5.MEI.2013 lalu telah terlaksana proses pilihanraya Malaysia dengan
pelbagai spekulasi yang menjadi
tanda tanya namun dari perhitungan
pengundi-pengundi nyata seruan
grombolan PR telah menjadi kenyataan.Negeri Kedah dahulu diperintah PR telah
berjaya kembali kepada tampok pemerintahan BN namun Selangor , Kelantan dan Pulau Mutiara tidak berganjak malah
telah menyaksikan penambahan mejoriti
sangat tinggi.
Parlimen Seputih yang disandang tresea kok yang sering dikontrovesi
dengan pelbagai tomahan telah
berjaya mengaut kemenagan besar
melebihi mejoriti 50k.Pejuang-pejuang BN yang bertanding dipelusuk kampung terus berbangga dengan kemenangan yang merosot dan sudah pasti tidak
memikirkan langsung terjemahan kemarahan
pengundi dari pelbagai golongan.
Isu pengundi hantu terus menjadi perbualan dan kekerapan berlaku ‘black out’ pasti terjadi semasa proses penjumlahan undi dimana-mana tempat yang dijangkakan
saingan sengit.Sebagai Blogger yang tidak
mempunyai kepentingan mana-mana pihak sudah menjadi kebiasan sering didekati masyarakat dan secara
langsung rumusan dan paparan adalah sebagai fakta yang sangat jelas.
P 142 (Labis) sudah jelas kajian dari PRU 12 bakal
mengundang kejatuhan besar namun Organisasi BN labis langsung tidak
mendalami dan memandang rendah
blog http://hackesmy.blogspot.com sebagai
saluran pembangkang.Tidak dinafikan
juga aku pernah dilebelkan pelbagai suapan yang jelek namun tidak pernah
jemu terus mendekati rakyat juga pengundi
untuk mendengar keluhan dan telah memberikan sumber info tepat sebagai
rujukkan juga panduan umum.
Keegoan BN labis memang tidak dinafikan sehingga berlangsung PRU 13, rakyat
labis jelas di ibaratkan “api dalam
sekam” dan secara senyap
merancang untuk mejatuhkan siapa pun
calon BN yang bertanding.Mejoriti kaum Cina telah diterjemahkan
dengan sambutan kehadiran diceramah-ceramah yang dianjurkan PR namun
apabila soalan itu dipersembahkan kepada BN pasti jawapan “biasa le dia orang pandai menilaikan”.Apakah wakil atau calon BN di labis tiada
kebijaksanaan untuk membina kepercayaan kepada pengundi-pengundi sendiri.
Mungkin sukar
dipercayai jika kita lihat pengundi-pengundi perantauan yang sanggup pulang
dari pelusuk dunia untuk merealisasikan laungan “ubah” dan “ini kali lah”
yang menjadi moto PR dalam PRU 13.Tidak
dinafikan juga ahli-ahli UMNO telah terpecah dengan pelbagai kelompok-kelompok kecil dan secara
langsung menyumbang kejatuhan BN Labis.Dasar kroni telah membuatkan BN akan menjadi papan sasar dari kalangan ahli
sendiri.
Media arus perdana tanpa jemu menjemput pakar analisa , penganalisis politik ,
pemerhati politik , pemikir politik untuk menjelaskan pekara-pekara pokok bakal kemenangan BN PRU 13 namun dari andaian , tafsiran dari grombolan tersebut
ternyata bodoh kerana Kerusi Parlimen
dan Kerusi Negeri yang dimenangi
semakin merosot berbanding PRU 12.Apakah
layak rakyat menggunapakai atau menerima
kenyataan mahupun taat mendengar
kelompok pentafsir politik bodoh BN.
Seharusnya Media arus
perdana bersikap “Demokrasi” kepada semua parti politik yang sah dibumi Malaysia
dan tidak memihak kepada parti tertentu.Selagi BN mengunakan cara yang tersembunyi , berselindung dan menyorok selagi itu juga rakyat akan terus berlakon seolah-oleh penyokong
tegar namun sebaliknya “musuh dalam
selimut”.BN masih belum sedar “rakyat
penentu arah kerajaan” dan jika ketua yang diamanahkan suka berbohong pasti amalan tersebut akan menjadi ikutan.
Perisik Berangkai BN , yang telah diketahui umum terdiri
daripada KEMAS , JASA , MKN dan dari UMNO bahagian , Cawangan juga tidak ketinggalan Parti komponen BN.Apakah latarbelakang individu terbabit mempunyai kepakaran atau kemahiran dari menerima
sumber dan penyampaian yang sahih kepada pihak tertentu BN , ternyata agensi yang dinyatakan tersebut hanya dari “pembodek” , “penipu” dan tidak dinafikan menjadi kebencian generasi
muda yang teramat sangat.
