Langkau ke kandungan utama

MELAYU MUDAH LUPA ATAU MELAYU TERLUPA


Bila menyebut kata-kata petikkan Mantan PM Malaysia pasti kita kenang semula sepotong ayat yang cukup pedih dan menyayat hati tapi sebalik kepada diri ku ianya tak ubah “ketam mengajar anak berjalan”.

Kemiskinan Malaysia kian ketara sehingga kejatuhan harga komiditi tidak dapat dibantu pemerintah,Sidang Dewan Rakyat yang lalu telah menjadikan warga yang berkecimpung dalam sector latex (getah) akan terus berhadapan harga diparas kemiskinan.

Keluhan pekebun-pekebun kecil tak ubah seperti “anjing menyalak bukit” dan pembelaan hanya omong kosong sebagai pengubat.Sehingga kehari ini masih tertanya-tanya apakah kelak jika PR menang menakluki PARLIMEN akan berlaku jangkauan pembelaan secara total kepada rakyat.

Apakah benar “Melayu Mudah Lupa”,dari pengamatan kita dengan kewarasan akal memang tak masuk akal malah adegan pelupa bukan hanya kepada kaum tapi kelupaan,kelekaan dan kebodohan terjadi dari individu sendiri.Bila dapat kuasa hingga lupa diri sendiri,bila dapat kaya lupa azali dan bila dah merana juga tersepit baru menyedari akan kesalahan diri.

Lihat kenyataan dan kebenaran sebenar,Mukriz dan Marina anak Dr M mana dia orang dapat kekayaan,siapa yang beri untuk pembangunan diri sendiri,sudah pasti bapa mana yang berkemahuaan anak merempat.Ini telah membuktikan kuasa yang telah melupakan Dr M untuk kepentingan sendiri.Mungkin Dr M bukan “melayu” kot sampai lupa bangsa nampaknya.

Ramai dikalangan veteran politik bersetuju akan fahaman Dr M tapi ianya silap sama sekali kerana apa juga perjalanan dunia adalah ketentuan ALLAH,suka ataupun tidak ianya sebenar-benar dengan izinnya.Kehancuran UMNO sendiri dari jambangan Dr M dan Pak LAH hanya sebagai boneka untuk membesihkan imej buruk yang dilakukan.Kesian sungguh Pak Lah tapi percayalah sesungguhnya ALLAH Maha mengetahui dan tiada sekuman dapat disembunyikan.

Kesukaran Najib kian jelas untuk mempertahan BN sebagi pilihan utama namun aturan perjalanan terus beliku dan jangkaun terus tersasar dari sasaran dan nasib tak ubah seperti “telur dihujung tanduk”.Apakah ini boleh di ibaratkan “Melayu mudah Lupa” atau “Melayu Terlupa”.

Sebenarnya “Melayu Terlupa” akan kuasa yang diberikan oleh rakyat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ISTILAH KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum Selamat Pagi Sahabat Ku Semuanya.. WASPADA FENOMENA AKHIR ZAMAN 1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil. 2. Gelar semakin tinggi, akal sehat semakin rendah. 3. Pengobatan semakin canggih, kesehatan semakin buruk. 4. Travelling keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri. 5. Penghasilan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang. 6. Kualitas ilmu semakin tinggi, kualitas emosi semakin rendah. 7. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis. 8. Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang. 9. Perzinahan semakin marak, kesetiaan semakin punah. 10. Semakin banyak teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat yang sejati. 11. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya. 12. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu. 13. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap. 14. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai. 15. Teknologi informasi semakin cang...

BANJIR

Kesejahteraan untuk pengunjung blog,telah menjadi kitaran jadual Negara Malaysia Dari Oktober Hingga Febuari adalah taburan hujan tinggi dan bakal mengundang limpahan air terjadi disetiap saliran.Daerah-daerah yang hampir kuala sungai akan mengalami banjir seawalnya disebabkan factor kawasan rendah.Sebagai manusia yang memahami kejadian alam harus dan wajib sedar akan kejadian alam dan jangan sesekali menuding jari pada mana-mana pihak. Mari kita megetahui etika sebagai pemimpin yang dipertanggungjawab untuk mengurus tadbir rakyat harus peka dengan apa juga persekitarani dialami rakyat jelata.Sejak kebelakangan ini semuaPemimpin-pemimpin Parti politik di Bumi Malaysia kini dengan penuh kesungguhan membantu mangsa banjir dan tidak dilupakan ialah wartawan menjadi pengikut setia untuk menyebarkan dan menyiarkan berita tentang saluran bantuan. Wahai pembaca, itu semua teknik dalam perjalanan politik dan jangan kita persoalkan kerana tiada meter untuk mengukur kejujuran individu y...

HENTIKAN PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN LABIS

17.MAC.2012 Hutan Simpan Kekal di Tenang kampong(Labis) telah diceroboh oleh Orang Asli setempat dan apa yang mengejutkan kawasan tersebuat adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan dan kunjungan.Hutan Lipur Taka Melor mempunyai tarikan tersendiri dengan adanya aliran air terjun dan dikelilingi litupan hutan semulajadi.Kekebalan apa yang dimiliki oleh pencerobohan tersebut dan kenapa tiada tidakkan wajar diambil. Isu air sering berkumandang dan menjadi perbalahan utama,Sehingga kini tiada noktah penyelesaian.Pencerobohan kawasan tadahan terus berlaku tanpa menyedari sebagaimana terjadi di Empangan bekok yang kini pengguna air sedang menghadapi risiko barah dan penyakit kronik sepertiman laporan akhbar Metro bertarikh 13.mac lalu.Dr.Wee ka Siong (BN Parlimen Air Hitam) sendiri telah membongkar isu tersebut untuk membela Rakyat (pengguna) yang mengjangkaui 500,000 orang. Kawasan tadahan untuk pengguna air sekitar Daerah Segamat tidak menyedari pencerobohan di huta...