UMNO
telah ditubuh Pada Tahun 1946 di Batu Bahat,Johor.Ada sebilangan generasi Muda
memang langsung tidak mengetahui Sejarah perjalanan Tanah Melayu dari era
sebelum mencapai kemerdekaan.Sejarah lampau cukup menginsafkan manusia betapa
perit berliku untuk memperjuang nasib rakyat dibumi
Malaya.Peperangan,kekejaman,Kematian dan setiap masa hidup dalam ketakutan dan
rakyat menghadapi pelbagai kesulitan hidup.Rakyat jelata dan Pemimpin-pemimpin
sanggup menggadai harta benda untuk membantu menampung kos untuk pengurusan
proses Kemerdekaan.
Tarikh
Keramat telah di meteri pada 31.Ogos.1957 telah muktamad Tanah Melayu berjaya
menempah Kemerdekaan dan pada ketika itu juga parti komunis Malaya (PKM) berasa
kebimbangan akan perjuangan beliau berakhir.Buka semula sejarah kebangkitan
Melayu yang menyertai PKM seperti Samsiah pakir,Rashid maiden dan pasti ramai
tidak mengetahui bahawa Pahlawan “mat kilau” juga pernah menentang penjajah
British untuk mempertahankan tanah Melayu dari dijajah.Apa pun ramai
memperkatakan keburukkan beliau yang bersama PKM tapi disudut hati kecil
(penulis) tetap menyokong akan perjuangan dan kerana keberanian beliau telah
mengecutkan hati penjajah-penjajah British untuk memberikan akan Kemerdekaan
Tanah Melayu.
British
Juga Penjajah seperti penjajah yang ingin memiliki Tanah melayu,tanpa
keberanian Bangsa Melayu yang melawan arus pasti Kemerdekaan sukar
dicapai.Ingat sejarah lampau telah menjadi panduan yang harus disemat,
‘kehebatan Melayu memang tiada tandingan‘.Jangan kita mudah tunduk akan
telunjuk yang bukan kemahuan.Apa yang merosakkan perjuangan komunis ialah ‘tiada akan pegangan Agama’
pembunuhan kepada mereka yang tidak bersalah hanya mainan bersahaja tapi jika
diselami pejuangan komunis yang keterunan melayu sama hala tuju untuk
mempertahankan Tanah melayu terus dijajah.
Tidak
perlu menghukum individu tanpa didengarkan kebenaran,paparan sejarah hanya
sekadar pelengkap cerita,British bukan kuturunan atau manusia yang waras
tentang Islam dan jelas ‘orang Kafir’ tetap ada hala tuju yang tersembunyi.Sama
tetap sama menyokong british dan komunis itu adalah perkara bertentangan ajaran
Islam kerana Taklukkan penjajah adalah mencari kekayaan Bumi Malaya.
Dalam
perjuangan Kemerdekaan dizaman penjajah itu memang diakui british adalah satu
kuasa besar dan bersyukur kepada Pemimpim ‘Parti Perikatan’ telah berjaya me
Merdekakan tanah Melayu walau terpaksa mengikut perundangan ‘British’.
Generasi
zaman Kini harus berterima kasih sejunjung tinggi kepada pemimpin-pemimpin UMNO
lampau (seawal merdeka) atas jasa yang dikecapi kini.Walaupun Kemerdekaan
dicapai mengikut perjanjian ‘British’ tapi ‘harusnya’ umat Islam Ditanah Melayu
bersyukur kerana ‘Islam’ telah menjadi Agama Rasmi.
Pemimpin
UMNO terdahulu di zaman seawal Kemerdekaan memang mempunyai jati perjuangan
tulen untuk membela rakyat tapi itu semua tinggal sejarah tapi di Alaf
kemodenan kini dalam Malaysia mengecapi kekayaan pemimpin-pemimpin Parti
mencari kepentingan Peribadi dan orang-orang yang sewaktu dengan nya.
Pemimpin
lampau UMNO memang pejuang Negara yang patut disanjung tapi apakah layak kita
menyokong pemimpin kini yang semakin bongkak dan takkabur untuk perjuangan
dongeng.Kekayaan menjadi tujuan utama memerintah dan perlihatkan kepada
individu yang sebelum menjadi pemimpin dan setelah menjadi pemimpin,hidup dan gaya pasti akan berubah
dan kemewahan bercambah biarpun pendapatan
wakil rakyat hanya cukup menampung kos kehidupan.
Wakil
Parlimen Bergaji RM 8000/sebulan dan Wakil ADUN RM 4000/sebulan tanpa elaun dan
jika dikira apakah layak pemimpin hidup dalam kemewahan dengan pendapatan
sebegitu tapi secara zahirnya ramai telah membina kekayaan sewaktu memerintah
dan ramai rakyat masih tidak sedar akan perkara tersebut.Pemimpin UMNO
terdahulu tiada siapa yang meninggalkan kekayaan lihat sendiri pada ALLAHYARHAM
Tun Abdul Razak Bapa kepada Najib yang langsung tidak meninggalkan kekayaan
tapi cuba kita perlihat Najib Tun Abdul Razak membina kekayaan sehingga senak
perut.Rakan –rakan dalam UMNO telah menyeleweng duit rakyat tapi masih
dibiarkan,pasti dan nyata “lu payong wa,wa confirm payong lu” tu le sebab ramai
pejuang UMNO kini terbela dengan perbuatan terkutuk kerana BOS pun sama
sehaluan.
Ulasan
Catat Ulasan