Langkau ke kandungan utama

MEI 15@16 TARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN


Apa yang ditunggu rakyat akan terjawab pada tanggal 15 @ 16 Mei 2012 akan Parlimen Malaysia akan dibubarkan oleh PM Malaysia.Segala percaturan dari segenap lapisan rakyat dari pendalaman sehingga taraf warga berpendidikan akan terjawab selepas keputusan PRU di bulan JUN 2012.Apakah proses pilihan Raya akan berlangsung kelak akan berada dalam situasi yang cukup adil dan bersih.

Sebagai manusia yang beragama Islam harus kita ingat dan mengingati sesama saudara akan keburukkan perkara yang bertentangan tuntutan.Berkiblat kearah keIslaman kerana setiap prilaku keburukkan itu akan dibangkit di dataran perhitungan kelak dan jangan berselindung dengan perkara-perkara yang bakal mengheret insan yang daif terjerumus kekancah kebencian Maha Kuasa.

Ingin di ingatkan kembali wahai saudara ku “tiada sekuman kejahilan akan ditinggalkan perhitungan” dan sedar akan diri jika menjadi pemimpin Beragama Islam.Apakah dan Adakah benar layak jika diperincikan diri sendiri untuk memimpin rakyat,apakah sekadar memenuhi kemahuan atau memiliki kekayaan,jika ianya  hanya menambahkan titik-titik dosa dan bebanan kehancuran.

Berpeganglah pada kalimah “sesungguhnya tiada disembah melainkan ALLAH dan bahawa Muhammad itu pesuruh ALLAH” berdiri pada bumi nyata dan buka mata,akal dan hati untuk menilai dan mentafsir akan kebenaran hakiki.Jangan sesekali kita lalai dengan habuan didunia dan melupakan tunggak atau tunjang ISLAM.

Kelekaan itu menjadi kemusnahan diri,kesilapan itu kehancuran sejati dan kesedihan kelak adalah hakiki.Jangan sesekali berpadu arah pada parti kerana Pemimpin itu sendiri harus dinilaikan keperibadian diri,apakah layak kita memilih pemimpin yang telah menghancurkan Islam dan telah memporak peranda rakan seagama.

Carilah kewarasan hati bukan menilaikan secara penampilan diri.Pencarian itu satu jalan kebenaran,kemajuan itu bukan tuntutan sebenar tapi pembangunan jati diri sebagai Hamba ALLAH itu adalah kekal abadi.

Ingat,ingat dan bangun dari kelekaan,cari lah Pemimpin yang berpandu arah Islam sebagai panduan pentadbiran.Tarikh Pemilihan Kerajaan akan berlangsung di bulan JUN mendatang dan jangan kita tersalah dan melakukan kesilapan untuk mencari kemakmuran Negara tercinta “MALAYSIA”.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ISTILAH KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum Selamat Pagi Sahabat Ku Semuanya.. WASPADA FENOMENA AKHIR ZAMAN 1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil. 2. Gelar semakin tinggi, akal sehat semakin rendah. 3. Pengobatan semakin canggih, kesehatan semakin buruk. 4. Travelling keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri. 5. Penghasilan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang. 6. Kualitas ilmu semakin tinggi, kualitas emosi semakin rendah. 7. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis. 8. Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang. 9. Perzinahan semakin marak, kesetiaan semakin punah. 10. Semakin banyak teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat yang sejati. 11. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya. 12. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu. 13. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap. 14. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai. 15. Teknologi informasi semakin cang...

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

BANJIR

Kesejahteraan untuk pengunjung blog,telah menjadi kitaran jadual Negara Malaysia Dari Oktober Hingga Febuari adalah taburan hujan tinggi dan bakal mengundang limpahan air terjadi disetiap saliran.Daerah-daerah yang hampir kuala sungai akan mengalami banjir seawalnya disebabkan factor kawasan rendah.Sebagai manusia yang memahami kejadian alam harus dan wajib sedar akan kejadian alam dan jangan sesekali menuding jari pada mana-mana pihak. Mari kita megetahui etika sebagai pemimpin yang dipertanggungjawab untuk mengurus tadbir rakyat harus peka dengan apa juga persekitarani dialami rakyat jelata.Sejak kebelakangan ini semuaPemimpin-pemimpin Parti politik di Bumi Malaysia kini dengan penuh kesungguhan membantu mangsa banjir dan tidak dilupakan ialah wartawan menjadi pengikut setia untuk menyebarkan dan menyiarkan berita tentang saluran bantuan. Wahai pembaca, itu semua teknik dalam perjalanan politik dan jangan kita persoalkan kerana tiada meter untuk mengukur kejujuran individu y...