Sikap keterbukaan harus digunapakai BN dalam mendengar dan menyelesai isu setempat
, kejayaan PR mendekati hati rakyat
telah merubah pelbagai persepsi negetif yang dilontarkan BN.Kini rakyat berjaya menjadi hakim dalam
penentu arah pembentukkan kerajaan.Jika
BN masih dungu , sombong , rakus , kroni dan tanpa henti menghina dan mencaci
pasti rakyat akan lagi bosan dan benci , sudah pasti PRU 14 bakal meruntuhkan
organisasi yang dibentuk sekian lama.
Kenyataan Ds Najib ,
Chua soi lek dan Noh omar nyata telah membuatkan rakyat berprasangka dalam
ketakutan , kebimbangan dan yang teramat jelas menambahkan api kebencian dimana kenyataan diantaranya ‘berbaur perkauman’.Fikir secara
langsung apabila menyebut pepatah “bapak
borek anak rintik” pasti penjelasan tersebut menyatakan bahawa setiap
perbuatan bapa pasti diikuti anaknya.Najib
dan pemimpin ialah “bapak” rakyat pasti “anak” , maka jika bapak melakukan kesalahan maka
tidak mustahil anak anak terikut perbuatannya.
Kaum Cina
Kenyataan barbaur
perkauman yang
dilemparkan dari pemimpin BN ternyata
bodoh yang teramat sangat kerana kumpulan perisik hanya makan “gaji buta” dan tak ubah ibarat membela
ternakan yang langsung tak berfaedah.Ternyata
BN tidak mendekati rakyat , memahami rakyat dan paling jelas bersikap “kuku besi”.Ayuh aku perhuraikan dengan
terperinci perkara utama kaum cina beralih
arah :-
a. EKONOMI
Ekonomi Malaysia telah diterajui dari sekecil perniagaan hingga ketahap globalisasi
oleh kaum cina.Caruman KWSP telah langsung tidak berbaloi
dengan pulangan keuntungan yang sangat kecil jika dibandingkan pinjaman yang
dibuat di instiutusi perbankkan yang menggenakan Faedah yang tinggi,Cina
kaum yang cukup pandai dalam usaha dagangan dan hitung keuntungan berbanding
kaum Melayu.Malaysia menghadapi inflasi meningkat berbanding laporan yang
dikeluarkan kerajaan BN.Pemilikkan
Organisasi Utama dan tender-tender yang berbilion Ringgit dari kalangan kroni BN dan sangat jelas sikap mementingkan individu tertentu.
b. MEDIA
Media cetak berbahasa Cina menyalurkan maklumat tepat dan tidak memihak
kepada mana-mana fahaman politik.Paparan penyelewengan yang dilakukan mana-mana pihak terus
menjadi lambaran didada-dada akhbar
berbahasa Cina namun akhbar-akhbar berbahasa
Melayu hanya menyokong segala
apa juga perbuatan Kumpulan Barisan
Nasional.Apa yang menjadi bahan
ejekkan kaum Cina sebagaimana NOH
OMAR dalam membuat kenyataan “Apa
lagi kaum cina Mahu” , teramat nyata wakil
rakyat Melayu lemah dalam menilaikan aspek ekonomi dan tidak mustahil kehancuran bumi Malaysia dari tangan
pemimpin yang kurang mendekati rakyat dan tiada kewajaran dalam pembangunan
sebenar.
Berfikir dengan kewarasan
akal bahawa kaum Cina diantara golongan yang sangat tinggi berdikari , sepelusuk
dunia terdapat kumpulan kecil dibandar-bandar utama dan telah mencipta “China Town” dengan membina ekonomi tersendiri.Secara langsung Kaum Cina telah mempunyai rangkaian ekonomi
dunia dan sudah pasti menjadi pemerhati dari kaca mata luar Malaysia.
Pemerhatian luar telah menilaikan bahawa bumi Malaysia ialah sebagai sebuah negara kaya dengan pelbagai sumber hasil bumi , hasil pertanian dan nilai
pelancongan terunik , namun dari
dalaman menghadapi krisis ekonomi
semakin mengcengkam Rakyat.Kaum
Melayu terus menyepi tanpa informasi tepat dan tak ubah “bagai katak bawah
tempurung”.
Ulasan
Catat Ulasan