Langkau ke kandungan utama

Catatan

KORBAN,EKONOMI DAN KEHIDUPAN

Salam suara rakyat buat pemimpin.Buat perhitungan semasa kuasa pembeli semakin mengecil dalam menghadapi era "susu yang diberi tuba yang dibalas".

APA DAH JADI GONG XI 2014

Detik 12.01 (31.Jan.2014) telah masuk Tahun baru bagi kaum cina.Lazim nya dari sejak aku dilahirkan dibumi Malaysia pasti kemeriahan diraikan dengan percikkan bersama dentuman mercun.Mercun adalah simbolik penting bagi setiap keluarga kaum cina.

SALAM GONG XI

Salam Kesejahteraan kepada kaum cina yang bakal menyambut tahun baru dan tidak dilupakan kepada pengguna jalan raya sentiasa berkhemah untuk kepentingan bersama.

SEORANG PEMIMPIN

  Pemimpin , Ketua , Pengerusi dan pelbagai lagi gelaran yang telah diberikan dari manusia untuk darjat dan pangkat dunia.Sedar dan tanpa disedari ada diantara manusia telah gila dan menggilai gelaran mahupun darjat untuk dipandang tinggi dan sudah semestinya menjadi kemegahan. Bila sebilangan kita berbicara tentang politik pasti ada banyak perkara berasaskan bongkak , pembohongan , kebencian , kecelaruan , ketirisan dan lazimnya mencari dan mengejar sesuatu yang kita kurang kepastian.

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

Happy Depavali 2013

Salam kesinambungan , Happy Depavali diucapkan kepada Kaum INDIA terutama penduduk labis yang menyambut pada 2.11.2013. Kepada Perantauan yang akan pulang harus berhati-hati dijalanraya agar selamat sampai ke distinasi anda.

RAMALAN TEPAT (TRANFORMASI UMNO BAHAGIAN LABIS)

Sepertimana jangkaan berdasarkan penyelidikkan yang telah dilakukan dari tarikh PRK Dun Tenang 2011.Dari analisis sangat jelas sebahagian besar penduduk labis dan secara umum penduduk Parlimen Labis iaitu merangkumi bekok dan chaah semakin terang lagi bersuluh mahukan 'anak jati' memegang tampok pemerintah Umno Bahagian Labis. Mungkin ada diantara kita lupa dan terlupa era politik semasa telah menyahut seruan dan suara rakyat yang mahukan pemimpin dari kalangan 'anak watan'. Kami mengucapkan sekalung Tahniah kepada Y.B Azahar bin Ibrahim yang telah berjaya memenangi kerusi Ketua Umno Bahagian Labis . Secara umum penduduk labis berharap kepimpinan beliau dapat merubah pembangunan dan akan melaksanakan tugasan dengan bertanggungjawab.Warga Melayu terus berharap Ketua bahagian yang baru dapat membina era "kemajuan Melayu Labis" Sehubungan itu kepada Warga Labis yang mempunyai pandangan , cadangan dan apa juga aduan boleh dimajukan kepada k