Langkau ke kandungan utama

PENYOKONG DAN PENGIKUT BERPEGANG PADA KEBENARAN

Assalamualaikum buat pembaca yang sudi berkunjung.Jika paparan ini ada kebenaran jadikan sebagai panduan dan jika sebaliknya carilah pedoman kepada MAHA KUASA.Sebagai manusia kita harus mencari sebanyak mungkin ilmu pengetahuan agar sejahtera dunia juga akhirat.ISLAM telah lengkap dengan lahirnya Al-Quran untuk dijadikan panduan dan tiada apa yang tertinggal dalam pencarian jawapan.Sebagai manusia biasa memang tidak dapat lari dari dugaan jauh lagi besar dugaan yang digalas oleh pemimpin Islam.
Dimana ada kelemahan disitu ruang dugaan dan perbuatan jahil akan berkekalan jika tiada kesedaran.Kuasa,Duit,Nafsu dan pelbagai lagi bentuk dugaan mungkin diluar sangkaan kita.Buka semula sejarah Nabi Muhammad S.A.W telah menghadapi pelbagai dugaan dalam memperjuangkan kebenaran ISLAM.Tidak terlintas untuk memburukkan mana-mana fahaman politik tapi buka hati untuk kesedaran agar perjuangan Islam terus berkesinambungan kekal disanubari.
Sebelum kita memilih pemimpin wajib mengetahui latar belakang kerana parti tidak mengambarkan individu.Memang sukar mempercayai manusia yang bertopeng mengapai matlamat luar jangkaan mungkin atas dasar kuasa , dendam , kekayaan dan banyak yang tersembunyi tak mampu di lihat dari mata kasar.Umno telah melahirkan ramai pemimpin yang telus asasnya seperti Allahyarham  Tun Abdul Razak,Onn Jaffar,Hussin Onn dan yang tinggal kini semuanya nyata mengejar kekayaan.Aku masih lagi menaruh kepercayaan Kepada ketuluasan Pemimpin Pas sehingga kini yang tiada penampilan kemewahan,ayuh lihat Nik Aziz telah menjawat kuasa sebegitu lama tapi apa kemewahan yang dimiliki.
Bukan untuk menghina pemimpin BN tapi Dalam PR juga ada yang hampir serupa dengan bertentangan asas perjuangan.Kita harus membuka hati dan gerak akal untuk mendalami apa yang diperkatakan ini.Orang Islam Wajib memimpin berasas panduan diatas Landasan Islam jauhkan diri dari perbuatan menjurus kemungkaran ALLAH.Pas ditubuhkan berdasarkan asas perjuangan ISLAM dan Umno ditubuhkan atas perjuangan Bangsa Melayu.Haluannya cukup berbeza kerana ISLAM ialah Agama dan Melayu adalah Bangsa,ayuh fikirlah sewarasnya.
Bila dibangkit kembali kealam sebenar mailaikat akan bertanya ‘siapa saudara kamu’ kebenaran jawapanya ‘orang-orang islam saudara ku’ dan apakah bangsa menjadi sudara kita.Melayu bangsa yang tiada noktah tapi jelas ISLAM itu indah dengan saudara seagama.Kalau apa yang diungkap pemimpin selama ini memang tak betul ‘Melayu’ adalah ‘Nusantara’ bukan hanya Malaysia je orang melayu,faham tu.Apakah kerajaan Malaysia merangkumi ‘nusantara’.
Kembali kita kepada Islam,ianya cukup indah dan Islam mendidik kita dalam kesederhanaan,perkara yang dilarang harus dijauhkan.Sungguh membanggakan apa yang ada pada Kaum Cina perkara utama telah dimonopoli ‘ekonomi’ dan kini ‘Politik’ pula menjadi perancangan rapi.MCA ke,GERAKAN kea tau DAP semua sama je matlamat memang perjuangan arah yang sama.Kaum Cina telah hilang keyakinan pada MCA dan GERAKAN tapi DAP menjadi haluan baru dan dari dulu lagi DAP jadi pengimbang dalam politik kaum Cina.MCA,GERAKAN dan DAP bole duduk semeja membincangkan arah tuju kaumnya tapi ‘Melayu’ berbalah tanpa penghujung.
Dulu singapura berjaya ditakluk dan sekarang Pulau Pinang jadi rebutan,adakah apa yang diperkatakan ini berunsur perkauman,jangan berangapan sedemikian kerana tersilap langakah ‘tiada yang mustahil’ diatas bumi.Melayu memang hadapi kesilapan besar,Generasi muda ramai yang tidak mendaftar penggundi dan jelas ketara generasi muda Cina diberi asuhan akan betapa besarnya nilai ‘kertas undi’.Jadikan pengalaman kajian ku (penulis) sebagai sandaran fikiran,Parlimen Labis jika difikir secara pandangan rawak memang ramai mengatakan penggundi mejoriti pasti melayu kerana dibawah jajahan terdapat 3 felda dan 42 cawanga Umno.Penggundi melayu hanya 41% di Parlimen labis dan 48% Cina ini kenyataan fakta.
Laungan ‘Pejuang Melayu’ yang dilaungkan selama ini ‘bohong’ kerana Umno labis tak mampu menarik Generasi Muda Labis untuk menuntut dan merebut kerusi Parlimen yang tradisi dimiliki.Ingat kembali ‘Musa Hitam’ mantan PM yang pernah menyandang kerusi di Parlimen Labis tapi itu hanya sejarah dan tak mustahil juga Parlimen Labis akan tinggal sejarah hitam BN.Paras statistic menunjukkan kaum Cina terus membenci akam pemimpin BN dan itu adalah penanda aras akan kejatuhan BN labis.Dun Bekok dan Dun Tenang juga menghadapi kesukaran kerana kaum cina memang benci BN bukan Mca.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

