Langkau ke kandungan utama

“BESI KARAT PEROSAK”


Memang diketahui bila terlampau fanatic dalam arena politik pasti perumpamaan “besi karat”akan terpacul dari mulut masyarakat umum.BN ada penyokong tegar dan tak dinafikan PR turut berkembang dengan kelompok ‘karat’.Apa juga kebaikkan yang dimajukan atau dilaksanakan pasti bangkangan berterusan tanpa dikira peratus kebaikkan dan keburukkan.

Rasanya hampir kebosanan mentafsirkan tarikh PRU 13 untuk bumi Malaya tapi dek kerana kebertanggungjawaban untuk memberikan sumber pengetahuan untuk direnungkan dan ditafsir secara rasional.Dalam apa juga perkara kita harus bersikap kesederhanaan kerana berpandu kepada dasar perjuangan.Perkara utama Perjuangan untuk ISLAM,perjuangan kehidupan dan keluarga,pembelaan rakyat dan pembangunan ekonomi rakyat.

Bolehkah dipastikan pemimpin yang bakal dipilih boleh memberikan apa yang diperkatakan,apakah kita sudah selesa dengan apa yang sedia ada.Penduduk Parlimen Labis terutama golongan belia dan beliawanis yang terpinggir dengan pelbagai kepincangan.Anak-anak muda yang lepasan pendidikan dari yang memiliki SPM sehingga segulung Ijazah semua berasa kelesuan kerana tiada peluang dan ruang untuk terus menetap dikampung halaman.

Asas pendapatan penduduk Labis memang diketahui umum dari sumber pertanian tapi apakah generasi muda memiliki apa yang diperkatakan ini.Kenapa pembelaan generasi muda diketepikan selama ini,sudah pasti kumpulan karat dalam UMNO yang belum puas meratah dan merembat kekayaan.Secara lazim Bak pepatah “yang tua dihormati” dan “yang muda disayangi” tapi semua pepatah ini hanya sebagai symbol yang jurang sangat jauh.

Pemimpin-pemimpin UMNO Veteran Karat bahagian Labis semakin tertekan dek Wakil Rakyat muda kerana barisan jentera telah berubah corak.Pelbagai riak songsang terjadi dan ada diantara Ketua-ketua Cawangan yang telah menafikan tanggungjawab dan berpura-pura meletak jawatan, konon-konon nak jadi “king maker”.

Sebelum PRK  Tenang 2011 memang dahsyat,ada cawangan yang dibarisi Ahlijawatankuasa dari kalangan keluarga dan ahli-ahli umno hanya sebagai boneka yang diperalatkan sehingga ada yang terlondeh seluar bila jentera BN Semalaysia mengetahui pekong kelompok UMNO Bahagian Labis.Sungguh menyedihkan selepas pentas PRK berlalu ada Cawangan UMNO mula dah panas bontot dan tidak ketinggalan Ketua-ketua kampong,nak gigit ‘Tok I’ payah betul memang liat dan tokak lama tersembul nanah yang meloyakan.

Maka bermulalah wayang kulit versi Labis johor,Taiko tua yang hampir reput dengan taring yang sudah sompek mula nak tunjuk garang tapi bila tengok belakang rupa-rupanya tak ubah macam “badut sarkas”.Ketua-ketua Cawangan yang meletakkan jawatan sebenarnya satu helah yang memang bodoh kerana masih mengharapkan Calon PRU 13 akan berpihak kekumpulan kembali tapi memang jelas “Generasi Muda Mahukan Pemimpin Muda”.

Apakah si tua kutuk masih belum sedar dan insaf  kesalahan yang memang diketahui rakyat dan pelbagai bukti penyelewangan dan nak rasa sangat masuk sangkar besi ke.Kata-kata perjuangan sikeparat veteran UMNO labis hanya penipu,paling menyedihkankan penyokong veteran UMNO memang daif dari pengetahuan umum terus menyokong ketua-ketua cawangan yang meroyan dan berhati busuk.

Apa juga permohonan peruntukkan aktiviti cawangan hanya untuk poket sendiri dan tidak dinafikan manusia sebegini tak ubah melahap tanpa segan silu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ISTILAH KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum Selamat Pagi Sahabat Ku Semuanya.. WASPADA FENOMENA AKHIR ZAMAN 1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil. 2. Gelar semakin tinggi, akal sehat semakin rendah. 3. Pengobatan semakin canggih, kesehatan semakin buruk. 4. Travelling keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri. 5. Penghasilan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang. 6. Kualitas ilmu semakin tinggi, kualitas emosi semakin rendah. 7. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis. 8. Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang. 9. Perzinahan semakin marak, kesetiaan semakin punah. 10. Semakin banyak teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat yang sejati. 11. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya. 12. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu. 13. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap. 14. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai. 15. Teknologi informasi semakin cang...

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

BANJIR

Kesejahteraan untuk pengunjung blog,telah menjadi kitaran jadual Negara Malaysia Dari Oktober Hingga Febuari adalah taburan hujan tinggi dan bakal mengundang limpahan air terjadi disetiap saliran.Daerah-daerah yang hampir kuala sungai akan mengalami banjir seawalnya disebabkan factor kawasan rendah.Sebagai manusia yang memahami kejadian alam harus dan wajib sedar akan kejadian alam dan jangan sesekali menuding jari pada mana-mana pihak. Mari kita megetahui etika sebagai pemimpin yang dipertanggungjawab untuk mengurus tadbir rakyat harus peka dengan apa juga persekitarani dialami rakyat jelata.Sejak kebelakangan ini semuaPemimpin-pemimpin Parti politik di Bumi Malaysia kini dengan penuh kesungguhan membantu mangsa banjir dan tidak dilupakan ialah wartawan menjadi pengikut setia untuk menyebarkan dan menyiarkan berita tentang saluran bantuan. Wahai pembaca, itu semua teknik dalam perjalanan politik dan jangan kita persoalkan kerana tiada meter untuk mengukur kejujuran individu y...