Langkau ke kandungan utama

300 RIBU DAN 550 RIBU


Azmin Ali dalam kenyataan di ‘Malaysia kini’ mendedahkan Hasan Ali telah menggunakan duit kerajaan Negeri Selangor (duit Rakyat) sebanyak RM 300,000. mengubahsuai pejabat dan RM 550,000 telah digunakan untuk program yang kurang memberi manafaat kepada rakyat.Memang matlamat dalam blog ini tidak memihak kepada mana-mana parti politik tanah air,kita harus bersikap keterbukaan untuk mentafsir kebenaran.Ikut kebenaran Islam jangan sesekali kita menutup kejahilan manusia biar apa juga pertalian langsung atau secara tak langsung.

Sepertimana catatan yang lalu baru saje merungkai ramai individu dari kalangan pemimpin-pemimpin politik Malaysia tidak melaksana perlembagaan parti sepertimana penubuhan.Telah jelas politik tanah melayu kini mempunyai jurang yang ketara.Siapa yang ada gelaran,duit dan pengaruh akan berjaya memperdaya orang serdahana dan orang susah tak ubah telah ada darjat ‘khasta’.Pejuang-pejuang suara rakyat sebenar hanya mampu meluah dengan paparan yang sama sekali tidak diperendahkan.

Setiap Parti politik mempunyai matlamat yang berbeza tapi pekara pokok tetap sama untuk pembelaan,pembangunan,keagamaan,cintakan Raja dan Negara,Menghormati perlembagaan dan pelbagai lagi kebaikkan yang dirasa berkesesuian.Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak sesekali akan memberi kelulusan dimana ada perlangaran perlembagaan undang-undang Pertubuhan dan Perlembagaan undang-undang Malaysia.

Individu yang bersama mana-mana Parti bukanlah manusia sebaik ‘Nabi’ kalau penyamun tetap penyamun,kalau pemusnah tetap sama,kalau pendusta tetap mengulangi dan apa juga perkara yang menjadi ikutan selama ini akan dibawa bersama walaupun berada didalam Pentadbiran Agama Islam.Sering saya mengingatkan para pembaca blog ini individu bukan melambangkan Parti tapi ‘jahil tetap jahil’,kalau nak berpolitik sekarang bukan lagi macam zaman ‘pak kaduk’ 1st kena banyak duit,2nd Gelaran@darjat dan 3rd sedia membodek dan menipu dengan pelbagai helah tapi mesti ada Ilmu berpolitik.

PRU yang lepas berapa ramai lompat parti fakta 1st duit dan 2nd Gelaran@darjat dah sah le berdusta untuk mendapatkan sesuatu,itu lumrah dalam politik.President Parti melambangkan arah tuju dan jika telah ‘terang lagi jelas’ ‘tokeh Parti’ penyamun,perompak tanpa senjata,pemusnah,pendusta dan pelbagai lagi perkara keburukan kalau kita menyokong samalah kita punyai tabiat mereka-mereka tu.ALLAH telah mengurniakan kita ‘Manusia’ setinggi darjat dibumi tapi tahu kah kat mana ‘darjat’ tu kalau nak beza kecantikkan manusia jauh beza dari kejadian lain contoh ‘burung merak’ tak payah ‘make up’ pun memang dah cantik tengok muka manusia bila baru je bangun tidur ‘cantik ke’ dengan air liur basi ada pulak bau busuk lagi.Carilah apa juga perbezaan manusia banyak kekurangan.

‘AKAL FIKIRAN’ atau ‘BERAKAL’ tu le Kurniaan yang paling tinggi ALLAH berikan kepada Manusia dan sudah pasti mampu mengatasi segala-gala kekurangan kejadian lain dibumi ini.Pelbagai rekaan manusia untuk kemudahan,jika kebaikkan dimahukan maka terjadi kebaikkan dan jika pelbagai tersirat tiada siapa mampu menilaikan tapi segala kemungkinan akan terhurai jika kita benar-benar pergunakkan ‘mata untuk melihat’,’telinga untuk mendengar’ dan ‘akal akan berfikir dengan kewarasan’ tiada persoalan tanpa jawapan kerana ‘otak’ tak ubah sebagai alat pemproses apa yang dilihat dan didengar.

Semua tidak akan lengkap jika tertinggal 1 perkara yang paling muktamad untuk memutuskan apa jua persoalan ‘keputusan hati naluri’ ini penyelesaian yang paling berharga.Bukan semua manusia menyedari akan kekuasan ‘naluri’ manusia bila terdetik untuk berdendam maka akan kekal dendam itu dan ada kala sehingga membawa mati ‘ikut hati membawa mati’ ungkapan ini jelas.Jangan terlalu mudah percaya akan manusia yang belum dikenali dan ingat jika kita salah memilih pemimpin maka akan berjawab kelak di alam mati kelak.

Ingat ‘islam’ tetap pegangan dan saudara kita,apa juga keadaan hidup kekal iman dinaluri,dengan izin ALLAH maka selamat dunia dan Akhirat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

HENTIKAN PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN LABIS

17.MAC.2012 Hutan Simpan Kekal di Tenang kampong(Labis) telah diceroboh oleh Orang Asli setempat dan apa yang mengejutkan kawasan tersebuat adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan dan kunjungan.Hutan Lipur Taka Melor mempunyai tarikan tersendiri dengan adanya aliran air terjun dan dikelilingi litupan hutan semulajadi.Kekebalan apa yang dimiliki oleh pencerobohan tersebut dan kenapa tiada tidakkan wajar diambil. Isu air sering berkumandang dan menjadi perbalahan utama,Sehingga kini tiada noktah penyelesaian.Pencerobohan kawasan tadahan terus berlaku tanpa menyedari sebagaimana terjadi di Empangan bekok yang kini pengguna air sedang menghadapi risiko barah dan penyakit kronik sepertiman laporan akhbar Metro bertarikh 13.mac lalu.Dr.Wee ka Siong (BN Parlimen Air Hitam) sendiri telah membongkar isu tersebut untuk membela Rakyat (pengguna) yang mengjangkaui 500,000 orang. Kawasan tadahan untuk pengguna air sekitar Daerah Segamat tidak menyedari pencerobohan di huta...

TERIMA KASIH Y.B AZHAR DAN HASREN KAMAL

Setiusaha PERTUBUHAN GENERASI BEMUDA SEGAMAT Encik Amran Bin Abdullah dan Encik Samsuli Bin Ibrahim merakamkan jutaan terima kasih kepada Y.B Azhar bin Ibrahim(Dun Tenang) dan Encik Hasren Kamal Bin Hussin(penolong pentadbir tanah labis) diatas penyerahan borang permohonan tanah kepada 18 peserta generasi muda kampong Sawah Baru Labis.Besarlah harap beliau agar permohonan tersebut dapat diberi kelulusan pada kadar segera. Dengan kurniaan tersebut membantu golongan muda meningkatkan pendapatan didalam sector pertanian dan secara langsung sebahagian tanah tersebut dapat menyelesaikan isu kediaman yang dialami.Memang diakui pembelaan generasi kampong telah diabaikan sekian lama dan keperihatinan badan NGO serta sokongan pemimpin setempat dapat menyelesaikan isu tersebut.