Langkau ke kandungan utama

PRN Sabah penanda aras PRU15

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi yang meminati perkembangan semasa politik Malaysia. Kita kupas dari petunjuk semasa dari PRN Sabah.
Kecelaruan rakyat semakin ketara apabila amanah yang diberikan kemenangan PH pada Pru14 telah dicabuli oleh wakil rakyat yang lompat parti untuk kepentingan peribadi. Ini adalah petunjuk nyata kemarahan pengundi dan penyokong pakatan harapan. 
Kesimpulan yang akan kita perlihat adalah PRN sabar. Penanda aras yang jelas penerima rakyat kepada gabungan perikatan nasional. Namun jika gabungan warisan memenangi PRN Sabah secara total perikatan nasional juga akan menghadapi situasi sama bilamana PRU 15. 
Aku masih lagi mencari kepastian penubuhan parti baru yang mana ditubuhkan oleh Tun mahathir. Kekuatan pejuang jika bersendirian tanpa gabungan mana2 parti pasti tidak mungkin akan menjadi. Secara jujur pengundi sudah mula membenci bilamana Tun tidak tunaikan manifesto pru14. Ramai yang tidak mengetahui agenda TUN dalam pakatan harapan. Tun memang bertujuan merosakkan reputasi PH dan secara langsung untuk menghilangkan kepercayaan rakyat kepada pakatan harapan. Namun Tun terlupa pakatan harapan mempunyai rekod cemerlang dalam pentadbiran 2 negeri. Selangor dan Penang adalah landasan yang tidak mungkin akan beralih kuasa kepada mana2 parti selepas ini. 
Rakyat juga sudah memahami agenda Tun dan hanya pentaksub sebilangan kecil yang tiada peluang dalam bersatu menyertai pejuang. Parti pejuang pasti akan menghadapi situasi sama yang pernah tertubuh iaitu parti "KITA". Akan bersemadi tanpa sejarah yang utuh. Secara ilmiah setiap parti perlu penggerak yang punya ilmu dan kewangan kukuh. Namun dalam kajian aku,pejuang ketandusan penggerak dan tiada ilmuan dalam kalangan. Generasi muda menolak secara total pejuang dan hanya serpihan dari bersatu dan golongan yang masih Kabur dalam fahaman politik.
Dari tinjau semasa PN memang sukar meraih kemenangan mejoriti di PRN Sabah. Rakyat Sabah menolak PN kerana kemunduran negeri dan rompakan hasil negeri untuk kepentingan politik umno. Kita nantikan keputusan PRN Sabah dan jika PN kalah teruk. Pasti PRU15 akan dikaji semula dan kemungkinan sehingga tarik maximum pembubaran parlimen. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EMPANGAN JUASSEH MERAGUT NYAWA

9.Nov.2013 (6.30 ptg) Kampung Orang Asli Juasseh telah berlaku kejadian seorang belia lemas di takungan empangan tersebut.Usaha pencarian mangsa terpaksa dihentikan berikutan pelbagai faktor penting harus diambil kira. Kepada Penduduk Labis perlu di ingatkan empangan juasseh adalah kawasan larangan kepada orang awam.Dari keterangan penduduk setempat dan keluarga mangsa kejadian berpunca daripada "bot karam". Sebuah lagi bot yang bersama "bot mangsa" tidak dapat membantu kerana kejadian tersebut berlaku dengan sekelip mata. Besar harapan keluarga mangsa agar mayat dapat ditemu. tempat kejadian

HENTIKAN PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN LABIS

17.MAC.2012 Hutan Simpan Kekal di Tenang kampong(Labis) telah diceroboh oleh Orang Asli setempat dan apa yang mengejutkan kawasan tersebuat adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan dan kunjungan.Hutan Lipur Taka Melor mempunyai tarikan tersendiri dengan adanya aliran air terjun dan dikelilingi litupan hutan semulajadi.Kekebalan apa yang dimiliki oleh pencerobohan tersebut dan kenapa tiada tidakkan wajar diambil. Isu air sering berkumandang dan menjadi perbalahan utama,Sehingga kini tiada noktah penyelesaian.Pencerobohan kawasan tadahan terus berlaku tanpa menyedari sebagaimana terjadi di Empangan bekok yang kini pengguna air sedang menghadapi risiko barah dan penyakit kronik sepertiman laporan akhbar Metro bertarikh 13.mac lalu.Dr.Wee ka Siong (BN Parlimen Air Hitam) sendiri telah membongkar isu tersebut untuk membela Rakyat (pengguna) yang mengjangkaui 500,000 orang. Kawasan tadahan untuk pengguna air sekitar Daerah Segamat tidak menyedari pencerobohan di huta

DUIT DAN HABUAN NILAI PERJUANGAN

Sejak kewujudan bumi Malaya telah dan diperakui kemakmuran Negara terserlah indah dengan kepelbagaian etnik , Bangsa dan Agama.Dalam mengharungi kemerdekaan pelbagai rintangan sukar dan liku terus dilalui Pemimpin juga pejuang Melayu yang ingin membebaskan dari belengu Penjajah. Menjelang era globalisasi ternyata segenap pelusuk tanah Malaysia telah mengetahui lagi terperinci asam garam ‘politik’.Pembubaran UMNO 1946 ditukar UMNO alaf baru telah menjadikan duit dan habuan sebagai nilai perjuangan.Ramai pemimpin dari cawangan sehingga keperingkat nasional telah membudayakan imbuhan sebagai taruhan asas perjuangan. Ternyata PRU 13 yang bakal dilalui nanti akan menyaksikan ancaman besar kepada Barisan Nasional kerana kekurangan sumber kewangan dari tampok pimpinan.Warga Malaysia setia kepada UMNO masih lagi ampuh perjuangan namun ‘pejuang UMNO pulus’ hanya berpeluk tubuh dan tidak mustahil grombolan tersebut juga menjadi ‘musuh dalam selimut’. Kakayaan dibina lalu oleh pemimp