Salam perjuangan dan salam kesejahteraan kepada pembaca
blog.Dalam melangkah arus pembangunan dan kemajuan rakyat Malaysia kini semakin
matang menilai apa juga yang telah berlaku.Anak-anak Melayu bergelar “graduan”
dengan pelbagai kemahiran dan ilmu semakin berani melemparkan
pandangan-pandangan untuk kemajuan mendatang.
Harapan demi harapan menjadi perbualan Generasi muda untuk
kemajuan dan yang teramat jelas “Labis” telah lewat tertinggal jauh dari arus
pembangunan.Pemimpin-pemimpin parti keramat “Melayu” Labis hanya bagaikan
pungguk merindukan “jamban” dan teramat jelas “makan dan berak” je lah.
Ayuh kita buka lembaran PRU 13 lalu dimana UMNO mengalami
keadaan yang teramat kritikal dengan kehilangan banyak kerusi Dewan Undanga
Negeri di seluruh Negara,PAKATAN RAKYAT terus melebarkan sayapnya.Dari analisis
Saya P142 (Labis) juga tepat hanya meraih kemenangan 353 mejoriti undi
sahaja.Paling jelas N 06 (Bekok) hanyut bersama DAP.
Kemana geraknya jentera BN dan siapa harus dipersalahkan ................... , agenda Tranformasi terus
dilaungkan dan diperjuangkan namun apakah barisan UMNO Labis masih lagi
terpinga-pinga atau masih “Selenga”.Perubahan itu harus dilakukan dan berlaku
demi untuk kemajuan “Rakyat Labis”.Jangan kita menghukum diantara sesiapa juga
namun untuk kebaikkan bersama kita harus nilai dan menilaikan untuk pembangunan
secara total dan teramat penting Generasi Muda perlukan pemimpin yang sanggup
bersama membina kemajuan Labis.
Mari kita renungkan bersama Bangsa Melayu telah lama
tertinggal dan ketinggalan dari pelbagai aspek.JOM kita beralih pemipin UMNO
bahagian dan kita beri ruang dan peluang kepada calon baru.Jika kepimpinan
masih juga tiada perubahan apa lagi kita tending le pemilihan akan datang.
Ulasan
Catat Ulasan