Labis,Johor Darul Taqzim,dahulu dan kini hanya sebuah
pekan kecil,tempat yang dihuni sebilangan besar bangsa melayu,terdapat 3 mukim
dibawah pentadbiran daerah kecil Labis.Secara keseluruhan penduduk berpunca
pendapatan dari hasil pertanian iaitu dengan tanaman getah dan kelapa sawit, Industri
yang ada terdiri daripada kilang getah,kilang yang berasas kayu dan satu
industri kecil pembuatan pakaian.kampung-kampung dihuni sebilangan besar
warga-warga tua dan sebilangan besar generasi muda mengejar tuntutan rezeki
dengan berhijrah kebandar,hanya sebilangan kecil yang masih menetap dengan
pencarian hidup hasil kuderat sebagai petani.
Tanpa dihitung, sebilangan besar penduduk daif dari
sudut pengetahuan baik dari segi pembangunan mahu pun mencari keperluaan
sebagaimana tuntutan seiring dengan kemajuan Negara,golongan berpendidik terus
meninggalkan pendalaman kerana tiada peluang dan ruang untuk
menghuni.Masyarakat yang bekerja disektor perladangan swasta terus dengan
kemampuan sekadar untuk sesuap hidangan tapi mengapa perkara ini terus
berpanjangan,apa kah ini satu hukuman pada golongan yang daif pengetahuan.Generasi
Belia yang masih dikampung-kampung tanpa arah tuju dan terjerumus dengan
pelbagai aktiviti –aktiviti yang mengusarkan, hampir setiap malam jalan-jalan
jadi tempat pertaruhan perlumbaan haram.
Mari kita buka sejarah untuk menjadi tatapan, supaya
kesedaran terus manjadi sebahagian arah tuju haluan generasi mendatang.Masih
kah kita semua ingat zaman kegemilangan bapa kemajuan Negarawan yang terulung,
Tun Dr Mahatir Bin Mohammad, ayuh kita ketahui siapa Presiden Mca ketika itu?
Tun Lee Liong Sik, dan beliau juga sebagai Ahli Parlimen Labis sehingga lah
bersama-sama Tun Mahatir meletakkan jawatan.PRK Dun Tenang telah membuka segala
kemusykilan kepada tetamu dari pelbagai parti politik yang berkunjung ke Labis
dan detik sejarah itu juga lah telah merobohkan tembok kepercayaan.Pasti
menjadi pelbagai igauan yang terindah pada para tetamu-tetamu kehormat Barisan
Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menjejakkan kaki ke PRK Dun Tenang, kerana
bila sebut ‘JOHOR’ siapa pun akan bayangkan satu distinasi yang cukup gak, dan
apakah jawapan persoalan itu juga setara dengan nama Negeri nya?
Ayuh semua pembaca-pembaca kita perinci kan persoalan
ini, ada yang ketawa,menangis dan tertanya-tanya tapi kenyataan telah ada depan
mata sebagaimana nyata kebenaran tempat yang dinamakan ‘LABIS’.Wakil dari parti
pemerintah cukup bingung dan hairan pada kilas anak mata,apakah benar ini
kawasan Parlimen Labis,sudah pasti benar,ini lah tempat naungan Presiden MCA
daripada Tun Lee Liong Sik Hingga Dato’ Chua Soi Lek,apa yang ada pada
pembangunan di Labis?sudah pasti hanya bangunan rumah kedai dan Taman Perumahan
sahaja tapi semua ini bukan pembangunan kemajuan,ianya telah menjadi tuntuan
keperluaan dan Pemaju Perumahan yang telah Berjaya memenuhi keperluan rakyat,
mana yang dibangunakan oleh orang yang hebat dari MCA?,sehingga kini tiada
jawapan untuk persoalan ini kerana tiada pembelaan baik dari segi ekonomi,social
dan apa pun jua.Jom kita rungkai apa pula persoalan,jawapan dan nilai-nilai
kritik yang cukup bisa didengar tapi kita harus terbuka dalam pemikiran demi
tidak ketinggalan dengan arus kemodenan.Persoalan yang utama kita pasti dengar,
kenapa orang labis macam ni dan kenapa jadi macam ni?,pasti kita bingung dengan
persoalan ini,kerana perkara pokok nya kita tidak tahu untuk menjelaskan tapi
yang nyata,memang sebilangan ramai penduduk tidak cukup pengetahuan dengan arus
pembangunan dan kemajuan.LABIS cukup istimewa dengan kejadian alam iaitu kolam
air panas,gunung ganang dan sumber pertanian seperti buah-buahan tempatan tapi
tanpa sokongan pengetahuan dan teknologi membuat kan jauh ketinggalan.
Generasi muda terus terpinggir tanpa haluan,tiada
pihak secara jelas membuktikan mampu secara keseluruhan dapat membantu
mengemudi kehidupan, dan yang telah berkeluarga kian terhimpit kerana tiada
tempat kebergantungan jangka masa depan.Perkara utama yang perlu kita
perjuangkan ialah tanah untuk kediaman dan pertanian, perlu dikuriakan kepada
generasi muda demi untuk meneruskan kehidupan, ayuh sedar lah semua
rakyat-rakyat di Parlimen Labis Bangun dari kelalaian lampau mu, mari kita
bersama menuntut kebenaran demi untuk membina kehidupan dan jangan kita terus
berdiam kerana selagi tanpa kesedaran ini,tiada esok untuk kemajuan diri
sendiri.
Politik kampung
hackesmy@gmail.com
Ulasan
Catat Ulasan