Langkau ke kandungan utama

KERAPUHAN PARTI POLITIK


ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA buat para pembaca yang setia,dari sudut yang menjadi perbualan semasa  segenap pelusok rakyat Malaysia yang kini semakin matang dalam perkembangan politik biar pun ada sekadar andaian mahu pun kenyataan tapi harus diambil kira sebagai satu faktor utama kejayaan sesebuah parti politik.Daripada petani,nelayan,buruh,pekerja kilang,penjawat awam mahupun pun pelajar-pelajar IPT dan IPTS terus memberikan pandangan yang bermacam-macam sehingga pasti bakal ada satu perubahan besar jika perkara-perkara pokok tidak tangani secara teratur dan jadikan pandangan itu semua ada penyelesaian.

Sering kita dengar perkara seperti, politik keluarga dan kroni ini terus berada dalam mana-mana parti politik di Malaysia tapi apa yang lagi menyedihkan dari peringkat pentadbiran kampong hingga ke Nasional isu ini terus diperlakukan tanpa rasa bersalah,sehingga bila ada diantara keluarga yang terdahulu pernah menjadi wakil rakyat pasti ada waris akan dicalonkan walaupun hakikat nya pewaris langsung tidak berminat dan hanya sekadar boneka.kenapa dan mengapa semua ini berlaku? Itu lah menjadi sikap orang melayu,tapi kita harus ingat politik bukan nilai harta yang boleh diwarisi kerana ia nya satu arah tuju rakyat bukan untuk kepentingan peribadi.Mari kita buka sejarah ISLAM,memang di akui sahsiah Rasul-Rasul kita memang mewarisi kepimpinan keturunan tapi apakah kita manusia diakhir zaman ini berkelakuan sepertimana yang telah dilaksanakan oleh nya?,apa yang pasti ‘jauh panggang dari api’ ungkapan ini memang tepat,kerana apa yang menjadi perbualan rakyat kini harus diperhalusi.

Buka mata dan minda kita ini untuk terus menentang politik keluarga dan kroni kerana semua ini telah mejadikan pembaziran wang rakyat hanya untuk kepentingan peribadi.Ayuh kita rungkai perkara ini, jika ayah sebagai ketua cawangan,isteri nya sebagai ketua wanita cawangan dan anak perempuan sebagai ketua puteri cawangan, apakah akan ada ketelusan dalam pentadbiran?pasti pelbagai andaian akan bermain dibenak kita tapi nyata selagi sebagai manusia yang lemah perkara yang terselindung pasti tiada kejujuran,kemana pergi wang diamanah untuk rakyat? Pasti anda tahu jawapan nya.Permainan politik seperti ini akan menjadi nilai utama kejatuhan kerana secara normal rakyat akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan dan harus difikirkan jika akar pokok telah rosak pasti pokok akan menjadi kekeringan dan ketandusan tapi apa yang pasti perkara ini sukar dibendung kerana individu yang menjawat takut hilang kepentingan dan pendapatan.Ramai diantara yang berjawatan telah dan masih membina kekayaan sedangkan parti akan menghadapi kehancuran.

Ingat lah wahai Presiden-Presiden politik perkara ini benar,mati itu benar dan kejatuhan ini juga benar kerana setiap kemusnahan itu belaku ditangan pendusta-pendusta yang sering mengaku dan mengatakan apa yang diperlakukan baik dan betul tapi yang sebenar-benarnya dalam perjuangan dan sokongan itu ialah mutlak dari Rakyat,Rakyat dan rakyat bukan pemimpin yang berdusta.
Politik kampung
hackesmy@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

HENTIKAN PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN LABIS

17.MAC.2012 Hutan Simpan Kekal di Tenang kampong(Labis) telah diceroboh oleh Orang Asli setempat dan apa yang mengejutkan kawasan tersebuat adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan dan kunjungan.Hutan Lipur Taka Melor mempunyai tarikan tersendiri dengan adanya aliran air terjun dan dikelilingi litupan hutan semulajadi.Kekebalan apa yang dimiliki oleh pencerobohan tersebut dan kenapa tiada tidakkan wajar diambil. Isu air sering berkumandang dan menjadi perbalahan utama,Sehingga kini tiada noktah penyelesaian.Pencerobohan kawasan tadahan terus berlaku tanpa menyedari sebagaimana terjadi di Empangan bekok yang kini pengguna air sedang menghadapi risiko barah dan penyakit kronik sepertiman laporan akhbar Metro bertarikh 13.mac lalu.Dr.Wee ka Siong (BN Parlimen Air Hitam) sendiri telah membongkar isu tersebut untuk membela Rakyat (pengguna) yang mengjangkaui 500,000 orang. Kawasan tadahan untuk pengguna air sekitar Daerah Segamat tidak menyedari pencerobohan di huta

DUIT DAN HABUAN NILAI PERJUANGAN

Sejak kewujudan bumi Malaya telah dan diperakui kemakmuran Negara terserlah indah dengan kepelbagaian etnik , Bangsa dan Agama.Dalam mengharungi kemerdekaan pelbagai rintangan sukar dan liku terus dilalui Pemimpin juga pejuang Melayu yang ingin membebaskan dari belengu Penjajah. Menjelang era globalisasi ternyata segenap pelusuk tanah Malaysia telah mengetahui lagi terperinci asam garam ‘politik’.Pembubaran UMNO 1946 ditukar UMNO alaf baru telah menjadikan duit dan habuan sebagai nilai perjuangan.Ramai pemimpin dari cawangan sehingga keperingkat nasional telah membudayakan imbuhan sebagai taruhan asas perjuangan. Ternyata PRU 13 yang bakal dilalui nanti akan menyaksikan ancaman besar kepada Barisan Nasional kerana kekurangan sumber kewangan dari tampok pimpinan.Warga Malaysia setia kepada UMNO masih lagi ampuh perjuangan namun ‘pejuang UMNO pulus’ hanya berpeluk tubuh dan tidak mustahil grombolan tersebut juga menjadi ‘musuh dalam selimut’. Kakayaan dibina lalu oleh pemimp