Langkau ke kandungan utama

Catatan

HAKIKAT PERLU DITERIMA

Buat kali ke 3 aku adalah kuasa penentu pemerintah.. Disepanjang hayat dari kali pertama hingga kita.. Rakyat Malaysia telah menjalani buat ke 14.Dari sejak mengundi sehingga kini pemerintah mejoriti pilihan rakyat adalah Barisan Nasional. PRU 14 adalah situasi yang sengit. Sebagai blogger aku sentiasa mendekati pengundi untuk mencari persepsi hakiki.Ternyata keperitan dan kesempitan ekonomi menjadikan sebagai faktor utama. Harga getah merundum tanpa pembelaan pemerintah.tanpa sebarang solusi yang bole mengangkat harga.kos bahan seperti racun dan baja meningkat tanpa dikawal.Kesimpulan rakyat yang punca pendapatan dari hasil getah dan sawit dalam situasi keperitan. Dimanakah nilai pemerintah memperjuangkan nasib warga kampung.dimanakan nilai keramat sebuah parti menjadi tunjang pembelaan. Isu yang pernah aku bangkitkan juga tidak dipedulikan.. Dimanakah generasi kampung terbela. Masih ingatkah laungan pembelaan untuk generasi felda. Namun generasi kampung tradisi tidak dipedulikan.

KRITIKAL BUAT BN PRU 14

Salam kesinambungan hidup..... Ramai telah mengetahui.... Isu nasional dalam pentadbiran negara menjadi punca utama banyak peralihan kepeecayaan buat barisan nasional. Penambahan pengundi muda sangat tidak mendorong kepada calon BN. Dengan ertikata mudah untuk diperjelaskan kebencian taraf kehidupam yang sangat kritis membuahkan bakal berlaku berhentinya pemerintahan kerajaan BN. Mungkin penyokong tegar masih berlegar akal ilusi menyatakan BN masih menerajui pemerintahan Putra jaya. Namun dari pandangan secara total aku terus mencari kepastian... Ternyata tidak menjurus pencapaian baik untuk parti keramat... Ternyata rakyat ketandusan kepimpinan yang mendengar pemasalahan segenap lapisan mayarakat... namun sebagai manusia kita hanya mampu merencana...hakikatnya maha mengetahui yang lebih menghalusi kenyataan...apa pun tafsiran aku selama ini berjaya diterjemahkan kenyataan dilapangan hakikat....

PRU 14 PARLIMEN LABIS

Salam muafakat...salam sejahtera...kuat hembusan PRU14 semakin hampir....isu national adalah sentimen kuat menjadikan labis sebagai kawasan hitam buat BARISAN NASIONAL... Petunjuk PRU13 jelas kerusi parlimen agak kritikal dan situasi dun bekok masih tiada pulangan keuntungan kepada parti keramat... Dari laporan SPR 2017....DAP telah mendaftarkan seramai 100k pengundi baru bagi negeri johor... Penambahan pengundi DAP diparlimen labis 2-3k.... Mana mungkin ada kemenangan buat BN diparlimen labis...DUN tenang masih ada kemenangan berfaktor dari pengundi warga felda... Apapun penentu tunggu kiraan semasa PRU kelak...namun belum tersasar tafsiran aku selama ni...

KORBAN,EKONOMI DAN KEHIDUPAN

Salam suara rakyat buat pemimpin.Buat perhitungan semasa kuasa pembeli semakin mengecil dalam menghadapi era "susu yang diberi tuba yang dibalas".

APA DAH JADI GONG XI 2014

Detik 12.01 (31.Jan.2014) telah masuk Tahun baru bagi kaum cina.Lazim nya dari sejak aku dilahirkan dibumi Malaysia pasti kemeriahan diraikan dengan percikkan bersama dentuman mercun.Mercun adalah simbolik penting bagi setiap keluarga kaum cina.

SALAM GONG XI

Salam Kesejahteraan kepada kaum cina yang bakal menyambut tahun baru dan tidak dilupakan kepada pengguna jalan raya sentiasa berkhemah untuk kepentingan bersama.

SEORANG PEMIMPIN

  Pemimpin , Ketua , Pengerusi dan pelbagai lagi gelaran yang telah diberikan dari manusia untuk darjat dan pangkat dunia.Sedar dan tanpa disedari ada diantara manusia telah gila dan menggilai gelaran mahupun darjat untuk dipandang tinggi dan sudah semestinya menjadi kemegahan. Bila sebilangan kita berbicara tentang politik pasti ada banyak perkara berasaskan bongkak , pembohongan , kebencian , kecelaruan , ketirisan dan lazimnya mencari dan mengejar sesuatu yang kita kurang kepastian.