Langkau ke kandungan utama

Maut menanti Umno diKelantan jika Ku Li terus dipinggirkan


Negeri yang diberi jolokan nama ‘cik siti wan kembang’ memang diakui seluruh pulusok tanah melayu adalah sebuah negeri yang sunnguh tangkas dalam pemahaman politik.Kelantan sering dimomokkan dengan isu kemunduran pembangunan dan rakyat merata berhijrah untuk menampung hidup.Tuan guru nik Aziz menjadi sasaran utama tak ubah seperti lapangan sasar kepada pemimpin umno dan pak turut dan mak turut BN.Rata-rata kita dengar warga pemerintah meluah kata ‘kesian rakyat Kelantan daif’ tapi benar apa yang diperkatakan itu?
Buka mata dan akal seluas-luasnya dan jangan sesekali diperdaya dengan ejekkan semata-mata dan sedarlah,sebenar-benar rakyat yang bijak memperdaya kerajaan pemerintah ialah Kelantan,kenapa?Kerajaan BN mengalirkan dengan terusan besar perbelanjaan kekelantan bukan untuk membela rakyat tapi matlamat utama memancing undi.Rakyat Kelantan terus membina kemajuan kepada bangsa melayu dan warganya yang berhijrah telah membina kuasa ekonomi ini?bertanya dan terus kan pertanyaan ini kepada pemilik-pemilik ‘makanan seafood’ dari mana asal-usulnya beliau.
Kilas semula sejarah kerabat raja kelantan,Tengku Razali yang sehingga kini memegang tampok pemerintahan di kerusi Parlimen Gua Musang dan apa jua tiket parti digunakan pasti meraih kemenangan.Kenapa dan mengapa UMNO Kelantan masih tiada kesedaran itu.Untung le Umno Kelantan PRU 13 ni dapat bajet banyak dari pusat untuk pembentangan raih kemenangan dan sah-sah le umno pusat kena bom jangka.Umno Kelantan Cuma sebagai penglipur lara di negeri ‘cik siti wan kembang’ dan Pimpinan pusat terus diperdaya oleh rakyat Kelantan yang memangnya bijak berpolitik.Mengganggu gugat Ku Li tak ubah seperti ‘mejolok sarang tabuan’ dan Umno akan terus disemadi dengan hina.
Dato’ Mustaffa memang menempah ajal dengan percaturan PRU 13,taring ku li masih lagi berbisa dalam arena politik.Sejarah lampau telah nyata membukti TENGKU RAZALIGH HAMZAH orang yang pernah menubuhkan semangat 46 dan beliau sendiri meraih kemenangan dijajahan gua musang.KU LI masih lagi tunggak rakyat Kelantan dan apa jua percaturan politik masih berpandu arah darinya.Pemimpin Umno memang rakus dalam merebut jawatan sehinggakan sejarah dan kenyataan hidup diketepikan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ISTILAH KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum Selamat Pagi Sahabat Ku Semuanya.. WASPADA FENOMENA AKHIR ZAMAN 1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil. 2. Gelar semakin tinggi, akal sehat semakin rendah. 3. Pengobatan semakin canggih, kesehatan semakin buruk. 4. Travelling keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri. 5. Penghasilan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang. 6. Kualitas ilmu semakin tinggi, kualitas emosi semakin rendah. 7. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis. 8. Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang. 9. Perzinahan semakin marak, kesetiaan semakin punah. 10. Semakin banyak teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat yang sejati. 11. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya. 12. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu. 13. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap. 14. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai. 15. Teknologi informasi semakin cang...

BANJIR

Kesejahteraan untuk pengunjung blog,telah menjadi kitaran jadual Negara Malaysia Dari Oktober Hingga Febuari adalah taburan hujan tinggi dan bakal mengundang limpahan air terjadi disetiap saliran.Daerah-daerah yang hampir kuala sungai akan mengalami banjir seawalnya disebabkan factor kawasan rendah.Sebagai manusia yang memahami kejadian alam harus dan wajib sedar akan kejadian alam dan jangan sesekali menuding jari pada mana-mana pihak. Mari kita megetahui etika sebagai pemimpin yang dipertanggungjawab untuk mengurus tadbir rakyat harus peka dengan apa juga persekitarani dialami rakyat jelata.Sejak kebelakangan ini semuaPemimpin-pemimpin Parti politik di Bumi Malaysia kini dengan penuh kesungguhan membantu mangsa banjir dan tidak dilupakan ialah wartawan menjadi pengikut setia untuk menyebarkan dan menyiarkan berita tentang saluran bantuan. Wahai pembaca, itu semua teknik dalam perjalanan politik dan jangan kita persoalkan kerana tiada meter untuk mengukur kejujuran individu y...

HENTIKAN PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN LABIS

17.MAC.2012 Hutan Simpan Kekal di Tenang kampong(Labis) telah diceroboh oleh Orang Asli setempat dan apa yang mengejutkan kawasan tersebuat adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan dan kunjungan.Hutan Lipur Taka Melor mempunyai tarikan tersendiri dengan adanya aliran air terjun dan dikelilingi litupan hutan semulajadi.Kekebalan apa yang dimiliki oleh pencerobohan tersebut dan kenapa tiada tidakkan wajar diambil. Isu air sering berkumandang dan menjadi perbalahan utama,Sehingga kini tiada noktah penyelesaian.Pencerobohan kawasan tadahan terus berlaku tanpa menyedari sebagaimana terjadi di Empangan bekok yang kini pengguna air sedang menghadapi risiko barah dan penyakit kronik sepertiman laporan akhbar Metro bertarikh 13.mac lalu.Dr.Wee ka Siong (BN Parlimen Air Hitam) sendiri telah membongkar isu tersebut untuk membela Rakyat (pengguna) yang mengjangkaui 500,000 orang. Kawasan tadahan untuk pengguna air sekitar Daerah Segamat tidak menyedari pencerobohan di huta...