Assalamualaikum dan salam sejahtera. PRU14 telah menyaksikan kejatuhan gabungan barisan nasional. Gabungan pakatan harapan telah berjaya membentuk kerajaan pusat. Beberapa Kerajaan negeri juga terbentuk. Setelah 22bulan berlalu, perdana menteri pakatan harapan Tun mahathir telah meletakkan jawatan,dek kerana desakan dan perjanjian yg telah dipersetujui akan penyerahan kepada Dato seri Anwar. Ramalan aku telah terjadi, parti bersatu ibarat anjing menggigit tuan sendiri. Bersatu keluar dari gabungan dan telah tumbang kerajaan persekutuan sebagai pemerintah. Tan Sri mahyuddin telah bersama gabungan BN, Pas dan kumpulan kecil PKR untuk membentuk kerajaan baru. Banyak kecelaruan dalam gabungan yang dinamakan Perikatan nasional.
Dalam gabungan perikatan nasional, umno masih tidak berpuas hati, kerana dalam gabungan tersebut umno adalah kuasa mejoriti dan ppbm sebagai perdana menteri. Niat untuk menutup bangkai umno masih tidak berjaya. Dalam situasi pergolakan politik Malaysia, negara menghadapi pendemik covid 19. Umno terus mendesak untuk membubarkan parlimen bagi tujuan untuk memenangi secara mejoriti kerusi parlimen. Namun dari kajian pelbagai pihak dan menyatakan keadaan rakyat semasa masih dalam kebencian dengan pemerintahan perikatan nasional. Dari kajian pengundi pedalaman masih juga tidak memihak kepada perikatan nasional. Pengundi muda masih kurang kepercayaan kepada kerajaan tebuk atap. Berdasar dari kajian semasa peranan calon PRU menjadi keutamaan kemenangan parti. Dasar isu setempat menjadikan sentimen positif untuk calon perjuangkan. Dari sebalik tabir berkemungkinan PRU15 pada hujung tahun 2020. Parti baru dalam kelulusan ROS iaitu "pejuang" yg bakal diterajui Tun Mahatir kemungkinan hanya kerusi sedia ada akan meraih kemenangan. Kepercayaan pengundi nasional kepada Tun Mahatir telah pudar, dek kerana manifesto pru14 tidak ditunaikan. Nama yg masih gah dalam arena politik Malaysia Umno, PKR, Pas dan Dap. Secara fakta kejatuhan kerajaan PH menjadikan kebencian total kepada Tun mahathir. Kepastian akan terjadi, pru kelak akan kita ketahui gabungan mana yg masih kepercayaan rakyat secara total kepada parti yg bakal memerintah. Aku sebagai penulis kampung dlm politik Malaysia adalah dari suara akar umbi. Sudah lama x menulis blog, kini aku akan sentiasa memberikan sumber analisis semasa dari suara keramat rakyat Malaysia.
Ulasan
Catat Ulasan