Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

KERAJAAN CAMPURAN ‘KESELESAAN RAKYAT’

Bila menyebut ‘kerajaan campuran’ pasti tidak disenangi oleh Parti BN dan PR,alasan yang sering didengri ‘susah nak buat keputusan’ tanpa suara majority di Parlimen.Ini jawapan yang paling bodoh sebenarnya kerana kalau ada kuasa 2/3 memang mudah buat keputusan tapi secara nyata itu lah punca penyelewengan selama ini yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang suka akan perbuatan itu.Setiap apa juga cadangan projek yang bakal menggunakan wang rakyat harus dibentang,dibahas,dikaji dan perlu ada penyelidikkan yang terperinci sehingga tidak mengalami pembaziran yang keterlaluan. Rakyat semakin bijak menilaikan apa juga cadangan pembangunan dan kerajaan perlu membuka ruang untuk rakyat menilaikan perancangan agar ianya menjadi kepentingan umum bukan kepentingan individu.Sejarah Pemerintahan lalu telah membuktikan akan banyak pembaziran yang disengajakan dan penyelewengan tanpa disedari rakyat,projek hanya nama dan kepentingan hanya pada individu tertentu. Banyak andaian mahu tafsira

300 RIBU DAN 550 RIBU

Azmin Ali dalam kenyataan di ‘Malaysia kini’ mendedahkan Hasan Ali telah menggunakan duit kerajaan Negeri Selangor (duit Rakyat) sebanyak RM 300,000. mengubahsuai pejabat dan RM 550,000 telah digunakan untuk program yang kurang memberi manafaat kepada rakyat.Memang matlamat dalam blog ini tidak memihak kepada mana-mana parti politik tanah air,kita harus bersikap keterbukaan untuk mentafsir kebenaran.Ikut kebenaran Islam jangan sesekali kita menutup kejahilan manusia biar apa juga pertalian langsung atau secara tak langsung. Sepertimana catatan yang lalu baru saje merungkai ramai individu dari kalangan pemimpin-pemimpin politik Malaysia tidak melaksana perlembagaan parti sepertimana penubuhan.Telah jelas politik tanah melayu kini mempunyai jurang yang ketara.Siapa yang ada gelaran,duit dan pengaruh akan berjaya memperdaya orang serdahana dan orang susah tak ubah telah ada darjat ‘khasta’.Pejuang-pejuang suara rakyat sebenar hanya mampu meluah dengan paparan yang sama sekali tidak

PENYOKONG DAN PENGIKUT BERPEGANG PADA KEBENARAN

Assalamualaikum buat pembaca yang sudi berkunjung.Jika paparan ini ada kebenaran jadikan sebagai panduan dan jika sebaliknya carilah pedoman kepada MAHA KUASA.Sebagai manusia kita harus mencari sebanyak mungkin ilmu pengetahuan agar sejahtera dunia juga akhirat.ISLAM telah lengkap dengan lahirnya Al-Quran untuk dijadikan panduan dan tiada apa yang tertinggal dalam pencarian jawapan.Sebagai manusia biasa memang tidak dapat lari dari dugaan jauh lagi besar dugaan yang digalas oleh pemimpin Islam. Dimana ada kelemahan disitu ruang dugaan dan perbuatan jahil akan berkekalan jika tiada kesedaran.Kuasa,Duit,Nafsu dan pelbagai lagi bentuk dugaan mungkin diluar sangkaan kita.Buka semula sejarah Nabi Muhammad S.A.W telah menghadapi pelbagai dugaan dalam memperjuangkan kebenaran ISLAM.Tidak terlintas untuk memburukkan mana-mana fahaman politik tapi buka hati untuk kesedaran agar perjuangan Islam terus berkesinambungan kekal disanubari. Sebelum kita memilih pemimpin wajib mengetahui latar b

