Langkau ke kandungan utama

DUN TENANG


Terukir sejarah DUN TENANG N05 Johor telah menghadapi PilihanRaya Kecil Dalam Negeri Johor pada tahun 2011.Dalam percaturan Calon BN Banyak perebutan kuasa telah berlaku terutama Ketua Wanita Bahagian,Naib Ketua Bahagian dan barisan jawatankuasa bahagian semua mengimpikan kerusi Calon PRK DUN TENANG.Pelbagai permainan politik terjadi untuk memenuhi nafsu dan berharap akan dinobatkan sebagai Calon.
Tanpa disedari permainan kelompok kegilaan kuasa telah menghadapi kekurangan dari pelbagai sudut antara,lemah kepimpinan,prilaku buruk,menzalimi dan macam-macam lagi keburukkan terbongkar tapi bak pepatah “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong” lebih tepat lagi memang tak sedar diri langsung.penyokong-penyokong setia BN diperalatkan oleh individu tertentu untuk meraih sokongan sebagai calon.
Pelbagai rentak dan irama biarpun tempo langsung tidak sepadan dan ada diantara cawangan bagai layang-layang terputus tali tanpa haluan bak “cacing kepanasan” rompakkan duit rakyat telah menjadi persoalan demi persoalan rakyat.Empayar jajahan “sulaiman Taha” hampir roboh bagaikan dilangar Garuda.kesilapan besar pemimpin-pemimpin UMNO bahagian Labis ialah telah lama melupakan “hak Suara Rakyat” dan dari tahun 2004 hingga detik kematian “wakil Rakyat” penduduk DUN Tenang telah hilang kepercayaan kepimpinan BN.
Dengan Kekuasaan ALLAH aku bersama barisan Jawatankuasa PERTUBUHAN GENERASI BEMUDA SEGAMAT telah dipanggil ke Putra Jaya untuk memberikan pandangan dalam pemilihan CALON N05 DUN TENANG.Dalam perbincangan tersebut turut sama Timbalan Perhubungan UMNO Negeri Johor,Majlis Keselamatan Negara dan Penganalisi politik Drs. Mohd Zaid.Senarai Nama calon disebut diantaranya Haji Hashim(naib ketua Umno Bahagian),Haji Rosdin (timbalan ketua Umno Bahagian) dan Cik haslinda (ketua wanita Umno Bahagian).
Segala kupasan telah dibuat dan laporan dari keselamatan Negara juga telah membuktikan penama yang ada masih belum menepati piawaian pemimpin kerana pemilihan Jawatankuasa Bahagian yang lalu telah membuat ketidakpuasan hati rakyat dari ketelusan.Kami mewakili NGO mohon agar pemilihan calon harus dari kalangan generasi muda,maka perhubungan UMNO negeri Johor telah pun mempunyai nama untuk dinobatkan sebagai calon yang berkelayakkan.
Awak Kenal A.D.O yang berkhidmat di Renggit?Saya kenal beliau,nick name ‘tok I’ dan sudah terang lagi bersuluh Calon N05 DUN TENANG milik ‘Azahar Bin Ibrahim’.Terdetik dalam hati berkata jadi wakil rayat le tok I dan terlerai le segala kekalutan  andaian calon BN.Sungguh menyedihkan kerana individu tertentu masih lagi “meroyan” untuk terus menggilai sebagai calon BN.
BN menang bergaya dengan mejoriti melebihi 3000 undi dan telah berjaya mengatasi CARTA PRU 12 dimana mejoriti dibawah 2000 undi.Maka Azahar Bin Ibrahim telah termaktub sebagai Yang Berhormat dan bermula detik kepimpinan DUN TENANG.Sebagai pemerhati politik di Negeri Johor telah diperakui siapa yang kehilangan taring pemerintah akan memendam kebencian dan ianya sama seperti bom jangka akan meletup tanpa diduga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ISTILAH KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum Selamat Pagi Sahabat Ku Semuanya.. WASPADA FENOMENA AKHIR ZAMAN 1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil. 2. Gelar semakin tinggi, akal sehat semakin rendah. 3. Pengobatan semakin canggih, kesehatan semakin buruk. 4. Travelling keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri. 5. Penghasilan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang. 6. Kualitas ilmu semakin tinggi, kualitas emosi semakin rendah. 7. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis. 8. Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang. 9. Perzinahan semakin marak, kesetiaan semakin punah. 10. Semakin banyak teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat yang sejati. 11. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya. 12. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu. 13. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap. 14. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai. 15. Teknologi informasi semakin cang...

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

BANJIR

Kesejahteraan untuk pengunjung blog,telah menjadi kitaran jadual Negara Malaysia Dari Oktober Hingga Febuari adalah taburan hujan tinggi dan bakal mengundang limpahan air terjadi disetiap saliran.Daerah-daerah yang hampir kuala sungai akan mengalami banjir seawalnya disebabkan factor kawasan rendah.Sebagai manusia yang memahami kejadian alam harus dan wajib sedar akan kejadian alam dan jangan sesekali menuding jari pada mana-mana pihak. Mari kita megetahui etika sebagai pemimpin yang dipertanggungjawab untuk mengurus tadbir rakyat harus peka dengan apa juga persekitarani dialami rakyat jelata.Sejak kebelakangan ini semuaPemimpin-pemimpin Parti politik di Bumi Malaysia kini dengan penuh kesungguhan membantu mangsa banjir dan tidak dilupakan ialah wartawan menjadi pengikut setia untuk menyebarkan dan menyiarkan berita tentang saluran bantuan. Wahai pembaca, itu semua teknik dalam perjalanan politik dan jangan kita persoalkan kerana tiada meter untuk mengukur kejujuran individu y...