Langkau ke kandungan utama

KES PUNGONG KOYAK


Assalamualaikum buat pembaca Islam dan sejahtera untuk tetamu.Paparan ini agak kasar tajuk tapi itu bahasa yang paling ideal kepada pemusnah Negara tanpa berfikiran waras dan langsung tidak mempedulikan sesiapa.Sungguh kebal sehingga undang-undang Negara tidak mampu menghitung kesalahan.

Perkataan ‘punggong koyak’ bahasa yang cukup tertib kalau bahasa kasar penduduk Johor bahasa kasar ‘bontot koyak’ apa pun dasarnya ungkapan ini memang mengambarkan keburukkan yang terjadi.

TV3 (media prima) satu syarikat yang diterajui oleh Bumiputra yang telah bejaya dan memperolehi keuntungan ratusan juta setahun.Slot programnya ‘sudah terang lagi bersuluh’ menyokong Kerajaan Barisan Nasional dan sedikit ruang pun tidak diberikan kepada Parti politik lain.Pada dan saat ini dalam kegairahan membela kerajaan BN ada satu program mingguan untuk pembelaan tapi sebaliknya telah mengoyakkan bontot kerajaan BN sendiri.

Slot Mingguan ‘Bersamamu’ memang sedih kalau dihayati kemiskinan dan setiap minggu ada je mangsanya.Setiap minggu maka keluar le pendekar-pendekar BN konon membela,apa yang peliknya bepuluh tahun memerintah bila ‘bersamamu’ datang kekawasan jajahan wakil rakyat tersebut baru le sedar akan kemiskinan rakyatnya.Mana pergi jentera Umno Ketua cawangan,ketua kampong,tok undang,tok Imam,Ajk bahagian Umno,Mca,Mic dan macam-macam lagi pihak berwajib dan paling penting mana Jabatan Kebajikkan Masyarakat.

Datang je wartawan dan jurugambar Tv3 semua tu pun terpancul depan lensa sampai tak muat TV dan segala tok-tok yang berkenaan pun keluar le dengan wayang ada pulak yang berjurai ‘air mata’ tak tau le wayang apa dok pi main.Pada asalnya nak membela tapi sebalinya buka pekong sendiri dengan terlepas pandang kemiskinan rakyat.Dari program ‘bersamamu’ diwujudkan sehingga ke hari ini berapa ramai yang telah dipaparkan dan yang masih ramai lagi dalam lipatan belum terbongkar.Malu-malunya ingatkan slot ‘bersamamu’ meraih kemenangan tapi tempias yang dahsyat akan menimpa kerajaan pemerintah (BN).

Befikir pada kadar kewarasan,apakah paparan ‘bersamamu’ itu kejayaan BN membantu rakyat secara total,pada pandangan umum memang program tersebut banyak membantu rakyat yang terhimpit kemiskinan dan dari sisi keupayaan parti ianya telah menjadikan BN sebagai ‘punggung koyak’.TV3 (Media Prima) dengan bangganya telah berjaya membongkar pekong pemimpin BN yang tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin yang telah diberi mandate oleh rakyat.Hukuman akan terlaksana walau apa jua halangan,segala yang tersirat akan pasti terjawab.

Rakyat harus memberi laluan baru kepada parti lain untuk kita perlihat sejauh mana matlamat dan berjaya mengikut acuan kehendak rakyat.Kita telah melalui 12 PRU,apakah berdosa jika memilih selain dari kerajaan BN.Tengok sendiri ‘bontot memang dah koyak’ tapi tanpa segan dan silu terus menafikan perbuatan keji,apa perbuatan keji itu mulia disisi Agama Islam.

Ingat semua Manusia bahawa perkara berdusta,menghina,rasuah,penyelewengan dan engkar amanah pemimpin apakah mulia dari panduan Islam.Jangan jadikan Islam itu budaya.Islam tunggak segala-galanya dalam hidup manusia yang menganutinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ISTILAH KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum Selamat Pagi Sahabat Ku Semuanya.. WASPADA FENOMENA AKHIR ZAMAN 1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil. 2. Gelar semakin tinggi, akal sehat semakin rendah. 3. Pengobatan semakin canggih, kesehatan semakin buruk. 4. Travelling keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri. 5. Penghasilan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang. 6. Kualitas ilmu semakin tinggi, kualitas emosi semakin rendah. 7. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis. 8. Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang. 9. Perzinahan semakin marak, kesetiaan semakin punah. 10. Semakin banyak teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat yang sejati. 11. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya. 12. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu. 13. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap. 14. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai. 15. Teknologi informasi semakin cang...

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

HENTIKAN PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN LABIS

17.MAC.2012 Hutan Simpan Kekal di Tenang kampong(Labis) telah diceroboh oleh Orang Asli setempat dan apa yang mengejutkan kawasan tersebuat adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan dan kunjungan.Hutan Lipur Taka Melor mempunyai tarikan tersendiri dengan adanya aliran air terjun dan dikelilingi litupan hutan semulajadi.Kekebalan apa yang dimiliki oleh pencerobohan tersebut dan kenapa tiada tidakkan wajar diambil. Isu air sering berkumandang dan menjadi perbalahan utama,Sehingga kini tiada noktah penyelesaian.Pencerobohan kawasan tadahan terus berlaku tanpa menyedari sebagaimana terjadi di Empangan bekok yang kini pengguna air sedang menghadapi risiko barah dan penyakit kronik sepertiman laporan akhbar Metro bertarikh 13.mac lalu.Dr.Wee ka Siong (BN Parlimen Air Hitam) sendiri telah membongkar isu tersebut untuk membela Rakyat (pengguna) yang mengjangkaui 500,000 orang. Kawasan tadahan untuk pengguna air sekitar Daerah Segamat tidak menyedari pencerobohan di huta...