UNDI KAUM INDIA MILIK SIAPA

Kaum India sungguh kecil bilangan pengundi tapi yang menghairankan terdapat tiga Parti Politik MIC memang komponen asal BN lepas tu PPP yang memang dimonopoli india dan yang terbaru ‘Makhal Sakhti’.Pelik dan memang pelik dah le minority pengundi lepas tu banyak parti pulak macam mana nak pasti hala tuju.Kaum india memang macam tu le ada darjat sebab tu le parti pun sama MIC parti Elite ,PPP golongan serdahana dan makhal sakhti pulak yang golongan bawahan. MIC sudah sekian lama tanpa langsung membela ‘Samy velu’ jutawan yang hebat pelaburan kat ‘india negeri’ memang banyak tujuh keturunan pun tak habis makan.Pembelaan kaum india langsung tidak dipedulikan Mic sampaikan pemilihan President yang lalu Samy masih tidak mahu melepaskan jawatan. PPP pun menghadapi kemelut dalaman,pemilihan President yang lalu juga menghadapi isu sama tapi apa yang menyedihkan,PRK Dun TENANG saya tidak menduga segala   pergerakkan Parti PPP ditanggung oleh ketua bahagian Labis.Beliau menangung kerugia

KES PUNGONG KOYAK

Assalamualaikum buat pembaca Islam dan sejahtera untuk tetamu.Paparan ini agak kasar tajuk tapi itu bahasa yang paling ideal kepada pemusnah Negara tanpa berfikiran waras dan langsung tidak mempedulikan sesiapa.Sungguh kebal sehingga undang-undang Negara tidak mampu menghitung kesalahan. Perkataan ‘punggong koyak’ bahasa yang cukup tertib kalau bahasa kasar penduduk Johor bahasa kasar ‘bontot koyak’ apa pun dasarnya ungkapan ini memang mengambarkan keburukkan yang terjadi. TV3 (media prima) satu syarikat yang diterajui oleh Bumiputra yang telah bejaya dan memperolehi keuntungan ratusan juta setahun.Slot programnya ‘sudah terang lagi bersuluh’ menyokong Kerajaan Barisan Nasional dan sedikit ruang pun tidak diberikan kepada Parti politik lain.Pada dan saat ini dalam kegairahan membela kerajaan BN ada satu program mingguan untuk pembelaan tapi sebaliknya telah mengoyakkan bontot kerajaan BN sendiri. Slot Mingguan ‘Bersamamu’ memang sedih kalau dihayati kemiskinan dan setiap mi

Anak Yang Mana Mat,’Anak bini Muda le’

Apa nak jadi nasib penduduk pendalaman dan warga kota.Pelan perancangan untuk generasi felda terus diperkemaskan.Dihelaian Akhbar BN dan Juga pembangkang terus memperhebatkan mengenai isu hala tuju felda dan generasinya.Penempatan,tanah pertanian dan pelbagai lagi sumber ilham terus dilaungkan tapi itu semua hanya untuk ‘warga felda sendirian berhad’.Nah ni dia jawapan tunggal paling tepat dan padat. Persempadan semula kerusi-kerusi ADUN dan PARLIMEN telah dirancang dimana kawasan yang terdapat tanah rancangan (felda) dibahagikan secara adil dan saksama. 1.       Warga felda telah menjadi undi pemutus dalam Pilihan Raya Dengan kuasa pengundi mejoriti. 2.       Felda mempunyai asset banyak iaitu tanah tanpa pemilik (Felda Plantion) 3.       Majoriti Peneroka felda orang Melayu,mudah dan senang digula-gula. Tiga perkara ini telah menjadikan felda sebagai pemacu pembelaan oleh BN dan PR.Tanpa disedari Warga kota dan rakyat kampong telah ditinggalkan ‘terkontang kantin

