Isu dan kemelut selepas PRN Sabah masih belum menampakkan politik Malaysia masih dalam ruang ke tidak stabilan politik. Dari keputusan nyata, secara penglihatan tanpa kanta, tiada parti diantara yang bergantung dengan sendiri untuk membentuk sebuah kerajaan yang utuh. Gabungan yang terjadi sama sekali terlihat isu lompat melompat. Siapa yang ingin membentuk kerajaan perlu ada penawaran... Perjanjian yang nyata habuan dengan tindakan melompat.
Semakin parah idealogi calon2 yang bertanding. Mudah dilihat landasan politik Malaysia adalah bidang kerjaya baru yang sangat menjanjikan keuntungan express. Disebalik perbuatan tersebut,semakin ramai yang mengilai untuk dapat tempat sebagai calon parti. Nilai perjuangan suara rakyat semakin terhakis dari landasan wakil rakyat. Mana parti yg tiada kewangan untuk membentuk dan menawarkan habuan, pasti untuk membentuk kerajaan negeri tidak akan terjadi.
Sudah apa ke jadah nya, situasi ni telah memanggil aku bersama sebilangan sahabat telah merangka sebuah organisasi bukan kerajaan, bertujuan memberi kefahaman dan suntikan pemahaman kepada rakyat dan pengundi memilih calon yang sejati. Bukan lagi memilih loga mahupun parti, tapi melihat di mana nada perjuangan calon. Buat pembaca blog. Ayuh kita jelaskan apa yang terkandung dari politik.
- parti adalah jenama
- calon adalah produk
2 perkara tersebut adalah berbeza, di mana parti adalah jenama yang dipersembahkan,
Dan calon adalah produk yang perlu pelanggan merasai mutu penghasilan. Sebagai contoh kita rungkai persekitaran makanan snek, jenama Maggie yang telah berkurung terhidang dimalaysia. Jenama Maggie memang ulung diketahui umum dan secara pengetahuan pelbagai produk dikeluarkan, tapi pasti diantara produk adalah menjadi kepercayaan dalam diri kita terbaik, dek kerana menjadi kegemaran tersendiri. Tapi kita sedar ke tidak bukan semua pengeluaran jenama Maggie jadi kegemaran menu, dan ada diantara jenama lain menandingi selera tersendiri.
Begitulah dalam pemahaman politik, jenama dan produk.,tanpa kita sedar produk yang tanpa jenama juga menjadi viral dan menepati selera tersendiri, tanpa disedari politik adalah persamaan dalam ragam kehidupan, dan jangan mudah terpedaya dek kerana jenama, lalu terlupa kualiti produk, penulisan aku buka ramai pengikut tapi ini adalah sumber ilmiah yang tersembunyi, aku bukan warga yang tersohor dan aku juga tidak memerlukan termasyhur, cuma aku perlu menulis untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dari penglibatan dalam politik, aku juga orang yang sentiasa mencari sumber pengisian dari kenalan politik yang tepat dan sentiasa berfikir ke arah pembelaan dan pembangunan rakyat. Nadi perjuangan ku masih diperlukan untuk menjadikan sekeliling dan sekitar rakyat celik dalam pemahaman politik,
Sekadar peringat buat diluar sana, jangan ada sikap berpolitik saling memburukkan pihak lawan, ambil pendekatan cara islam, bila jadi pemimpin, perlu sedar dan faham, amanah yang Allah darjat kan, jangan sekali jadikan sebagai sumber kecelakaan di masyhar kelak.
Wassalam.....
Ulasan
Catat Ulasan