Langkau ke kandungan utama

LABIS le , “ABIS – LA”


LABIS , sebuah pekan yang telah dinaik taraf sebagai ‘Daerah kecil’.Dari persekitaran muka bumi labis terkenal sebagai destinasi buah-buahan tempatan dan terdapat beberapa tempat berpontensi telah dibangunkan seperti Kolam Air Panas (hot spring) dan Air terjun Bantang (bekok).Labis dikelilingi oleh pemandangan gunung-ganang dengan kehijauan semulajadi.Sumber pendapatan utama penduduk labis ialah dari hasil pertanian dan hanya terdapat beberapa kilang kayu dan pembuatan pakaian berskala kecil.

Sudut pembangunan labis tidak banyak perubahan hanya penambahan bangunan rumah kedai dan taman perumahan itu pun kerana penambahan penduduk.Kuasa pembeli dan pengguna sangat kecil.Warga yang mempunyai lebihan tanah meenarik nafas lega tapi sesiapa yang makan gaji sector pembuatan ‘kais pagi makan pagi’ ‘kais petang makan petang’ kalau tak berkais faham je la ‘bye-bye’.Secara keseluruhan penduduk labis kini makin terhimpit kerana peningkatan harga barang tapi pendapatan masih lagi ditakuk lama.Paparan ini bukan untuk menghentam parti pemerintah tapi harus ada pembelaan seiring pembangunan.

Dari kajian saya,70% warga emas (Melayu) di Labis memang patuh dan akur pada UMNO tapi 70% Generasi muda (Melayu) tidak bersetuju dengan apa yang sedang berlaku.DEWAN UNDANGAN NEGERI (N 05) hanya 36% penggundi melayu sedangkan secara nyata labis dikelilingi kampong-kampong melayu dan felda-felda.Kenapa pengundi muda tidak mendaftar (SPR) dan masih ramai lagi dikalangan warga emas jua ketinggalan.Jentera UMNO dari cawangan hingga ke bahagian terus melebarkan sayap berterbangan mencari ruang dan peluang untuk mengembongkan poket sendiri dan ada diantaranya tersemat berkata ‘kalah ke menang’ lantak le.

Apa yang mengecewakan ‘generasi muda’ jentera Pemuda tiada langsung pelan atau perancangan masa depan untuk membela dan mengarah tuju kepada pembangunan ekonomi dan social.Tidak dilupakan dengan kekurangan penggundi Melayu bakal mengundang padah pada BN dan Calon Umno.Tuntutan terus berlangsung dari Cina dan Calon Umno kian terhimpit tapi kesilapan sebenar perpunca dari kebodohan.Secara langsung telah membuka ruang PR tanpa berkempen meraih kemenangan.

Parti komponen BN MCA tidak mempedulikan apa jua yang menyusahkan fikiran kerana apa  yang berlaku telah dirancang.Berfikir secara naluri,siapa menerajui ekonomi Malaysia dan tidak mustahil percaturan politik juga menjadi pelan agenda tersembunyi.Jangan sesekali wujud isu perkauman tapi kita harus berfikir dari kebenaran sejarah lampau dan singapura telah menjadi sempadan.Kesian sungguh bangsa ku ‘Melayu’ banyak perkara telah jauh tertinggal dan ‘melayu penipu’,Melayu penyamun’,’Melayu pertualang’ dan ‘Melayu penindas’ tanpa belas terus menindas.  

‘Melayu penipu’ terus menipu bangsa sendiri untuk memastikan kemenangan berterusan dan terus membuat helah,’Melayu penyamun’ terus tanpa berlengah mengaut keuntungan dan kekayaan dengan projek yang ditaburkan dan mencari ruang dan peluang peruntukkan cawangan atau bahagian dengan rakus,’Melayu pertualang’ tanpa segan dan silu melaungkan ‘membela nasib Bangsa’ tapi sebaliknya hanya sekadar menjaja untuk kepentingan peribadi dan yang terakhir ‘Melayu penindas’ ini yang paling bangsat,sesiapa yang tidak menuruti pasti terus ditindas dengan pelbagai cara,rupa dan perbuatan.Penindas ialah subahat paling akrab dengan Syaitan dan bersekongkol juga bersekutu.

Ayuh Bangsa Melayu ‘tiada yang kekal diatas bumi’ hakiki semua itu akan kembali.Buka hati sanubari untuk mengetahui apa jua yang diragui.Jangan jadikan fahaman parti sebagai jurang,saudara seagama kekal abadi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

ISTILAH KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum Selamat Pagi Sahabat Ku Semuanya.. WASPADA FENOMENA AKHIR ZAMAN 1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil. 2. Gelar semakin tinggi, akal sehat semakin rendah. 3. Pengobatan semakin canggih, kesehatan semakin buruk. 4. Travelling keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri. 5. Penghasilan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang. 6. Kualitas ilmu semakin tinggi, kualitas emosi semakin rendah. 7. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis. 8. Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang. 9. Perzinahan semakin marak, kesetiaan semakin punah. 10. Semakin banyak teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat yang sejati. 11. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya. 12. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu. 13. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap. 14. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai. 15. Teknologi informasi semakin cang...

HENTIKAN PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN LABIS

17.MAC.2012 Hutan Simpan Kekal di Tenang kampong(Labis) telah diceroboh oleh Orang Asli setempat dan apa yang mengejutkan kawasan tersebuat adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan dan kunjungan.Hutan Lipur Taka Melor mempunyai tarikan tersendiri dengan adanya aliran air terjun dan dikelilingi litupan hutan semulajadi.Kekebalan apa yang dimiliki oleh pencerobohan tersebut dan kenapa tiada tidakkan wajar diambil. Isu air sering berkumandang dan menjadi perbalahan utama,Sehingga kini tiada noktah penyelesaian.Pencerobohan kawasan tadahan terus berlaku tanpa menyedari sebagaimana terjadi di Empangan bekok yang kini pengguna air sedang menghadapi risiko barah dan penyakit kronik sepertiman laporan akhbar Metro bertarikh 13.mac lalu.Dr.Wee ka Siong (BN Parlimen Air Hitam) sendiri telah membongkar isu tersebut untuk membela Rakyat (pengguna) yang mengjangkaui 500,000 orang. Kawasan tadahan untuk pengguna air sekitar Daerah Segamat tidak menyedari pencerobohan di huta...