PRU 13 MILIK SIAPA

Tanpa diduga kehadiran pilihanraya umum ke 13 bakal menjelang tapi tarikh keramat itu belum lagi dapat dimutlak oleh kerajaan pemerintah,dan banyak persoalan terungkap oleh segenap lapisan masyarakat.Isu-isu hangat terus berkumandang tapi perkara utama untuk meruntuhkan BN kian ketara,penyelewengan duit rakyat tidak lagi dapat dibendung oleh menteri dan wakil rakyat UMNO.Dengan jelasnya Ketua Audit Negara tidak mampu untuk menyembunyikan penipuan berterusan dilakukan,bak pepatah melayu “bangkai gajah mana boleh disorok” itu lah perumpamaan paling sesuai kerana jumlah yang cukup besar dan bakal mengheret Malaysia sebagai muflis.Apakah UMNO mampu menang atau akan menempuhi dugaan yang paling dahsyat dengan kekalahan. Peredaran zaman telah mengubah pengetahuan manusia dengan lahirnya lepasan pelajar-pelajar IPT dan IPTS.Walaupun kerajaan BN menyekat pembangkang untuk menggunakan siaran media television tapi jangan dilupakan dunia internet tidak dapat disekat untuk menyebarkan fakta

HENTIKAN PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN LABIS

17.MAC.2012 Hutan Simpan Kekal di Tenang kampong(Labis) telah diceroboh oleh Orang Asli setempat dan apa yang mengejutkan kawasan tersebuat adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan dan kunjungan.Hutan Lipur Taka Melor mempunyai tarikan tersendiri dengan adanya aliran air terjun dan dikelilingi litupan hutan semulajadi.Kekebalan apa yang dimiliki oleh pencerobohan tersebut dan kenapa tiada tidakkan wajar diambil. Isu air sering berkumandang dan menjadi perbalahan utama,Sehingga kini tiada noktah penyelesaian.Pencerobohan kawasan tadahan terus berlaku tanpa menyedari sebagaimana terjadi di Empangan bekok yang kini pengguna air sedang menghadapi risiko barah dan penyakit kronik sepertiman laporan akhbar Metro bertarikh 13.mac lalu.Dr.Wee ka Siong (BN Parlimen Air Hitam) sendiri telah membongkar isu tersebut untuk membela Rakyat (pengguna) yang mengjangkaui 500,000 orang. Kawasan tadahan untuk pengguna air sekitar Daerah Segamat tidak menyedari pencerobohan di huta

KITA PERLU MEMBARISKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI TANPA PENGARUH PARTI LAIN

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) perlu membariskan pemimpin-pemimpin yang berteraskan perlembagaan penubuhannya MODERAT,DEMOKRATIK DAN LIBERAL.Secara jelasnya parti tersebut harus mencorakkan pemimpin bebas dari pengaruh fahaman politik lain.KITA sebuah parti alternative kepada rakyat Malaysia dengan keterbukaan pemikiran dengan kebebas bersuara.Sejak kemerdekan Malaysia sehingga kini kerajaan yang menerajui Parlimen tidak melaksana cirri-ciri DEMOKRASI sebagaimana tuntutan perlembagaan Negara dan perkara tersebut harus dipandang serius. KITA perlu membuka ruang lambaran baru untuk generasi muda menimba pengalaman dalam urustadbir Negara secara berhemah.KITA sebuah parti yang dinamik dan bersedia menggunapakai suara rakyat demi mecapai matlamat dan arah tuju sebenar.Secara teori Malaysia akan mengarab kearah sebuah Negara maju tapi rakyat masih ketinggalan dalam pemahaman politik.Politik perkara yang tiada noktah dan persoalan tiada batasan,setiap inci kehidupan terpaut

