Langkau ke kandungan utama

SAHSIAH JATI MELAYU


Ungkapan Bangsa Melayu cukup subjektif dengan pelbagai etnik-etnik,budaya dan pelbagai bahasa kaum telah wujud sekian lama.Sejarah telah merungkai bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan di rantau Asia,ramai pedagang dari eropah jua terpaksa mempelajari dan mendalami untuk bertujuan perdagangan.Melayu cukup termasyhor dari sejarah Kerajaan Majapahit,Kerajaan Riau mahu pun Kerajaan melayu Melaka,tapi apa kah cukup sekadar kukuh dari sejarah sahaja. 

MELAYU,MELAYU dan MELAYU,Bugis itu Melayu,Jawa itu Melayu,Mamak itu Melayu,Minang itu Melayu,Iban itu Melayu dan Brunai itu juga Melayu,tiada noktah untuk bangsa Melayu.Mari kita Membuka pemikiran dan dasar pada naluri bangsa Melayu,Pahlawan Melayu,Puisi Melayu,Pantun Melayu,pujangga Melayu dan pelbagai perkara yang telah mengharumkan nama Melayu di pelusok dunia.Apakah cukup menilai semua ini hanya pada nama bangsa ataupun semua tinggal sebagai sebuah buku yang usang dimamah usia. 

Marilah anak bangsa ku, bangkit bersama untuk membina satu lembaran baru melayu sepertimana menjadi detik sejarah,ekonomi dan titik hitam pada penjajah-penjajah di Nusantara.Kita bangsa pejuang,kita punyai sahsiah mulia,kita punya budaya dan kita harus berdiri bersama pedoman Islam dan seiring hadis dan sunahnya.Lihat alam semesta, kini Melayu telah jauh tertinggal dari pelbagai perkara,hanya segelintir menjadi kaya dan saudara Melayu seagama menjadi hamba di rumah orang berada.   

Apakah sekadar melaungkan ungkapan membela bangsa!!,tapi yang kaya terus membina kekayaaan.Tiada tongkat yang boleh membangkit bangsa kerana kelemahan melayu telah menjadi sejarah dimana kerajaan melayu telah tumbang dengan sogokkan dari pelbagai bentuk bagi memenangi kemahuan.Tiada Melayu yang secara lahirnya sebagai pemimpin kini membantu Bangsanya dan pegangan agama hanya permainan dusta. 

BANGUNLAH MELAYU,ayuh sedar dari leka mu dan bangkit dari lamunan durjana.Melayu kian musnah,Agama hanya pegenalan mu,bukan ikutan mu.Cari kebenaran, jauhkan kemungkaran dan jadi kan Islam itu Pedoman mu,mari bersama kita menentang musuh  yang mencari ruang dan peluang dengan pelbagai tipu daya.Sahsiah jati Melayu cukup segak berdiri. 


Politik kampung
hackesmy@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

ISTILAH KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum Selamat Pagi Sahabat Ku Semuanya.. WASPADA FENOMENA AKHIR ZAMAN 1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil. 2. Gelar semakin tinggi, akal sehat semakin rendah. 3. Pengobatan semakin canggih, kesehatan semakin buruk. 4. Travelling keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri. 5. Penghasilan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang. 6. Kualitas ilmu semakin tinggi, kualitas emosi semakin rendah. 7. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis. 8. Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang. 9. Perzinahan semakin marak, kesetiaan semakin punah. 10. Semakin banyak teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat yang sejati. 11. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya. 12. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu. 13. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap. 14. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai. 15. Teknologi informasi semakin cang...

HENTIKAN PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN LABIS

17.MAC.2012 Hutan Simpan Kekal di Tenang kampong(Labis) telah diceroboh oleh Orang Asli setempat dan apa yang mengejutkan kawasan tersebuat adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan dan kunjungan.Hutan Lipur Taka Melor mempunyai tarikan tersendiri dengan adanya aliran air terjun dan dikelilingi litupan hutan semulajadi.Kekebalan apa yang dimiliki oleh pencerobohan tersebut dan kenapa tiada tidakkan wajar diambil. Isu air sering berkumandang dan menjadi perbalahan utama,Sehingga kini tiada noktah penyelesaian.Pencerobohan kawasan tadahan terus berlaku tanpa menyedari sebagaimana terjadi di Empangan bekok yang kini pengguna air sedang menghadapi risiko barah dan penyakit kronik sepertiman laporan akhbar Metro bertarikh 13.mac lalu.Dr.Wee ka Siong (BN Parlimen Air Hitam) sendiri telah membongkar isu tersebut untuk membela Rakyat (pengguna) yang mengjangkaui 500,000 orang. Kawasan tadahan untuk pengguna air sekitar Daerah Segamat tidak menyedari pencerobohan di huta...