Telah diketahui secara sejarah dan nyata kelahiran “Malaysia”
dari kewujudan “Tanah Melayu”.Melayu adalah “Bangsa” terdiri dari pelbagai
fahaman , agama dan budaya teramat jelas bangsa Melayu tanpa sempadan noktah
untuk diperjelaskan.Melayu terlalu umum untuk kita menjelaskan bangsa yang
tiada penilaian cukup jelas.Mamak itu melayu,Bugis terdiri dari Melayu,Banjar
juga Melayu,Iban semestinya Melayu,Batak memang Melayu dan tanpa penghujung
Bangsa Melayu.
Apa juga Bangsa yang telah menikahi @ berkhawin dengan Melayu
pasti lahirnya “Melayu Rojak” dan Melayu terus berada dalam lingkaran besar
dalam peta Dunia.Sejarah telah menjelaskan bahawa Melayu bukannya untuk rakyat
“Malaysia” kerana Indonesia adalah asas permulaan dan sehingga kini kuasa
Melayu paling besar di Dunia.Apakah Melayu rojak itu benar-benar Melayu atau
“Melayu India” , “Melayu Bangla” atau “melayu timur tengah” atau “Melayu
Barat”.
Seharusnya kita buka semula “Salasilah keturunan Melayu” dan
jangan semudah mementingkan bangsa lain jika benar-benar kita perjuangkan
“bangsa Melayu”.Mungkin Bangsa Melayu mudah lupa azali bangsa sendiri kerana
sejarah telah terukir dengan pelbagai “Kelemahan Melayu”.Melayu sanggup menjadi
“tali barut” penjajah , Melayu kalah dengan “sogokkan” , Melayu kalah
persaingan “ekonomi” , Melayu bertikam sesama sendiri dan Melayu tertipu , terpedaya dengan juadah
khayalan keduniaan.
Dari penjelasan sejarah terbukti pemerintahan Raja-Raja
Melayu terus diperdaya oleh penjajah sehingga kejatuhan kerajaan Melayu seperti
“kerajaan Majapahit” dan telah berhijrah ke bumi “malaya”.Apakah diperkatakan
ini “pembohongan” atau hasutan , kepada siapa harus kita menuding jari.Memang
sangat terang lagi jelas “bangsa Melayu” lemah dan kalah dengan kemewahan ,
pangkat , darjat , kuasa dan apa juga kelemahan terus disogok sehingga berlaku
“kejatuhan Melayu”.
Tidak semestinya Melayu itu “ISLAM” kerana Melayu adalah
“Bangsa” dan sejarah telah membuktikan Melayu dari pelbagai lapisan “adat” dan
teramat jelas “budaya Melayu” kebiasaan dari fahaman “Hindu”.Adakah Melayu di
alaf moden telah sedar atau memang tak sedarkan diri dengan sejarah lampau yang
banyak perkara telah merosakkan “bangsa Melayu”.Sebenar-benarnya Melayu
mempunyai tatasusila yang teramat perkerti , penyabar , pemurah , penyelamat ,
pejuang dan pembela.
Apakah percambahan bangsa melayu dengan pelbagai bangsa telah
menghakis segala susila sebenar Melayu atau Bangsa Melayu semakin rakus
mengejar keduniaan atau Melayu semakin hilang “kemelayuan”.Melayu boleh
dikatakan Bangsa kelas bawahan kerana pelbagai kelemahan telah dipaparkan
dimata dunia.Kini Negara-negara Melayu menjadi kunjungan hidangan pemuas nafsu
dan bangsa melayu terus berpeleseran mencari rezeki dipelusuk dunia.
Jika benar kita memperjuangkan melayu sudah pasti anutan
ISLAM itu menyuruh akan jiran tetangga sewajibnya dihulurkan
pertolongan.Indonesia sebuah negara yang cukup miskin dari zahir mahupun batin
, rakyatnya terus memperjudikan nasib untuk menyara hidup dengan pelbagai
aktiviti sehinggakan mengetepikan maruah untuk meraih sesuap nasi.Jenguk
seketika diseberang kepulauan kecil yang dahulunya milik Malaysia.Singapura
terus membuka ruang dan peluang untuk kepentingan bangsanya.
Aku sendiri pernah berhijarah kesana dan ternyata pembelaan terpenting
akan diberikan untuk bangsanya.Kenapa kedai-kedai barangan RM 2 bagaikan
cendawan tumbuh di Malaysia secara total menjual produk dari Negara tembok
Besar , sudah pasti perjuangan bangsa itu asas pembelaan dan kita semakin kalah
dalam memperjuangkan “bangsa Melayu”.Peniaga-peniaga “Melayu mamak” @ “Melayu
asia Barat” terus membantu produk-produk dari jalinan rumpunan azali.Kenapa
Melayu yang sebenarnya dari rumpunan Melayu tidak membina jalinan ekonomi
‘kuasa Melayu’.