Tun Daim Terus Memperincikan Najib

Tun Daim Zainuddin,Nama cukup gah dipersada Bumi Malaysia.Kalau mempekatakan tentang ekonomi dia memang ada kehebatan itu, dari segi politik dia menjadi   pencatur ‘player’ Umno terbaik selain   Dr. M.Semenjak akhir-akhir ini Daim sering menyusul sorotan media dan terus memperincikan perbuatan Najib yang sama sekali tidak direstui beliau.’PM tak sepatut jadi Menteri Kewangan’ dan yang terbaru ‘isu NFC asset kejatuhan BN’. PRU 12 memang sudah menjadi bukti jelas dan sepatutnya panduan kepada Barisan Pemimpin-pemimpin Umno untuk memahami kuasa yang apa pada pengurus pasukan iaitu 2 Tun telah Berjaya menghumban Umno kejurang paling dahsyat.Mahyuddin telah Berjaya menjadi broker menjatuhkan Pak Lah dan sudah pasti Najib menerima tuahnya.Ingat wahai sekalian ahli-ahli Umno mantan PM ‘Mahathir’ pernah keluar UMNO dan telah kembali semula,untuk apa dan kenapa ianya terjadi. Sedarlah wahai semua umat Malaysia dari tahun 1985 sehingga sebelum PRU 13 UMNO adalah Lombong dan Kilang mence

LABIS le , “ABIS – LA”

LABIS , sebuah pekan yang telah dinaik taraf sebagai ‘Daerah kecil’.Dari persekitaran muka bumi labis terkenal sebagai destinasi buah-buahan tempatan dan terdapat beberapa tempat berpontensi telah dibangunkan seperti Kolam Air Panas (hot spring) dan Air terjun Bantang (bekok).Labis dikelilingi oleh pemandangan gunung-ganang dengan kehijauan semulajadi.Sumber pendapatan utama penduduk labis ialah dari hasil pertanian dan hanya terdapat beberapa kilang kayu dan pembuatan pakaian berskala kecil. Sudut pembangunan labis tidak banyak perubahan hanya penambahan bangunan rumah kedai dan taman perumahan itu pun kerana penambahan penduduk.Kuasa pembeli dan pengguna sangat kecil.Warga yang mempunyai lebihan tanah meenarik nafas lega tapi sesiapa yang makan gaji sector pembuatan ‘kais pagi makan pagi’ ‘kais petang makan petang’ kalau tak berkais faham je la ‘bye-bye’.Secara keseluruhan penduduk labis kini makin terhimpit kerana peningkatan harga barang tapi pendapatan masih lagi ditakuk lam

KONG KALI KONG

ASSALAMUALAIKUM dan SEJAHTERA buat pembaca setia, biarpun ianya hanya secebis pengetahuan tapi pasti itu sumber untuk kita mengetahui perjalanan Politik tanah air Malaysia.Bukan mudah untuk kita metafsirkan perkara yang memberikan kebaikkan kerana kenyataannya melayu ialah bangsa mudah beralah dengan helah permainan politik.Kita bersetuju dengan apa jua perkongsian pimpinan kerajaan tapi besediakah kita berkongsi kemusnahan? ‘cubit peha kanan pasti yang kiri jua terasa’ benarkah ungkapan yang diperkatakan ini? Secara munasabah akal yang terasa sakit hanya tempat yang dicubit tapi kesimpulan nyata pepatah itu menunjukkan ‘apa jua kesenangan dan kesusahan itu milik bersama’ tapi apa yang berlaku pada gergasi politik bumi Malaysia tidaklah jelas untuk digunakan dengan ungkapan tersebut. ‘Kong kali kong’ pasti ada yang mengetahui ataupun tidak perkataan tersebut tapi telah menjadi asam garam orang melayu menggunakan bahasa cina dan tanpa diduga berlaku percampuran bahasa dalam kehidu

