Langkau ke kandungan utama

HARAPAN WARGA FELDA


Ramai dikalangan Rakyat Malaysia sedar kewujudan felda sebagai satu lantai pembelaan untuk membantu Warganegara dan telah berjaya menangani isu kemiskinan.Pasti dan nyata ALLAHYARHAM Tun Abdul Razak kini telah berjaya membina satu kuasa empayer ekonomi Negara dan penyatuaan etnik dengan pelbagai bangsa, tapi mari kita buka lembaran baru untuk memastikan pemerintah,peneraju dan generasi Felda terus menikmati tanah tumpahnya kekal diwarisi.Benarkah penerajui Felda kini berdiri dilandasan benar dan apakah Anak Warga Felda tidak layak untuk mejawatnya???

NS Cement atau dikenali sebagai NEGERI SEMBILAN CEMENT SENDIRIAN BERHAD satu syarikat dibawah kelolaan kerajaan negeri Sembilan tapi itu semua tinggal kenangan pada anak jati Negeri Sembilan dan asset yang paling bernila “batu kapor” kini telah menjadi milik penuh oleh CIMA (cement industries off Malaysia) dan Isa Samad ketika itu sebagai Menteri Besar.Apa yang tinggal hanya sebilangan pekerja-pekerja anak jati tapi layakkah  beliau menerajui Felda dengan reputasi buruk dan patutkah Felda terjerumus sama seperti NS cement sebagai satu sejarah hitam.
Jarang sekali kita dengar individu perosak diberi jawatan untuk menerajui organisasi besar sedangkan sejarah lampau telah menjadi panduan bak pepatah “anak sendiri tak mampu disusukan” dan apakah matlamat sebenar.Kenapa dan mengapa Najib sebagai PM tidak mampu berfikir secara waras dengan perlantikan Isa Samad diSyarikat naungan Felda.Apakah PM memang berniat sebagai pewaris melingkupkan felda.Sedarlah wahai pemimpin yang takbur memang diakui peneroka felda memang diantara golongan daif ilmu dan terhimpit kemiskinan diawal penerokaan tanah tapi bukalah mata mu bahawa generasi felda kini terlalu hebat.
Hentikan penipuan dan jangan ‘lena disiang hari’.buka sejarah PRU lalu tanpa pengundi felda pasti BN akan kehilangan kerusi DUN dan PARLIMEN dipendalaman.Secara logic dan waras kejatuhan BN bukan kesilapan rakyat tapi semua itu tercipta kerana kerakusan pemimpin UMNO.kenapa dan mengapa perlu untuk tanah felda diurusniaga,apakah perajalanan selama ini tidak menguntungkan atau ada perkara terselindung tanpa pengetahuan umum.Berhenti mengkianati bangsa mu dan tanah felda kerana dengan kesilapan bakal merosakkan untuk selama-lamanya dan selagi kita masih lagi bernyawa rebut peluang untuk menghitung diri kerana wang ringgit tidak langsung mampu menebus dosa-dosa.Setiap patah kata mengkeji perbuatan pasti beban dosa terhimpun dan hitung berapa juta warga dan generasi felda akan mencaci jika dengan perbuatan membawa kehancuran.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

ISTILAH KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum Selamat Pagi Sahabat Ku Semuanya.. WASPADA FENOMENA AKHIR ZAMAN 1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil. 2. Gelar semakin tinggi, akal sehat semakin rendah. 3. Pengobatan semakin canggih, kesehatan semakin buruk. 4. Travelling keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri. 5. Penghasilan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang. 6. Kualitas ilmu semakin tinggi, kualitas emosi semakin rendah. 7. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis. 8. Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang. 9. Perzinahan semakin marak, kesetiaan semakin punah. 10. Semakin banyak teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat yang sejati. 11. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya. 12. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu. 13. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap. 14. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai. 15. Teknologi informasi semakin cang...

HENTIKAN PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN LABIS

17.MAC.2012 Hutan Simpan Kekal di Tenang kampong(Labis) telah diceroboh oleh Orang Asli setempat dan apa yang mengejutkan kawasan tersebuat adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan dan kunjungan.Hutan Lipur Taka Melor mempunyai tarikan tersendiri dengan adanya aliran air terjun dan dikelilingi litupan hutan semulajadi.Kekebalan apa yang dimiliki oleh pencerobohan tersebut dan kenapa tiada tidakkan wajar diambil. Isu air sering berkumandang dan menjadi perbalahan utama,Sehingga kini tiada noktah penyelesaian.Pencerobohan kawasan tadahan terus berlaku tanpa menyedari sebagaimana terjadi di Empangan bekok yang kini pengguna air sedang menghadapi risiko barah dan penyakit kronik sepertiman laporan akhbar Metro bertarikh 13.mac lalu.Dr.Wee ka Siong (BN Parlimen Air Hitam) sendiri telah membongkar isu tersebut untuk membela Rakyat (pengguna) yang mengjangkaui 500,000 orang. Kawasan tadahan untuk pengguna air sekitar Daerah Segamat tidak menyedari pencerobohan di huta...