Sudah
menjadi lumrah Parti Politik akan menabur janji dengan pelbagai pakej menarik
untuk meraih kemenangan Pilihan Raya.Rakyat harus bijak dan peka dengan
persekitaran dan secara langsung ada diantara ‘tawaran’ dari politik itu
hanyalah sebagai satu diantara cara untuk mempengaruhi bilangan besar
penggundi.Secara Umum ramai dikalangan generasi Muda menghadapi kesulitan untuk
membayar balik pinjaman PTPTN biar pun telah bekerja disebabkan kos kehidupan
kian meningkat.
Pinjaman
PTPTN yang diberikan serendah RM 20,000. Dan tempoh bayaran balik sehingga 20
++ tahun.Dari kajian semasa lepasan pelajar IPT dan IPTS yang memiliki Diploma
hanya berpendapatan RM 1500,00 – RM 2,000 sebulan tapi jika dibandingkan dengan
kos kehidupan di Bandar jumlah gaji tersebut hanya sekadar cukup untuk
menampung diri sendiri.Mengikut statistic semasa pendapatan Kurang dari RM
3,000 seisi rumah maka telah diistiharkan sebagai ‘miskin’,jadi macam mana
lepasan pejaran yang memiliki pendapatan kurang dari jumlah tersebut untuk
berkeluarga.
Baru-baru
ini pelajar-pelajar Universiti Malaya (fakulti perubatan) telah membuat kaji
selidik penduduk-penduduk pendalaman dan diantara perkara utama kajian tersebut
adalah mengenai ‘tekanan mental’.Ramai dikalangan rakyat Malaysia telah
mengalami ‘Tekanan mental’ dan menjadi punca utama disebabkan kos kehidupan
yang meningkat mendadak.
Sehingga
kini Kerajaan Pemerintah masih belum ada keupayaan untuk menetapkan kadar gaji
minima untuk sector Swasta dan disebabkan perkara tersebut membuatkan
peminjam-peminjam tabung pendidikan Nasional tidak dapat melunaskan pinjaman
mengikut perjanjian.Manifesto yang telah dicanang oleh PR itu telah mendapat
sambutan meluas dan ianya bakal menjadi taruhan kepada peminjam-peminjam PTPTN
untuk terus menyokong.
Dr.
M baru-baru ini telah mengutarakan agar BN perlu membuat perubahan kerana PR
telah berjaya membentangkan cadangan yang terbaik untuk memenuhi kehendak
rakyat.Ramai Golongan cendiakawan telah menyertai PR sebaliknya UMNO masih lagi
mengekalkan pemimpin yang telah ketinggalan zaman secara langsung tidak mampu
bersaing untuk pembelaan dan pembangunan secara total.Pemimpin UMNO sehingga ke
hari ini masih tidak akan mengubah acuan ‘perubahan pentadbiran’ kerana
warga-warga yang telah reput masih dahagakan kekayaan tanpa rasa kepuasan
selama dikecapi.
UMNO
sepatutnya telah membuat perubahan pada pemilihan 2011 lagi tapi telah
ditangguhkan sehingga selepas PRU sedangkan dari peringkat cawangan hingga ke
Peringkat pusat semuanya pemilihan berjalan atas dasar ‘siapa tabur duit lebih
dia jadi ketua’ ini bukan omongan kosong tapi ramai kenalan (penulis) telah
menjadi orang perantaraan ‘broker’ dari peringkat Negeri hingga jawatan UMNO
pusat.
Dah
terlanjur pulak,mari kita berbalik semula ke pakej tawaran PR ‘memansuhkan
bayaran balik pinjaman PTPTN’ apakah pandangan secara positif dan negative akan
tawaran tersebut.Dari sudut pandangan ‘positif’ ianya memang menguntungkan
kepada peminjam-peminjam dan secara langsung mengurangkan beban kos sara hidup
dan ramai dikalangan warga peminjam masih ramai lagi tidak mempunyai kerja
walaupun telah lama habis pembelajaran.Memang sudah pasti pekej PR itu juga
menjadi sokongan penuh dari rakyat jelata kerana ibu bapa atau penjaga ramai
yang secara langsung tidak mampu untuk menampung kos pembiayaian anak untuk ke
IPT dan IPTS kelak.
Dari
sudut pandangan negative pula,ianya membabitkan duit yang berbilion Ringgit
Malaysia.Perkara utama perlu diberikan penekanan ialah kualiti pembelajaran
dari IPTS yang tumbuh bak cendawan lepas hujan.Lepasan Pelajar IPTS ramai yang
hanya memiliki segulung kertas diploma atau ijazah tapi dimana mutu pengajian
sebenar.Apa yang amat menyedihkan apabila lepasan pelajar IPT dan IPTS
menghadiri sesi temuduga kerja yang dibuat oleh Syarikat Swasta sudah pasti
lepasan IPT menjadi pilihan utama dan lepasan IPTS sekadar hanya mengotorkan
kertas borang jawatan kosong.
Kerajaan
perlu memantau IPTS-IPTS yang telah wujud didalam Negara,apakah memenuhi kreteria-kreteria
sebagai pusat pendidikan berkuliti atau hanya untuk mengaut untung dan apakah
sekadar ‘menangguk diair keruh’.Diantara warga yang memilih untuk ke IPTS ialah
pelajar yang tidak punyai keputusan baik dan sebagai tuntutan di era moden
terpaksa juga masuk IPTS jadi untuk memenuhi tuntutan itu maka telah wujud
pelbagai pusat pengajian (IPTS) yang hanya mengejar keuntungan dari pelabuaran.
Dari
penjelasan ini pembaca perlu membuat penelitian yang jelas dan cari
kebenaran,jika ianya satu kenyataan mari kita bangkit untuk memastikan Generasi
mendatang akan sejahtera dengan kewarasan kita kini.Keserdahaan dalam pemikiran
dan perbuatan itu tuntutan yang terbaik untuk memutuskan jawapan dan buang ‘amarah’
tersemat dihati kerana dalam kuasa dendam pasti terselit pengaruh syaitan untuk
kehancuran.
Ulasan
Catat Ulasan