Langkau ke kandungan utama

KERAJAAN CAMPURAN ‘KESELESAAN RAKYAT’


Bila menyebut ‘kerajaan campuran’ pasti tidak disenangi oleh Parti BN dan PR,alasan yang sering didengri ‘susah nak buat keputusan’ tanpa suara majority di Parlimen.Ini jawapan yang paling bodoh sebenarnya kerana kalau ada kuasa 2/3 memang mudah buat keputusan tapi secara nyata itu lah punca penyelewengan selama ini yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang suka akan perbuatan itu.Setiap apa juga cadangan projek yang bakal menggunakan wang rakyat harus dibentang,dibahas,dikaji dan perlu ada penyelidikkan yang terperinci sehingga tidak mengalami pembaziran yang keterlaluan.

Rakyat semakin bijak menilaikan apa juga cadangan pembangunan dan kerajaan perlu membuka ruang untuk rakyat menilaikan perancangan agar ianya menjadi kepentingan umum bukan kepentingan individu.Sejarah Pemerintahan lalu telah membuktikan akan banyak pembaziran yang disengajakan dan penyelewengan tanpa disedari rakyat,projek hanya nama dan kepentingan hanya pada individu tertentu.

Banyak andaian mahu tafsiran pada keputusan PRU 13 nanti,sebilangan besar generasi Muda mahukan PR memenangi 2/3 di kerusi Parlimen tapi dari pengamatan Penganalisis Politik tanah melayu meramalkan akan terjadi satu evolusi baru dimana ‘Kerajaan Campuran’.Dari sudut pandangan ‘kerajaan Campuran’ saya amat tertarik dan banyak perubahan akan terjadi,apa juga perkara yang dibentangkan kelak akan diperhalusi dan jika ianya langsung tidak mendatangkan kebaikkan kepada umum pasti tiada sokongan mejoriti sudah pasti akan ada ruang keterbukaan kepada rakyat untuk menilaikan kebenaran dan kebaikkan sesuatu perancangan.

Suasana ‘kerajaan Campuran’ juga bakal menduga sejauh mana tahap pemikiran ‘wakil rakyat’ untuk membela rakyat dan apakah cadangan yang dibentangkan benar-benar mempunyai nilai-nilai perubahan atau baru kita mengetahui akan ‘kebodohan’ wakil yang telah dipilih.Apa guna kalau ada lapangan terbang yang terbaik didunia kalau ramai yang terhimpit kemiskinan,apa gunanya slogan ‘tranformasi’ tapi taraf hidup tidak selaras pendapatan.Ingat jika kuasa mutlak diberikan pasti manusia akan lupa tanggungjawab sebenar tapi jika ada yang memerhatikan akan perbuatan pasti keburukan itu akan berkurangan.

Sebagai pekerja ‘makan gaji’ biasa le kalau ada bos yang berhemah pasti tugasan yang diberikan akan terbaik dilakukan tapi bila mana bos juga ‘kong kali kong’ terjun longkang le semua.Kenapa dan mengapa banyak pembongkaran akan pembaziran dan rakyat sungguh lemah pengetahuan selama pemerintahan BN.Dato’ Zaid Ibrahim baru sahaja membongkar akan pembaziran RM 750 billion dari pemerintahan Dr. M sehingga kini,apakah perkara itu dusta.Paling tepat perkara itu benar jika tiada bukti-bukti yang kukuh pasti Dr. M dan kroninya mengheret isu tersebut kemuka pengadilan (Mahkamah) dan kebiasaan paling tepat kena saman le Zaid Ibrahim.

Dato’ Zaid Ibrahim diantara individu yang pernah menjawat pelbagai jawatan didalam arena Politik BN dan beliau juga diantara pengamal undang-undang yang termashyur di tanah melayu jadi tiada apa yang dapat berselindung akan tuntutan undang-undang.Rakyat mahukan sesiapa juga dibumi melayu tiada kekebalan akan undang-undang,bersalah tetap didakwa sama.Jika benar-benar terjadi akan ‘kerajaan Campuran’ pasti rakyat Malaysia akan lebih memahami ‘kuasa Politik ditangan siapa’.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

DUIT DAN HABUAN NILAI PERJUANGAN

Sejak kewujudan bumi Malaya telah dan diperakui kemakmuran Negara terserlah indah dengan kepelbagaian etnik , Bangsa dan Agama.Dalam mengharungi kemerdekaan pelbagai rintangan sukar dan liku terus dilalui Pemimpin juga pejuang Melayu yang ingin membebaskan dari belengu Penjajah. Menjelang era globalisasi ternyata segenap pelusuk tanah Malaysia telah mengetahui lagi terperinci asam garam ‘politik’.Pembubaran UMNO 1946 ditukar UMNO alaf baru telah menjadikan duit dan habuan sebagai nilai perjuangan.Ramai pemimpin dari cawangan sehingga keperingkat nasional telah membudayakan imbuhan sebagai taruhan asas perjuangan. Ternyata PRU 13 yang bakal dilalui nanti akan menyaksikan ancaman besar kepada Barisan Nasional kerana kekurangan sumber kewangan dari tampok pimpinan.Warga Malaysia setia kepada UMNO masih lagi ampuh perjuangan namun ‘pejuang UMNO pulus’ hanya berpeluk tubuh dan tidak mustahil grombolan tersebut juga menjadi ‘musuh dalam selimut’. Kakayaan dibina lalu oleh pemimp...

Agungnya kekasih Allah

ANDA ANGGAP RASULULLOH ITU MANUSIA BIASA ??? Sayidah Aminah berkata, “Ketika aku mengandung “Kekasihku” Muhammad Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam, di awal masa kehamilanku, yaitu bulan Rajab. Suatu malam, ketika aku dalam kenikmatan tidur, tiba tiba masuk seorang laki-laki yang sangat elok parasnya, wangi aromanya, dan tampak sekali pancaran cahayanya. Dia berkata, “Marhaban bika Ya Muhammad (Selamat datang untukmu Wahai Muhammad)”. Aku bertanya, “Siapa engkau?” Ia menjawab “Aku Adam, ayah sekalian manusia” “Apa yang engkau inginkan?” “Aku ingin membawa kabar gembira. Bahagialah engkau wahai Aminah, engkau sedang mengandung “Sayyidil Basyar” (Pemimpin Manusia)” Pada bulan kedua datang seorang laki-laki, seraya berkata, “Assalamu’alaika Ya Rasulallah (Salam untukmu wahai utusan Allah)”. Aku bertanya, “Siapa engkau?” Ia menjawab, “Aku Tsits” “Apa yang engkau inginkan” “Aku ingin menggembirakanmu, bergembiralah wahai Aminah, engkau sedang mengandung “Shohibut Ta’wil wal Hadits” (Pemilik Ta’w...