Apa nak jadi nasib penduduk
pendalaman dan warga kota.Pelan perancangan untuk generasi felda terus
diperkemaskan.Dihelaian Akhbar BN dan Juga pembangkang terus memperhebatkan
mengenai isu hala tuju felda dan generasinya.Penempatan,tanah pertanian dan
pelbagai lagi sumber ilham terus dilaungkan tapi itu semua hanya untuk ‘warga
felda sendirian berhad’.Nah ni dia jawapan tunggal paling tepat dan padat.
Persempadan semula kerusi-kerusi
ADUN dan PARLIMEN telah dirancang dimana kawasan yang terdapat tanah rancangan
(felda) dibahagikan secara adil dan saksama.
1. Warga felda telah menjadi undi
pemutus dalam Pilihan Raya Dengan kuasa pengundi mejoriti.
2. Felda mempunyai asset banyak iaitu
tanah tanpa pemilik (Felda Plantion)
3. Majoriti Peneroka felda orang
Melayu,mudah dan senang digula-gula.
Tiga perkara ini telah menjadikan felda sebagai
pemacu pembelaan oleh BN dan PR.Tanpa disedari Warga kota dan rakyat kampong
telah ditinggalkan ‘terkontang kanting’ bak bahasa melayu.Pemasalahan warga
kota terus meningkat dengan kenaikkan harga barang dan kos sara hidup.Nak PRU
tol dimansuhkan lepas menang terkena tol semula dan kalau dibantah buat jalan
lain bertol pulak,dah jelas warga kota diibaratkan ‘sorong depan kena,tolak
belakang pun kena’.Mana le BN nak menang bukan ‘bela’ tapi ‘bambu’ lagi ada
le.Kemiskinan Bandar memang daif segala yang disekeliling harus menggunakan
duit nak kencing dan berak pun kena duit.Siapa yang nak bela ‘Warga bandar’
entah le sampai hari ni tiada penyelesaian,kalau dengar laungan pemimpin memang
hebat bagaikan ‘bertelur dalam beras’ tapi keluhan dan rintihan masih kuat
didengari.
Kampung dan generasinya terus terkedu dengan
wayang pembelaan sering berkumandang dengan pelbagai cara yang terbaru ‘tranformasi
rakyat pendalaman’ sah dan soheh tiang wi-fi melambak setiap kampong
memilikinya.Apakah internet itu bole memberi sesuap nasi kepada pengguna dan
apakah wi-fi itu akan terbela generasi kampong.Kesian kat orang kampong dan
warga emas terpaksa membeli talipon bimbit yang bole akses wi-fi nak ‘up to
date’ gak le tapi secara jelas internet itu tanpa sempadan dan ianya hanya
‘alam maya’ jika pengguna bertujuan baik pasti kebaikkan ditemui dan jika jahat
niatnya sudah pasti ke laman dilarang disisi Agama.Internet bukan keperluaan
asas rakyat pendalaman tapi Tanah penempatan dan tanah pertanian yang menjadi
tuntutan.Pemimpin harus peka dan waras untuk memahami kehendak rakyat setempat.Pergi
tengok ‘pelabuhan darat’ di Segamat apa dah jadi,jadi sarang tikus le apa lagi.Pergi
Tanya Lee Liong sek,dia yang buat semasa jadi menteri dulu.
Sehingga ke hari ini tiada pemimpin yang memahami keperluaan asas rakyat sebenar.Ungkapan
baru yang telah diberikan,
1. Peneroka Felda dan Generasinya
dengan gelaran ‘anak bini muda’
2. Warga kota yang terhimpit dengan
gelaran ‘anak tiri’
3. Penduduk kampong@pendalaman dengan
gelaran ‘anak bini tua’
Jolokkan gelaran yang diberikan bukan untuk
membidas tapi buka semula lembaran yang telah lama tersorok,biar pun kuasa
pemutus untuk Undi Pilihanraya tidak dimiliki oleh warga kampong tapi ianya
menjadi tuntutan amanah diberikan.
Berbalik pada tajuk,pada suatu petang sedang
asyik sekumpulan warga kampong sedang minum petang disebuah warong dan saya
datang untuk menikmati bersama dengan hidangan menu kuih tradisi yang
menyelerakan.Sedang mengelamun saya terdengar seorang kawan merunggutkan
sesuatu yang dibaca dalam lambaran Akhbar Utusan Malaysia,Saya bertanyakan
‘Anak mana mat’ lalu jawabnya ‘Anak bini muda le’,baru le saya tersentak dan
memahami ‘Anak’ yang dimaksudkan Pertubuhan@Ngo yang ditubuhkan oleh
PR,Prisedent Mazlan Aliman.Sekali lagi bukan untuk Saya menghina sesiapa tapi
jadikan ia perkara Utama perlu disemat
kepada Pemimpin-Pemimpin yang telah diberi kepercayaan.
Generasi Kampung dan warga kota sungguh
terhimpit dengan dongeng politik yang sering berbalah tanpa
sempadan,berhentilah dari terus tikam-menikam dan perlihatlah perkara-perkara
yang lama terlepas pandang,generasi muda kota dan desa tanpa hala tuju.Apa yang
dilaungkan semua ‘indah kabar dari rupa’,dimana janji setia untuk membela dan
pembangunan rakyat.Ayuh kita perjelaskan secara terperinci untuk warga yang
ketandusan dapat perhatian.
Ayuh bangkit dari lamunan,Tampil kuasa Rakyat
sebenar yang selama ini diperlekeh oleh Pemimpin yang jahil tidak melaksana
tanggungjawab dan amanah yang diberikan.Warga pendalaman sering dimomokkan
dengan dakyah-dakyah yang mengelirukan sehingga tak mampu membantah.Warga kampong
harus celik dan ketahui bahawa ‘Politik’ asas kehidupan,keperluan hidup seperti
Makanan,pakaian,kediaman dan tanpa disedari Anutan Agama juga adalah politik.Buka
akal dari sanubari dan fahami apa yang dipaparankan ini,kalau rasa keliru cari ‘orang
yang tinggi pengetahuan agama’ dan bertanyalah akan kebenaran.
Ulasan
Catat Ulasan