Langkau ke kandungan utama

DIMANA ERTI KEDAMAIAN


Kedamaian sudah pasti aman di sanubari, tapi dimana sebenarnya semua ini.Ada kala tak mampu diluah dengan kata-kata tapi naluri individu itu mengetahui.Pelbagai dan macam-macam cara untuk mencari kedamaian tapi secara nyata semua insan perlu menyendiri seketika.Mencari kedamaian itu telah berubah dengan pelbagai acuan dan persepsi mengikut zaman dan kemodenan,apa kah benar?Segarkan kembali apa yang telah jadi dan terjadi dimuka bumi,masalah social kian berkembang seiring dengan kemajuan Negara tapi apakah jawapan bila soalan kenapa dan mengapa melakukan perbuatan kemungkaran.Nak ‘release tension’ dalam bahasa ibunda ‘lepas tekanan’ secara jelas untuk kedamaian tapi kearah yang merosakkan diri.Rata-rata masaalah semasa baik remaja,belia mahu pun golongan dewasa kini terjerumus kearah beban pemikiran dan kewangan dari kehidupan.Ada yang mengatakan bodoh,gila dan pelbagai andaian dibuat dengan kelemahan perbuatan tapi pada siapa harus kita menuding jari? 

Individu,keluarga,kampong,mukim,daerah atau kerajaan kalau di diperbahas pasti tak akan jumpa penyelesaian kerana tiada siapa yang akan mengaku dengan kesilapan.Umpama isu pelajar tidak cemerlang dalam pelajaran sudah pasti ibu bapa mengatakan guru yang harus bertanggungjawab tapi bila ditanya pada guru pula akan terjadi jawapan ‘pulang paku buah keras’.jadi siapa yang kita  harus pertanggungjawab masalah ini?Jalan mudah dari pemikir-pemikir  pasti kedua-dua yang bertanggungjawab,senang bukan jawapan kita dapat dari kupasan forum-forum untuk menyelesaikan sesuatu masalah.cukup adil dan saksama jawapan itu tapi kedua-dua belah pihak pasti terbuku dihati kerana cukup sukar manusia untuk mengaku kalah biar pun apa yang terjadi telah jelas dan nyata.Dalam kecelaruan untuk diri, carilah kedamaian dan dimana arahnya?Jangan berarah nafsu kemodenan dan kejahilan kerana kelak akan lagi sesak jalan yang di lalui.Hiburan dengan alunan buaian ciptaan dunia memang khayal tapi jadi kan panduan apa yang telah ALLAH turun dengan dugaan seperti dengan pelbagai penyakit kelamin yang terus membawa kehancuran. 

Perkara pokok teras kedamaian mudah dan senang untuk diperlakukan,kenali diri dan kepada siapa harus dan perlu meluah dan menyampaikan.Kenali diri,mungkin bodoh soalan ini tapi dari  ukuran Islam ianya cukup dalam bukan sekadar nama,No K.P,umur dan jantina.Siapa kita tanpa dilahirkan dan apa tujuan dizahirkan,itu cukup sukar untuk dijawab kerana rangkaian dan kaitan hanya ada pada insan yang benar-benar mengenali diri.Islam itu ilmu dan tidak akan habis dituntut sehingga mati sekali pun.Bila telah berjaya melepasi mengenali diri pasti kapada siapa untuk meluah dan menyampai kecelaruan itu terungkai.Perjalanan dunia ini mudah jika kita faham dan memahami kerana tiada yang tersurat dan tersirat tidak dapat terungkai kerana ALLAH telah megurniakan “sebaik kejadian didunia ialah manusia”,apa yang teragung ada pada manusia?Perkara yang paling dahsyat ada pada manusia “akal” dan segala kebaikkan,kejahatan,keimanan,ketaqwaan,kemusnahan dan kejayaan dicipta dan direka dari kelebihan akal manusia.Kedamaian itu sebenarnaya berpunca dari fikiran

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

HENTIKAN PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN LABIS

17.MAC.2012 Hutan Simpan Kekal di Tenang kampong(Labis) telah diceroboh oleh Orang Asli setempat dan apa yang mengejutkan kawasan tersebuat adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan dan kunjungan.Hutan Lipur Taka Melor mempunyai tarikan tersendiri dengan adanya aliran air terjun dan dikelilingi litupan hutan semulajadi.Kekebalan apa yang dimiliki oleh pencerobohan tersebut dan kenapa tiada tidakkan wajar diambil. Isu air sering berkumandang dan menjadi perbalahan utama,Sehingga kini tiada noktah penyelesaian.Pencerobohan kawasan tadahan terus berlaku tanpa menyedari sebagaimana terjadi di Empangan bekok yang kini pengguna air sedang menghadapi risiko barah dan penyakit kronik sepertiman laporan akhbar Metro bertarikh 13.mac lalu.Dr.Wee ka Siong (BN Parlimen Air Hitam) sendiri telah membongkar isu tersebut untuk membela Rakyat (pengguna) yang mengjangkaui 500,000 orang. Kawasan tadahan untuk pengguna air sekitar Daerah Segamat tidak menyedari pencerobohan di huta

DUIT DAN HABUAN NILAI PERJUANGAN

Sejak kewujudan bumi Malaya telah dan diperakui kemakmuran Negara terserlah indah dengan kepelbagaian etnik , Bangsa dan Agama.Dalam mengharungi kemerdekaan pelbagai rintangan sukar dan liku terus dilalui Pemimpin juga pejuang Melayu yang ingin membebaskan dari belengu Penjajah. Menjelang era globalisasi ternyata segenap pelusuk tanah Malaysia telah mengetahui lagi terperinci asam garam ‘politik’.Pembubaran UMNO 1946 ditukar UMNO alaf baru telah menjadikan duit dan habuan sebagai nilai perjuangan.Ramai pemimpin dari cawangan sehingga keperingkat nasional telah membudayakan imbuhan sebagai taruhan asas perjuangan. Ternyata PRU 13 yang bakal dilalui nanti akan menyaksikan ancaman besar kepada Barisan Nasional kerana kekurangan sumber kewangan dari tampok pimpinan.Warga Malaysia setia kepada UMNO masih lagi ampuh perjuangan namun ‘pejuang UMNO pulus’ hanya berpeluk tubuh dan tidak mustahil grombolan tersebut juga menjadi ‘musuh dalam selimut’. Kakayaan dibina lalu oleh pemimp