Langkau ke kandungan utama

MELAYU KETANDUSAN PEMIMPIN


Setelah 54 tahun kemerdekaan kita rasai dan pembangunan hampir kesatu tahap Negara maju, tapi dalam arena kepimpinan politik Negara telah jauh meninggalkan kaum yang majoriti di bumi Malaysia.Bersama sejenak kita merenung jauh dasar yang telah di semai sekian lama hanya tinggal sepohon yang tandus kekeringan.Rasuah menjadi tunggak merobohkan kepimpinan penjawat awam dan pemimpin-pemimpin politik,melayu terus terpinggir dan mengharunggi kemiskinan tegar.Kampung-kampung di pelusok pendalaman semenanjung dan sabah mahupun serawak tidak terbela dan hanya generasi felda menjadi rebutan,tapi ianya bukan keikhlasan malah sekadar hanya untuk meraih kemenangan politik.Felda telah diwujudkan untuk pembelaan generasi kedua mahupun ketiga tapi sebaliknya generasi kampong telah lama ditinggalkan sepertimana pepatah “kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan”.Pemimpin-pemimpin Politik kini bukan pejuang agama mahupun bangsa tapi kepentingan terus diberikan kepada kroni-kroni untuk membina kekayaan tujuh keturunan.


Lihat seluas pandangan kita,dikalangan pemimpin-pemimpin politik tanah Malaysia ini adalah mereka-mereka yang mewarisi kepimpinan keturunan,dan kenapa itu semua berlaku sedangkan sebilangan besar yang berkelayakan,tapi taruhan wang telah menjayakan agenda politik.Politik wang telah menjadikan pemimpin kita terus leka dan kelekaan itu bakal membuka ruang kepada musuh merobohkan melayu.Melayu telah kalah dipejuangan ekonomi tapi jangan biarkan kuasa politik juga terpinggir,kerana bakal mengundang kemusnahan melayu selama-lamanya.Biarlah kehancuran KERETAPI TANAH MELAYU di Tanjung Pagar Tapi jangan kita musnahkan Kemelayuan Sendiri di tanah melayu.Kita telah akur kehilanggan Singapura dari tanah melayu tapi jangan biarkan Pulau Mutiara hilang begitu jua.Bersama kita bangkit menyusun perjuangan berteras agama,bangsa untuk bersatu dan harus percaya kepada kebenaran bukan kekayaan dan kepura-puraan hidup.


Kini pemimpin melayu hilang keikhlasan,kejujuran dan kemuliaan,perebutan kuasa terus belangsung tanpa batasan,tikam menikam terus tidak terhalang.Rakyat kian kesukaran untuk hidup dengan pertelagahan yang tiada keputusan,beban kehidupan meruncing tanpa pembelaan.Sedar Melayu,bangsa mu akan hancur dengan perbuatan pemimpin yang tidak bertanggungjawab,kekayan Negara hanya milik berkepentingan dan bangsa lain sedang menonton di pementasan kehancuran Bangsa Melayu.


PEMIMPIN MELAYU,jangan perjudi nasib bangsa melayu dengan lakonan songsang mu,rakyat kian matang dengan arus pembangunan.Politik itu pembelaan bukan pembohongan,politik itu pembangunan bukan kehancuran dan rakyat kian ketandusan pemimpin yang benar-benar pejuang

Politik kampung
hackesmy@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ISTILAH KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum Selamat Pagi Sahabat Ku Semuanya.. WASPADA FENOMENA AKHIR ZAMAN 1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil. 2. Gelar semakin tinggi, akal sehat semakin rendah. 3. Pengobatan semakin canggih, kesehatan semakin buruk. 4. Travelling keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri. 5. Penghasilan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang. 6. Kualitas ilmu semakin tinggi, kualitas emosi semakin rendah. 7. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis. 8. Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang. 9. Perzinahan semakin marak, kesetiaan semakin punah. 10. Semakin banyak teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat yang sejati. 11. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya. 12. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu. 13. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap. 14. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai. 15. Teknologi informasi semakin cang...

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

BANJIR

Kesejahteraan untuk pengunjung blog,telah menjadi kitaran jadual Negara Malaysia Dari Oktober Hingga Febuari adalah taburan hujan tinggi dan bakal mengundang limpahan air terjadi disetiap saliran.Daerah-daerah yang hampir kuala sungai akan mengalami banjir seawalnya disebabkan factor kawasan rendah.Sebagai manusia yang memahami kejadian alam harus dan wajib sedar akan kejadian alam dan jangan sesekali menuding jari pada mana-mana pihak. Mari kita megetahui etika sebagai pemimpin yang dipertanggungjawab untuk mengurus tadbir rakyat harus peka dengan apa juga persekitarani dialami rakyat jelata.Sejak kebelakangan ini semuaPemimpin-pemimpin Parti politik di Bumi Malaysia kini dengan penuh kesungguhan membantu mangsa banjir dan tidak dilupakan ialah wartawan menjadi pengikut setia untuk menyebarkan dan menyiarkan berita tentang saluran bantuan. Wahai pembaca, itu semua teknik dalam perjalanan politik dan jangan kita persoalkan kerana tiada meter untuk mengukur kejujuran individu y...