Sejarah Melayu berulang kembali dengan kesombongan dan
kejahilan pemimpin , Melayu terus dijajah dengan pelbagai bentuk dakyah yang
mengundang kehancuran “rumpun Melayu”.Perjuangan dan pembelaan bangsa hanya
‘menanam tebu dibibir’ melayu terpinggir dibumi sendiri.Indonesia pernah mengalami
kejatuhan ekonomi dan kemiskinan rakyat melonjak keparas kritikal dengan
perbuatan pemimpin yang rakus membina kekayaan sendiri.Warga melayu indonesia
berhijrah keserata dunia bekerja sebagai pembantu rumah , buruh kasar dan
paling menyedihkan telah menjadi bahan dan alat pemuas nafsu kepada majikan.
Semuda usia warga indonesia mengimpikan untuk berhijrah ke
negara-negara yang boleh membantu pembangunan ekonomi sendiri.Malaysia menjadi
tumpuan utama penghijarah tersebut dan tidak dinafikan pembangunan bumi
malaysia adalah sumbangan tenaga kerja beliau.Namun siapa yang telah
memperalatkan warga indonesia dengan pelbagai masaalah kebajikan pekerja.Melayu
di selatan Negara Gajah putih terus ditindas dari golongan yang benci ‘ISLAM’
dan ‘Melayu Midano’ juga diperlaku perkara sama.
Apakah bantuan ‘perjanjian damai’ telah dianjurkan Malaysia
benar-benar membantu atau sekadar hiasan dimata dunia sahaja.Sebenarnya
pemimpin melayu beragama “ISLAM” tidak mengikut lunas-lunas sebagaimana
tuntutan agama.Kembali kepada “Al Quran” sebagai panduan dan pedoman , maka
kita akan menjadi sebenar-benar perjuangan.Sedarlah bahawa “melayu” hanya
bangsa , kaum dan golongan sahaja , sesungguhnya “Islam” itu tuntutan dalam
mempejuangkan sebenar saudara seagama.
Islam tidak membezakan warna kulit , bangsa , harta , darjat
dan segala apa juadah mata juga persepsi.Seharusnya pemimpin-pemimpin sedar
akan kepentingan panduan Al Quran dan sunah , tiada jurang pemisah antara
bangsa untuk kepentingan dunia.Pernahkah diantara kita berfikir atau memikirkan
akan janji ALLAH dengan kebaikkan dilakukan didunia akan dibalas berganda
diakhirat kelak.Sebagai contoh , Allah melarang juga mengharamkan manusia
meminum arak dan apakah kita lupa arak hanya sebagai air yang mengalir di
syurga.
Adakah kita percaya akan dijanjikan itu , sudah pasti ramai
diantara manusia bingung dan kebingungan , kerana apa.Hati menjadi titik
pemulaan akan keimanan.Apa juga yang tertulis dalam Al Quran semakin hari
semakin ramai manusia hilang kepercayaan kerana dunia juga semakin pudar dan
uzur menghampiri penghujungnya.Bangkit dan sedar wahai “Melayu” , kita bangsa
yang cukup perketi dalam jaringan dunia , bangsa yang lembut , sopan dan
beradab.Bebaskan minda mencari kejujuran hati agar terus membina “Jati diri”.
Maka jujur sejujurnya agar apa jua perkara yang dilakukan itu
dirahmati ALLAH bukan sebagai “pendusta” kepada bangsa Melayu.Masih aku ingat
sebuah buku tulisan Za’aba yang juga pernah berkata “Melayu miskin
segala-galanya”.Dalam menjalani kehidupan aku sering menimba sumber pembacaan
dari tokoh-tokoh Melayu yang tegas dengan kenyataan bukan sekadar omongan
kosong.
Melayu bangsa yang mudah disuap dengan rasuah dan mudah
mengimpikan kekayaan dengan cara yang sangat jijik dimata siapa jua.Paparan
akhbar semakin jelas akan kebodohan Melayu mengimpikan kekayaan dengan pelbagai
penipuan yang dilakukan seperti “Black Money” , “Skim cepat kaya” , “pelaburan
ternak cacing” dan pelbagai lagi teknik dan tektik yang akan ditawarkan kepada
orang Melayu yang suka mengambil jalan mudah untuk Kaya,kaya,kaya.
Pasti satu ketika kelak melayu akan terus terkebelakang dan
mundur dari pekara-pekara utama sebuah negara.Melayu akan tinggal nama dalam
sejarah kerana Melayu semakin bercampur aduk dengan aneka citarasa
perkhawinan.Aduhai Melayu oh Melayu , “tak melayu hilang didunia” apakah
kata-kata ini akan benar-benar menjadikan Bangsa Melayu akan tunggak kejayaan
Bumi Melayu dan Malaysia.
Ulasan
Catat Ulasan