Langkau ke kandungan utama

‘CALON’ ISU POKOK PRU 13

Satu Malaya telah mengetahui nama-nama calon PRU 13 yang mewakili Parti-parti yang bakal bertanding,hanya seorang yang tercalon dari kumpulan ‘lompat katak’ dan akan meperjudikan nasib di Parlimen Shah Alam.Presiden Perkasa terus ‘melahu’ kerana tidak tercalon dari Barisan Nasional.Telah diketahui umum Pada PRU lalu Ibrahim Ali telah mengunakan ‘tiket Parti Islam Semelaysia’ untuk memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas.
Barisan Nasional telah mengambil pendekatan suara generasi muda dalam mentranformasi pemimpin yang telah menjadi kebosanan pengundi-pengundi.Calon-calon BN yang masih tersenarai menjadi kebencian rakyat diantaranya Hisamuddin,Tengku Adnan,Isa Samad dan Grombolan PR diantaranya Mat sabu dan chua jui ming.Daripada analisis semasa telah jelas nama-nama yang telah disenarai pendek terus menjadi kebencian yang teramat melampau dari pengundi-pengundi kawasan yang ditandingi.
Calon BN P 142 (Labis) juga tidak terkecuali bakal menghadapi kesukaran untuk meraih kemenangan diatas beberapa faktor utama.Pengundi mejoriti terdiri daripada kaum Cina dan ternyata tiada pembelaan secara langsung dari segi ekonomi.Dua orang tokoh Presiden MCA langsung tidak memberikan sebarang kemajuan dan keperluan asas rakyat terus dilupakan.Generasi muda melayu diperantauan yang masih mengundi di labis juga diantaranya 75% akan menyumbang penurunan mejoriti dan mungkin bakal memberikan kemenangan DAP (Parlimen Labis).
Keputusan PRU 12 juga telah menampakkan kekurangan mejoriti undi Calon BN P 142,Mejoriti kemenangan BN (N 05) tenang 2,492 undi dan (N 06) BN bekok 1,944 undi,dari penjumlahan keseluruhan mejoriti kedua-dua DUN 4,436 namun mejoriti kemenangan P142  yang diraih hanya 4,094.Dari masa kesemasa tinjauan juga sangat jelas calon P 142 Chua tee yong langsung tidak memberikan sebarang ‘perubahan’ sebagaimana laungan ‘tranformasi’ dari kerajaan pemerintah Barisan Nasional.
Selama perkhidmatan Chua tee yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian juga langsung tidak membantu Warga-warga Petani dimana kejatuhan harga sawit dan getah (Latex).Segala kepentingan dan keperluan rakyat di labis sepi tanpa pembelaan,tatkala menjelang PRU baru le nampak muka dan mula meraih simpati namun hakikat ternyata pengundi-pengundi melayu belum mampu menilai juga memahami tanggungjawab “Pemimpin”.
Masih lagi bermain dibenak fikiran akan kata-kata yang pernah diluahkan Chua tee yong “jika diberi mandat PRU 12 saya tetap akan bersama rakyat selepas kemenangan” namun kata-kata itu hanya permainan alunan muzik politik “penipu”.Generasi muda yang memerlukan tanah penempatan dan pertanian tidak dipedulikan,apakah layak beliau diangkat semula untuk mentadbir rakyat Labis?.Dalam mengejar kemajuan Negara apakah pembangunan hanya tertumpu di bandar dan dimana nilai pembangunan kawasan terpencil seperti Labis.
Apakah pembangunan taman-taman perumahan disekitar labis itu sumbangan chua tee yong,mungkin dari pandangan penyokong tegar itu ciptaan mereka namun dari keperluan sudah menjadi lumrah alam,jika ada permintaan dan keperlauan penduduk maka syarikat perumahan akan melabur dan secara langsung memberikan keuntungan.Apakah layak untuk menilaikan chua tee yong mencapai prestasi terbaik untuk pembangunan dan pembelaan?
Secara mejoriti kaum cina labis merasakan dari pemerintahan Lee lieong sik , Chua soi lek sehingga bersama Chua tee yong hanya memberikan kepercayaan “O” tanpa pulangan imbuhan kepada rakyat.Kerusi Parlimen labis hanya tempat tumpangan meraih kemenangan dan kini ternyata kaum yang takut ‘dimomokkan’ isu 13 mei telah berani berkata dan beralih arah.
