Pemimpin , Ketua , Pengerusi dan pelbagai lagi gelaran yang
telah diberikan dari manusia untuk darjat dan pangkat dunia.Sedar dan tanpa
disedari ada diantara manusia telah gila dan menggilai gelaran mahupun darjat
untuk dipandang tinggi dan sudah semestinya menjadi kemegahan.
Bila sebilangan kita berbicara tentang politik pasti ada
banyak perkara berasaskan bongkak , pembohongan , kebencian , kecelaruan ,
ketirisan dan lazimnya mencari dan mengejar sesuatu yang kita kurang kepastian.
Politik adalah arena yang memang boleh mengheret manusia
dengan pelbagai dugaan , sedar ataupun tidak pemimpin politik terhidang dengan
pelbagai “juadah hasutan syaitan”.Setinggi mana ‘iman’ dan sedalam mana
ketelusan juga setebal mana keinsafan manusia ianya semudah jalan grombolan
syaitan dan bala tenteranya membuka ruang ‘pengiklanan jahanam’.
Dugaan demi dugaan akan dipaparkan , juadah penzinaan satu
kemestian , terhidang lagi dengan pelbagai habuan , kemewahan pelbagai ragam
semestinya menjadi tunggangan dan hanya segelintir yang berjaya menafi dan
menidakkan.Bilakah ianya akan ada kesedaran dan keinsafan ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,.
Apa kata kita lihat sekitar lingkaran hidup , pemimpin yang
dahulunya bongkak dengan kemewahan yang terang-terangan ianya dari sokongan
rakyat telah menjadi daif bila mana telah rebah dibaham kebencian
rakyat.Penampilan diri dengan bajet kemewahan hanya luaran tapi kekayaan dibina
dari sumber kepalsuan akan menjadikan kesengsaraan yang memang sukar dinafikan.
Ramai pemimpin kini lupa panduan kemuliaan ISLAM , larangan
memakan dari sumber yang tidak jelas adalah ‘tiket kejayaan neraka jahanam’ dan
jika ianya dipergunakan untuk kehidupan berkeluarga maka terbina empayar
keturunan yang berterusan dibebani ‘kehancuran keturunan ISLAM.
Bak pepatah ‘meludah ke langit’ maka terpalit ke muka
sendiri.Terkadang pedih dan perit melihat bila ALLAH membalas secara tunai
didunia , walaupun sihat dari sisi zahirnya namun daif dari pandangan
umum.Biarpun gaya nya menawan namun tak ubah ‘melukut tepian gantang’.
Berfikirlah dengan kewarasan akal , setiap yang dikuriakan dari ALLAH dan setiap yang berlaku pasti ada secebis dugaan yang terkadang langsung
tidak menduga.Maka dengan kesungguhan berfikir akan kelebihan yang manusia
miliki , apa yang teristimewa manusia ada yang tidak mungkin ada pesaingan jika
benar-benar ianya berlandaskan reka bentuk ISLAM.
‘Dah terantuk baru ternadah’ – dah terasa sakit baru sedar ,
paling mudah untuk dijelaskan “tu le pasal”.Sebagai pemimpin harus kita membuka
helaian panduan sebenar bagaimana tanggungjawab sebagaimana amalan Muhammad
S.A.W.Bila berkata sewajibnya pekara yang benar , berjanji wajib ditepati ,
membantu siapa juga tanpa perbezaan dan yang tersangat penting nilai-nilai
kemuliaan juga kejujuran pasti menjadi keutamaan.
Ingat, muka pengadilan bukan muktamad di bumi , pemimpin
adalah barisan utama akan disoal dan apakah khidmat guaman mambantu hujah
pembohongan untuk meloloskan diri dari sebarang kesalahan , segalanya
berbeza.Kebaikkan,kejahatan,kezaliman,kesombongan dan kepelbagaian yang
dilakukan mahupun berlaku telah ditulis dan digambarkan semula.Tiada seorang
yang mampu membantu melainkan perkara-perkara yang menjamin kemuliaan.
Rebutan kuasa berlangsung dipelusuk dunia , sebagai umat
ISLAM kita seharusnya berfikir sejenak , apa dan adakah selayaknya menjadi
pemimpin.Apakah ilmu dan iman seteguh ajaran Nabi Muhammad S.A.W.Apakah mampu
bertarung dengan pelbagai agenda kerosakkan akidah atau memang itu tujuan dan
matlamat.Dengan kuasa dan darjat mampu membina kemewahan dan secara langsung
terjalin rangkaian “kuasa bersama”.
Kita sering melihat dan terlihat ‘pemimpin kini’ dengan
evolusi semasa terus meraih dan mengaut kekayaan semudah dengan
kata-kata.Rakyat terus mengharap dan berharap kebaikkan dan kemulian akan
menjelma namun apa ianya nyata terserlah.Mungkin terkadang kita sangat keliru
dan hati cukup celaru.
Mungkin ianya akan berlalu tanpa kita mengungkap kembali ,,,,
namun apakah kelak generasi kita terbela atau hanya sandiwara berlangsung terus
tanpa penafian yang jelas.Ayuh kita kembali kealam sebenar sebagai umat ALLAH ,
segala kemungkaran itu akan terjurus ditunjukkan dan pasti hati akan
benar-benar mampu menilaikan dan mentafsirkan.
Laungan pemimpin perjuangan bangsa itu sungguh ‘jelek’ kerana
panduan sebenar hanya ISLAM selamanya.Pernahkah kita berfikir atau terfikir
dunia ini ada penghujungnya atau kita masih lagi dibuai mimpi dengan agenda
filem yang karut dari musuh ISLAM.Hari ke hari kita terus dijamu dengan
pelbagai pengetahuan tentang ‘perubahan alam’ , apakah kita masih menidakkan
‘keuzuran bumi’.
Tidak mustahil jika kita diantara manusia di ‘akhir zaman’
akan di ketui dari pemimpin yang hanya gilakan keduniaan.Dari terpencil
kehidupaan hingga metropolitan asas pemimpin yang jahil semakin terserlah
pelbagai babak @ episode berlalu menjadi tatapan rakyat namun bila ianya
menjadi perbalahan dilaman social pasti pelbagai perisai akan dikeluarkan untuk
menyelamatkan diri.
Kini segalanya telah mengalami perubahan , pekara yang
dilakukan ternyata mampu ditafsirkan rakyat.Tekadang pepatah melayu menjadi sorotan
minda rakyat.Era teknologi telah membuka lembaran terbuku tapi apa yang teramat
jelas memang sukar diperbaiki pekara-pekara pembaziran duit rakyat.Isu
pembangunan diluar jangkaan harga menjadi kebencian , penyelewengan membuahkan
kemarahan tanpa kemaafan.
Berfikir dengan kewajaran agar kita tidak diperbodohkan oleh
golongan yang memang tidak sedar diri.
Ulasan
Catat Ulasan