Maut menanti Umno diKelantan jika Ku Li terus dipinggirkan

Negeri yang diberi jolokan nama ‘cik siti wan kembang’ memang diakui seluruh pulusok tanah melayu adalah sebuah negeri yang sunnguh tangkas dalam pemahaman politik.Kelantan sering dimomokkan dengan isu kemunduran pembangunan dan rakyat merata berhijrah untuk menampung hidup.Tuan guru nik Aziz menjadi sasaran utama tak ubah seperti lapangan sasar kepada pemimpin umno dan pak turut dan mak turut BN.Rata-rata kita dengar warga pemerintah meluah kata ‘kesian rakyat Kelantan daif’ tapi benar apa yang diperkatakan itu? Buka mata dan akal seluas-luasnya dan jangan sesekali diperdaya dengan ejekkan semata-mata dan sedarlah,sebenar-benar rakyat yang bijak memperdaya kerajaan pemerintah ialah Kelantan,kenapa?Kerajaan BN mengalirkan dengan terusan besar perbelanjaan kekelantan bukan untuk membela rakyat tapi matlamat utama memancing undi.Rakyat Kelantan terus membina kemajuan kepada bangsa melayu dan warganya yang berhijrah telah membina kuasa ekonomi ini?bertanya dan terus kan pertanyaan

DIMANA ERTI KEDAMAIAN

Kedamaian sudah pasti aman di sanubari, tapi dimana sebenarnya semua ini.Ada kala tak mampu diluah dengan kata-kata tapi naluri individu itu mengetahui.Pelbagai dan macam-macam cara untuk mencari kedamaian tapi secara nyata semua insan perlu menyendiri seketika.Mencari kedamaian itu telah berubah dengan pelbagai acuan dan persepsi mengikut zaman dan kemodenan,apa kah benar?Segarkan kembali apa yang telah jadi dan terjadi dimuka bumi,masalah social kian berkembang seiring dengan kemajuan Negara tapi apakah jawapan bila soalan kenapa dan mengapa melakukan perbuatan kemungkaran.Nak ‘release tension’ dalam bahasa ibunda ‘lepas tekanan’ secara jelas untuk kedamaian tapi kearah yang merosakkan diri.Rata-rata masaalah semasa baik remaja,belia mahu pun golongan dewasa kini terjerumus kearah beban pemikiran dan kewangan dari kehidupan.Ada yang mengatakan bodoh,gila dan pelbagai andaian dibuat dengan kelemahan perbuatan tapi pada siapa harus kita menuding jari?   Individu,keluarga,kampong,

MUSUH TRADISI SHARIZAT KELUAR KENYATAAN HANGAT

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'. Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April. Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna. "Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-a

TERIMA KASIH Y.B AZHAR DAN HASREN KAMAL

Setiusaha PERTUBUHAN GENERASI BEMUDA SEGAMAT Encik Amran Bin Abdullah dan Encik Samsuli Bin Ibrahim merakamkan jutaan terima kasih kepada Y.B Azhar bin Ibrahim(Dun Tenang) dan Encik Hasren Kamal Bin Hussin(penolong pentadbir tanah labis) diatas penyerahan borang permohonan tanah kepada 18 peserta generasi muda kampong Sawah Baru Labis.Besarlah harap beliau agar permohonan tersebut dapat diberi kelulusan pada kadar segera. Dengan kurniaan tersebut membantu golongan muda meningkatkan pendapatan didalam sector pertanian dan secara langsung sebahagian tanah tersebut dapat menyelesaikan isu kediaman yang dialami.Memang diakui pembelaan generasi kampong telah diabaikan sekian lama dan keperihatinan badan NGO serta sokongan pemimpin setempat dapat menyelesaikan isu tersebut.

HARAPAN WARGA FELDA

Ramai dikalangan Rakyat Malaysia sedar kewujudan felda sebagai satu lantai pembelaan untuk membantu Warganegara dan telah berjaya menangani isu kemiskinan.Pasti dan nyata ALLAHYARHAM Tun Abdul Razak kini telah berjaya membina satu kuasa empayer ekonomi Negara dan penyatuaan etnik dengan pelbagai bangsa, tapi mari kita buka lembaran baru untuk memastikan pemerintah,peneraju dan generasi Felda terus menikmati tanah tumpahnya kekal diwarisi.Benarkah penerajui Felda kini berdiri dilandasan benar dan apakah Anak Warga Felda tidak layak untuk mejawatnya??? NS Cement atau dikenali sebagai NEGERI SEMBILAN CEMENT SENDIRIAN BERHAD satu syarikat dibawah kelolaan kerajaan negeri Sembilan tapi itu semua tinggal kenangan pada anak jati Negeri Sembilan dan asset yang paling bernila “batu kapor” kini telah menjadi milik penuh oleh CIMA (cement industries off Malaysia) dan Isa Samad ketika itu sebagai Menteri Besar.Apa yang tinggal hanya sebilangan pekerja-pekerja anak jati tapi layakkah   beli

