas lega tapi sesiapa yang makan gaji sector pembuatan ‘kais pagi makan pagi’ ‘kais petang makan petang’ kalau tak berkais faham je la ‘bye-bye’.Secara keseluruhan penduduk labis kini makin terhimpit kerana peningkatan harga barang tapi pendapatan masih lagi ditakuk lam

KONG KALI KONG

ASSALAMUALAIKUM dan SEJAHTERA buat pembaca setia, biarpun ianya hanya secebis pengetahuan tapi pasti itu sumber untuk kita mengetahui perjalanan Politik tanah air Malaysia.Bukan mudah untuk kita metafsirkan perkara yang memberikan kebaikkan kerana kenyataannya melayu ialah bangsa mudah beralah dengan helah permainan politik.Kita bersetuju dengan apa jua perkongsian pimpinan kerajaan tapi besediakah kita berkongsi kemusnahan? ‘cubit peha kanan pasti yang kiri jua terasa’ benarkah ungkapan yang diperkatakan ini? Secara munasabah akal yang terasa sakit hanya tempat yang dicubit tapi kesimpulan nyata pepatah itu menunjukkan ‘apa jua kesenangan dan kesusahan itu milik bersama’ tapi apa yang berlaku pada gergasi politik bumi Malaysia tidaklah jelas untuk digunakan dengan ungkapan tersebut. ‘Kong kali kong’ pasti ada yang mengetahui ataupun tidak perkataan tersebut tapi telah menjadi asam garam orang melayu menggunakan bahasa cina dan tanpa diduga berlaku percampuran bahasa dalam kehidu

DIMANA ERTI KEDAMAIAN

Kedamaian sudah pasti aman di sanubari, tapi dimana sebenarnya semua ini.Ada kala tak mampu diluah dengan kata-kata tapi naluri individu itu mengetahui.Pelbagai dan macam-macam cara untuk mencari kedamaian tapi secara nyata semua insan perlu menyendiri seketika.Mencari kedamaian itu telah berubah dengan pelbagai acuan dan persepsi mengikut zaman dan kemodenan,apa kah benar?Segarkan kembali apa yang telah jadi dan terjadi dimuka bumi,masalah social kian berkembang seiring dengan kemajuan Negara tapi apakah jawapan bila soalan kenapa dan mengapa melakukan perbuatan kemungkaran.Nak ‘release tension’ dalam bahasa ibunda ‘lepas tekanan’ secara jelas untuk kedamaian tapi kearah yang merosakkan diri.Rata-rata masaalah semasa baik remaja,belia mahu pun golongan dewasa kini terjerumus kearah beban pemikiran dan kewangan dari kehidupan.Ada yang mengatakan bodoh,gila dan pelbagai andaian dibuat dengan kelemahan perbuatan tapi pada siapa harus kita menuding jari?   Individu,keluarga,kampong,

SAHSIAH JATI MELAYU

Ungkapan Bangsa Melayu cukup subjektif dengan pelbagai etnik-etnik,budaya dan pelbagai bahasa kaum telah wujud sekian lama.Sejarah telah merungkai bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan di rantau Asia,ramai pedagang dari eropah jua terpaksa mempelajari dan mendalami untuk bertujuan perdagangan.Melayu cukup termasyhor dari sejarah Kerajaan Majapahit,Kerajaan Riau mahu pun Kerajaan melayu Melaka,tapi apa kah cukup sekadar kukuh dari sejarah sahaja.   MELAYU,MELAYU dan MELAYU,Bugis itu Melayu,Jawa itu Melayu,Mamak itu Melayu,Minang itu Melayu,Iban itu Melayu dan Brunai itu juga Melayu,tiada noktah untuk bangsa Melayu.Mari kita Membuka pemikiran dan dasar pada naluri bangsa Melayu,Pahlawan Melayu,Puisi Melayu,Pantun Melayu,pujangga Melayu dan pelbagai perkara yang telah mengharumkan nama Melayu di pelusok dunia.Apakah cukup menilai semua ini hanya pada nama bangsa ataupun semua tinggal sebagai sebuah buku yang usang dimamah usia.   Marilah anak bangsa ku, bangkit bersama untuk m

MELAYU KETANDUSAN PEMIMPIN

Setelah 54 tahun kemerdekaan kita rasai dan pembangunan hampir kesatu tahap Negara maju, tapi dalam arena kepimpinan politik Negara telah jauh meninggalkan kaum yang majoriti di bumi Malaysia.Bersama sejenak kita merenung jauh dasar yang telah di semai sekian lama hanya tinggal sepohon yang tandus kekeringan.Rasuah menjadi tunggak merobohkan kepimpinan penjawat awam dan pemimpin-pemimpin politik,melayu terus terpinggir dan mengharunggi kemiskinan tegar.Kampung-kampung di pelusok pendalaman semenanjung dan sabah mahupun serawak tidak terbela dan hanya generasi felda menjadi rebutan,tapi ianya bukan keikhlasan malah sekadar hanya untuk meraih kemenangan politik.Felda telah diwujudkan untuk pembelaan generasi kedua mahupun ketiga tapi sebaliknya generasi kampong telah lama ditinggalkan sepertimana pepatah “kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan”.Pemimpin-pemimpin Politik kini bukan pejuang agama mahupun bangsa tapi kepentingan terus diberikan kepada kroni-kroni untuk memb