Langkau ke kandungan utama

MUSUH TRADISI SHARIZAT KELUAR KENYATAAN HANGAT


Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.
Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.
Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.
"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...
"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.
Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.
Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.
Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ISTILAH KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum Selamat Pagi Sahabat Ku Semuanya.. WASPADA FENOMENA AKHIR ZAMAN 1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil. 2. Gelar semakin tinggi, akal sehat semakin rendah. 3. Pengobatan semakin canggih, kesehatan semakin buruk. 4. Travelling keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri. 5. Penghasilan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang. 6. Kualitas ilmu semakin tinggi, kualitas emosi semakin rendah. 7. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis. 8. Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang. 9. Perzinahan semakin marak, kesetiaan semakin punah. 10. Semakin banyak teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat yang sejati. 11. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya. 12. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu. 13. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap. 14. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai. 15. Teknologi informasi semakin cang...

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

BANJIR

Kesejahteraan untuk pengunjung blog,telah menjadi kitaran jadual Negara Malaysia Dari Oktober Hingga Febuari adalah taburan hujan tinggi dan bakal mengundang limpahan air terjadi disetiap saliran.Daerah-daerah yang hampir kuala sungai akan mengalami banjir seawalnya disebabkan factor kawasan rendah.Sebagai manusia yang memahami kejadian alam harus dan wajib sedar akan kejadian alam dan jangan sesekali menuding jari pada mana-mana pihak. Mari kita megetahui etika sebagai pemimpin yang dipertanggungjawab untuk mengurus tadbir rakyat harus peka dengan apa juga persekitarani dialami rakyat jelata.Sejak kebelakangan ini semuaPemimpin-pemimpin Parti politik di Bumi Malaysia kini dengan penuh kesungguhan membantu mangsa banjir dan tidak dilupakan ialah wartawan menjadi pengikut setia untuk menyebarkan dan menyiarkan berita tentang saluran bantuan. Wahai pembaca, itu semua teknik dalam perjalanan politik dan jangan kita persoalkan kerana tiada meter untuk mengukur kejujuran individu y...