PRODUK CANDY KANAK-KANAK BERBAHAYA TANPA PEMANTAUAN

Sudah jadi lumrah alam jika permintaan tinggi dan pembekal mahukan keuntungan berganda sudah pasti penyelesaian cukup mudah pada pandangan umum ‘import barangan murah’ lazimnya   dari Negara China.Sedarkah kita pada tahun lepas telah dikejutkan dengan isu susu tepung untuk bayi dan kanak-kanak yang boleh membawa kematian kepada pengguna.Saya berasa cemburu kepada Negara jiran Singapura kerana setiap barangan makanan yang diimport perlu mejalani ujian sehinggakan petani-petani yang menanam sayur di bumi Malaysia terpaksa mengikut piawaian sebagaimana kehendak.Jika anda menggunakan Lebuhraya utara selatan ke Johor Bahru pasti menemui tanaman sayur didalam kelambu.Sampaikan sayur yang dipasarkan di singapura tidak dibenarkan sama sekali menggunakan racun perosak (serangga). Apa alasan yang perlu dikatakan lagi oleh jabatan yang berwajib tentang isu Candy yang membawa kanser kepada pengguna.Produk telah pun berada dipasaran dan apa tindakkan perlu disabitkan pada pengimport,pemborong

APA DAH JADI PADA HASSAN ALI

Entah le apa dah jadi dengan pejuang-pejuang yang kehilangan kawasan jajahan.Kalau sering menonton program television NET GEO WILD di Astro pasti mengetahui binatang pemangsa daratan akan hilang kuasa bila muncul pahlawan yang baru dan kekalahan itu menjurus kepada kehilangan kuasa mutlak dan bermula satu helaian kepada generasi baru.Dengan jelas kalau diperbahas oleh manusia secara nyata harus akur dengan apa juga keputusan kerana apa yang berlaku itu dengan kehendak ALLAH.Jangan sesekali melaungkan ‘hamba ALLAH’ jika tidak dapat menerima hakihat duniawi bak pepatah ‘setiap bermula pasti ada akhirnya’. PAS sebuah parti Islam ditanah Malaysia dan tidak dinafikan pejuang-pejuangnya arif dan mengetahui akan hukum Agama,jika benar beliau (hasan ali) jujur dalam perjuangan islam bukan pangkat dan darjat jadi ukuran kerana ALLAH maha mengetahui akan kebaikkan seseorang.Pertelagahan yang berlaku hanya semata-mata merebut kedudukan untuk kepentingan peribadi.Dengan geleran yang dikurniaka

HUKUMAN HARUS SETIMPAL DENGAN KESALAHAN

Rakyat kini kian faham dan memahami situasi badan kehakiman dan undang-undang Negara dengan usul oleh PAKATAN RAKYAT agar system perundangan perlu mecorakkan semula berteras ketelusan.Sering dan selalu diperlihat bila sahaja pemimpin dari BN melakukan kesalahan pasti hukuman yang diterima tidak setimpal berbanding rakyat jelata,kenapa semua ini terjadi. Isu terbaru kita perlihatkan kes yang dihadapi oleh khir toyo telah disabit kesalahan tapi hukuman yang dijatuhkan hanya setahun penjara,jika rakyat yang miskin mencuri untuk mencari sesuap hidangan pasti hukuman sewajarnya merujuk perundangan Malaysia.Apakah pemimpin BN masih lagi daif akal untuk berfikir secara rasional dan bagaimana bayangan tranformasi yang diilhamkan.Apakah cukup dengan selogan ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ dan kepada siapa matlamat jadi kenyataan. Hari ini permulaan satu kes perbicaraan penyelewengan wang (NFC) berjumlah RM 49.7 juta telah membabitkan seorang suami kepada Menteri.Kesalahan te