PRU 13 bakal menyaksikan percatuaran yang getir untuk BN terutama P142 meraih kemenangan dan jika pengundi melayu 35% memberikan undi kepada DAP pasti kemenangan milik “Pakatan Pembangkang”.Kerusi N 06 BEKOK yang telah diistiharkan calonnya Tan Chong pasti sukar untuk memenangi kawasan tersebut dimana nilai prestasi lalu MCA telah membuahkan kebencian pengundi.
Secara umum pengundi-pengundi kaum cina mempertikaikan taraf pendidikan calon dengan kata nyata “sekolah tak tinggi macam mana , sekarang rakyat lagi ramai pandai-pandai”, “dunia sekarang sudah moden , lu fikir sendiri”.Daripada alasan dan penjelasan mejoriti penggundi DUN BEKOK nyata daya pemikiran manusia kini telah seiring pembangunan dunia , namun tinjaun kami Kaum Melayu yang kurang berpendidikan dan pendedahan luar dari pekan ‘koboi’masih setia dan tegar bersama BN.
Golongan intelek yang tidak mempunyai kepentingan mana-mana politik mampu menilai juga mentafsir dari pelbagai sudut,pekara yang menjadi keperluan asas manusia adalah menjadi tuntutan hak.Diantara pekara asas menjadi keperluan manusia “pendapatan” atau ertikata “ekonomi” yang semakin meruncing dan sewajarnya pemimpin yang diberikan mandat memperjuangkan dan terus membantu mencari penyelesaian.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ISTILAH KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum Selamat Pagi Sahabat Ku Semuanya.. WASPADA FENOMENA AKHIR ZAMAN 1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil. 2. Gelar semakin tinggi, akal sehat semakin rendah. 3. Pengobatan semakin canggih, kesehatan semakin buruk. 4. Travelling keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri. 5. Penghasilan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang. 6. Kualitas ilmu semakin tinggi, kualitas emosi semakin rendah. 7. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis. 8. Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang. 9. Perzinahan semakin marak, kesetiaan semakin punah. 10. Semakin banyak teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat yang sejati. 11. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya. 12. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu. 13. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap. 14. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai. 15. Teknologi informasi semakin cang...

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

BANJIR

Kesejahteraan untuk pengunjung blog,telah menjadi kitaran jadual Negara Malaysia Dari Oktober Hingga Febuari adalah taburan hujan tinggi dan bakal mengundang limpahan air terjadi disetiap saliran.Daerah-daerah yang hampir kuala sungai akan mengalami banjir seawalnya disebabkan factor kawasan rendah.Sebagai manusia yang memahami kejadian alam harus dan wajib sedar akan kejadian alam dan jangan sesekali menuding jari pada mana-mana pihak. Mari kita megetahui etika sebagai pemimpin yang dipertanggungjawab untuk mengurus tadbir rakyat harus peka dengan apa juga persekitarani dialami rakyat jelata.Sejak kebelakangan ini semuaPemimpin-pemimpin Parti politik di Bumi Malaysia kini dengan penuh kesungguhan membantu mangsa banjir dan tidak dilupakan ialah wartawan menjadi pengikut setia untuk menyebarkan dan menyiarkan berita tentang saluran bantuan. Wahai pembaca, itu semua teknik dalam perjalanan politik dan jangan kita persoalkan kerana tiada meter untuk mengukur kejujuran individu y...