HENTIKAN PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN LABIS

17.MAC.2012 Hutan Simpan Kekal di Tenang kampong(Labis) telah diceroboh oleh Orang Asli setempat dan apa yang mengejutkan kawasan tersebuat adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan dan kunjungan.Hutan Lipur Taka Melor mempunyai tarikan tersendiri dengan adanya aliran air terjun dan dikelilingi litupan hutan semulajadi.Kekebalan apa yang dimiliki oleh pencerobohan tersebut dan kenapa tiada tidakkan wajar diambil. Isu air sering berkumandang dan menjadi perbalahan utama,Sehingga kini tiada noktah penyelesaian.Pencerobohan kawasan tadahan terus berlaku tanpa menyedari sebagaimana terjadi di Empangan bekok yang kini pengguna air sedang menghadapi risiko barah dan penyakit kronik sepertiman laporan akhbar Metro bertarikh 13.mac lalu.Dr.Wee ka Siong (BN Parlimen Air Hitam) sendiri telah membongkar isu tersebut untuk membela Rakyat (pengguna) yang mengjangkaui 500,000 orang. Kawasan tadahan untuk pengguna air sekitar Daerah Segamat tidak menyedari pencerobohan di huta

DUIT DAN HABUAN NILAI PERJUANGAN

Sejak kewujudan bumi Malaya telah dan diperakui kemakmuran Negara terserlah indah dengan kepelbagaian etnik , Bangsa dan Agama.Dalam mengharungi kemerdekaan pelbagai rintangan sukar dan liku terus dilalui Pemimpin juga pejuang Melayu yang ingin membebaskan dari belengu Penjajah. Menjelang era globalisasi ternyata segenap pelusuk tanah Malaysia telah mengetahui lagi terperinci asam garam ‘politik’.Pembubaran UMNO 1946 ditukar UMNO alaf baru telah menjadikan duit dan habuan sebagai nilai perjuangan.Ramai pemimpin dari cawangan sehingga keperingkat nasional telah membudayakan imbuhan sebagai taruhan asas perjuangan. Ternyata PRU 13 yang bakal dilalui nanti akan menyaksikan ancaman besar kepada Barisan Nasional kerana kekurangan sumber kewangan dari tampok pimpinan.Warga Malaysia setia kepada UMNO masih lagi ampuh perjuangan namun ‘pejuang UMNO pulus’ hanya berpeluk tubuh dan tidak mustahil grombolan tersebut juga menjadi ‘musuh dalam selimut’. Kakayaan dibina lalu oleh pemimp