MANGSA BANJIR LABIS BELUM TERBELA

31 januari 2011 menjadi tarikh keramat penduduk labis secara am   PRK DUN TENANG.Pekan koboi Labis telah jadi tumpuan Parti Politik untuk meraih kemenangan.Sebelum hari pembuangan undi hujan telah turun tanpa henti dan terjadi banjir diluar jangkaan semasa hari pembuangan undi.Apa yang menyedihkan mangsa banjir tidak lupa pada tanggungjawab undi terus diberikan pada parti Barisan Nasional dengan kemenangan mejoriti 3800 undi dan telah manjadika umno kukuh dari keputusan PRU 12 dengan mejoriti 1800 undi. Duit telah menjadi taruhan secara terang-terangan,apa jua kemahuan secara peribadi juga diturutkan.Ini dinama ‘hujan emas’ di labis tapi semua itu bersifat sementara kerana mangsa banjir masi lagi tidak terbela.Kampung Sawah Baru,labis empat buah rumah menghadapi kerosakkan dan dua diantaranya langsung tidak boleh didiami dan sehingga kehari ini masih belum mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak yang menang.Apakah ini hukuman untuk ahli-ahli UMNO yang setia pada parti keramat d

KEMELUT PARTI KERDIL PARTI KESEJAHTERAAN INSAN TANAH AIR (KITA) BERAKHIR

Baru-baru ada yang mengetahui atau tidak akan pergeseran didalam sebuah parti yang baru setahun jagung.Parti KITA telah ditransformasi dari sebuah parti bernama AKIM yang penubuhan asal di Negeri Cik Siti Wan Kembang.Peralihan tersebuat telah menjadikan Zaid Bin Ibrahim sebagai Ketua Parti (president) dan secara langsung menjadikan Malaysia telah melahirkan satu lagi corak politik dan alternative mengikut keperluan rakyat.Dari kemelut dalaman parti KITA secara langsung telah menjadikan banyak persoalan kepada ahli-ahli parti dan secara jelas reputasi telah dan bakal menurun. Selepas setahun penubuhan ketua parti telah mengeluarkan kenyataan akan pembubaran parti dan selepas tu Pengerusi Negeri Kedah Zamil telah menyatakan mendapat mandat mengepalai PARTI KESEJAHTERAAN INSAN TANAH AIR.Mengikut perlembagaan Parti tidak boleh dibubarkan secara keputusan peribadi perlu mendapat persetujuan mesyuarat agung luar biasa dan perlantikan ZAMIL sebagai ketua parti secara langsung sememang t

SHARIZAT LETAK JAWATAN

Menteri Pembangunan Wanita,Masyarakat dan Keluarga telah mengeluarkan kenyataan akan melepaskan jawatan sebagai menteri akan berakhir pada 8 April 2012.Memang apa yang dilakukan keputusan beliau itu satu tatacara terbaik untuk menyelamatkan Umno Dan Barisan Nasional tapi apa yang mengecewakan jawatan sebagai ketua Wanita Umno Dan BN tidak akan dilepaskan,apakah dengan menjawat ketua Wanita itu tidak memberikan kesan kepada pengundi-pengundi yang semakin celiak dengan penipuan telah dilakukan oleh keluarganya. Kenapa Najib masih bergantung harap pada pemimpin yang banyak merosakkan reputasi sedangkan   ramai lagi generasi muda dengan pembaharuan mengikut keperluaan rakyat.Apakah Veteran Umno takut dengan pembongkaran cara generasi muda dengan sikap keterbukaan.Pemimpin atasan Barisan Nasional perlu berfikir secara waras jika seseorang telah lama menjawat sesuatu jawatan pasti akan terbuka ruang untuk menyeleweng kerana itu hakikat sebenar jika sharizat sendiri tidak mahu melepaska