Bila menyebut ‘kerajaan campuran’ pasti tidak disenangi oleh Parti BN dan PR,alasan yang sering didengri ‘susah nak buat keputusan’ tanpa suara majority di Parlimen.Ini jawapan yang paling bodoh sebenarnya kerana kalau ada kuasa 2/3 memang mudah buat keputusan tapi secara nyata itu lah punca penyelewengan selama ini yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang suka akan perbuatan itu.Setiap apa juga cadangan projek yang bakal menggunakan wang rakyat harus dibentang,dibahas,dikaji dan perlu ada penyelidikkan yang terperinci sehingga tidak mengalami pembaziran yang keterlaluan. Rakyat semakin bijak menilaikan apa juga cadangan pembangunan dan kerajaan perlu membuka ruang untuk rakyat menilaikan perancangan agar ianya menjadi kepentingan umum bukan kepentingan individu.Sejarah Pemerintahan lalu telah membuktikan akan banyak pembaziran yang disengajakan dan penyelewengan tanpa disedari rakyat,projek hanya nama dan kepentingan hanya pada individu tertentu. Banyak andaian mahu tafsira
kebenaran Dan kesahihan